CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2779|Reply: 17

[Tempatan] Syabas anak tempatan bangunkan kereta perisai MILDEF HMAV4x4 bertaraf dunia

[Copy link]
Post time 11-2-2021 10:55 PM | Show all posts |Read mode
Dilengkapi sistem persenjataan moden, HMAV4x4 ini turut memiliki Remote Control Weapon Station (RCWS) yang membolehkannya menembak secara 360 darjah semasa bertempur. - Gambar Astro AWANI





SEPANG: Tidak dapat dinafikan, rakyat Malaysia hebat-hebat belaka.


Bidang sukan, penyelidikan, kesihatan, teknologi, semua diteroka dan kini nama Malaysia gah di mata dunia.


Tidak lama lagi, nama negara kita akan terus mekar selepas anak tempatan membuktikan mereka mampu menghasilkan kenderaan berperisai mobiliti tinggi bertaraf antarabangsa.


Mungkin ada benarnya mutiara kata yang berbunyi ... perjalanan seribu langkah bermula dengan langkah pertama.







Mungkin itu ungkapan paling sesuai bagi menyimpulkan usaha Mildef International Technologies yang mamasang impian memasuki pasaran antarabangsa dengan rekaan mereka.


Impian mereka bukanlah angan-angat Mat Jenin semata-mata, kereta berperisai MILDEF HMAV4x4 menepati piawaian antarabangsa.


Teknologi, ciri keselamatan, ruang untuk senjata termasuk untuk grenade launcher, semuanya ada pada kenderaan ini.


Ketua Juruteranya, Khairul Hazwan Mohd Rasit berkata, bukan saja kualitinya setara dengan produk luar negara, boleh dimasukkan pelbagai senjata malah harganya juga lebih kompetitif.







“Kenderaan ini kita boleh pasang mana-mana senjata atau sistem persenjataan yang ada di luar sebab kita ‘customise’ sendiri semua barang.


“Apa-apa senjata termasuk anti aircraft, kita boleh pasang, tiada masalah untuk kenderaan ini. Pada dasarnya, ia mengikut keperluan dari pelanggan, ikut senjata apa yang mereka mahu,” katanya kepada Astro AWANI pada Khamis.


Dilengkapi sistem persenjataan moden, HMAV4x4 ini turut memiliki Remote Control Weapon Station (RCWS) yang membolehkannya menembak secara 360 darjah semasa bertempur.







Nisbah kuasa berat untuk kenderaan ini ialah 24 kuasa kuda/tan dan ia turut dilengkapi sistem hidraulik serta pintu tanjakan di belakang kenderaan.


Menariknya, HMAV4x4 mampu bergerak pantas di atas pelbagai bentuk muka bumi malah boleh mencapai kelajuan 110 kilometer sejam.


“Kita boleh katakan ia 100 peratus buatan tempatan, anak Malaysia. Tujuan kita bangunkan kenderaan ini adalah untuk membantu aset pertahanan negara, memantapkan pertahanan negara untuk masa akan datang.


"Dengan produk kereta berperisai hasil anak tempatan ini, kita akan tingkatkan lagi pertahanan negara,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MILDEF, Datuk Seri Mohd Nizam Kasa.


Menurutnya, produk itu direka, dibina dan dipasang di Malaysia, kini sudah mula mendapat pertanyaan daripada negara luar termasuk dari Timur Tengah.


Menggunakan kepakaran kira-kira 140 tenaga tempatan, Mohd Nizam berkata HMAV4x4 adalah bukti kepakaran dan kemahiran rakyat Malaysia setanding negara luar.







“Ini boleh dikatakan satu kebanggaan buat Malaysia kerana kita boleh katakan kita mencipta sejarah pada ketika ini.


“Satu syarikat di Malaysia, kita bangunkan produk tempatan. Setakat ini belum ada kenderaan seperti ini yang dibina 100 peratus hasil anak tempatan. Ini satu kebanggaan kepada kita,” katanya.


Sejujurnya, apabila melihat depan mata kereta perisai ini, perasaan bangga pantas muncul kerana tidak menyangka kenderaan secanggih itu adalah “100% Made in Malaysia”.






Sumber: Astro Awani

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2021 11:24 PM | Show all posts
Engine buatan USA dan saya percaya banyak lagi parts yang digunakan di import.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2021 11:28 PM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 11-2-2021 11:24 PM
Engine buatan USA dan saya percaya banyak lagi parts yang digunakan di import.

ada gak usaha

daripada kau?

kawad pun ngengkang

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2021 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok. Tahniah la
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2021 05:37 AM From the mobile phone | Show all posts
stinger.baik: ada gak usahadaripada kau?kawad pun ngengkanghaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Yang ni aku setuju...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2021 04:12 PM | Show all posts
terbaik..teruskan usaha!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2021 05:08 PM | Show all posts
wauuu hebat dikk...
ramai je anak2 malaysia yang hebat2... tapi kebanyakannya tidak di kenali... agittewww...
ada je jadi arkitek... engineer untuk negara2 luar... projek besar2 etc...

team malaysia yang behind the scene life of pi pun habuk pun orang tak kenal...
yang korang kenal filem si riza aziz jugak kuang3...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2021 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols ingatkan protiga yang akan mendonia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2021 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2021 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
stinger.baik replied at 11-2-2021 11:28 PM
ada gak usaha

daripada kau?

Hahahha.. betui ka dia kawad ngengkang???
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2021 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kereta terbang pon dah ke laut dalam
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2021 06:29 PM | Show all posts
lepas kita orang nak buat kapal Selam yg juga boleh terbang- atau nama singkatnya Selambang
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2021 08:21 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 12-2-2021 05:28 PM
Hahahha.. betui ka dia kawad ngengkang???

anak cina kat negara ni mana pandai berkawad
pandai main game je

tak caya ko bagi command masa ko pandu puteri dlu

ke kanan pusing cepat jalan!!!!!!!!!!!

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2021 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Mengagumkan, bagi inspirasi kepada rakyat Malaysia

bukti bahawa anak Melayu mampu kuasai teknologi kenderaan perisai termaju untuk militari

kerajaan perlu bagi sokongan padu dengan buat perolehan sewajarnya, supaya syarikat MilDef boleh terus berkembang, tambah saiz kilang, lipatganda jumlah tenaga kerja, dan terus buat RnD untuk produk ketenteraan yang lain
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2021 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
stinger.baik replied at 12-2-2021 08:21 PM
anak cina kat negara ni mana pandai berkawad
pandai main game je


Iols tak masuk pandu puteri lerr.. iols masuk st john ambulance, pastu masuk puteri islam. Takde kena kawad kat stadium mcm org lain. Takat kawad geli2 sblm masuk kelas blaja psl st john, ada la. Masa hari merdeka, iols dok jaga org pengsan kawad tgh panas je. Masa puteri islam, dok kat surau, salin doa2, dgr tazkirah je. Hehe.

Kali terakhir berkawad masa skolah rendah je.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2021 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Tentera Darat memang ada keperluan untuk beli kenderaan perisai kegunaan pengaman PBB kita di Lubnan

andai kerajaan ganti APC Condor yang jumlahnya sekitar 400 buah, produk Mildef ni pasti antara yang bersaing sengit sebab kelebihannya sebagai buatan tempatan

Bravo!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2021 08:44 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 12-2-2021 08:42 PM
Iols tak masuk pandu puteri lerr.. iols masuk st john ambulance, pastu masuk puteri islam. Takde k ...

terima kasih lah berkongsi citer yg aku tak tanya ni

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2021 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
stinger.baik replied at 12-2-2021 08:44 PM
terima kasih lah berkongsi citer yg aku tak tanya ni

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Sama-sama.
Tanya la lagi.. iols mmg suka bercerita.. almaklum la, nenek kan suka bercerita kat cucu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.076639 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list