View: 2702|Reply: 16
|
Azizulhasni Awang raih ranking No.1 dunia acara pecut
[Copy link]
|
|
Azizul raih ranking No.1 acara pecut
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... g-no-1-acara-pecut/
Oleh Nor Azan Fitri Ahmad Hidzir
10 Februari 2021, 2:25 pm
AZIZULHASNI AWANG
PETALING JAYA: Bintang berbasikal negara, Azizulhasni Awang kembali ke menguasai kedudukan No.1 dunia dalam acara pecut sekali gus menjadi pembakar semangat untuk dia ke temasya Sukan Olimpik Tokyo, Julai ini.
Berdasarkan kedudukan semasa Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI), Azizul yang dikenali dengan julukan The Poketrocketman mengumpul 1,600 mata untuk menguasai kedudukan teratas mengatasi Tomohiro Fukaya di kedudukan kedua dengan 1,442.5 mata.
Sementara, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio, Sam Webster dari New Zealand berada di kedudukan ketiga dengan 1,390 mata manakala, Muhamad Shah Firdaus Sahrom berada di ranking ke-18 dengan 922.5 mata.
Dalam acara keirin, Azizul yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio berada di kedudukan kedua dengan
1,740 mata di belakang pelumba Colombia, Kevin Chavarro (1,790) dan juara Asia Yuta Wakimoyo ketiga, 1,715 mata.
“Ini adalah berita gembira dan sudah pasti menjadi motivasi untuk saya ke Tokyo.
“Berita ini akan menjadi inspirasi buat atlet muda negara dan saya berharap rakyat Malaysia akan terus mendoakan saya supaya persiapan saya berjalan lancar bagi meraih pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo,” katanya.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
penting sngt ke berita dia jadi pemancut no 1 ni?
haaaaaaaaaaaaaaaaaa? |
|
|
|
|
|
|
|
adik aku la yang komen
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
Syabas
No 1, mengatasi kulit putih, eropah, latin, afrika, india cina dan lain2
Melayu tak malas
ingat tu atok saka hanat |
|
|
|
|
|
|
|
stinger.baik replied at 10-2-2021 03:04 PM
penting sngt ke berita dia jadi pemancut no 1 ni?
haaaaaaaaaaaaaaaaaa?
penting la kot, ni je yg ada harapan emas olimpik malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by daisy71 at 10-2-2021 09:10 PM
Tahniah setiap jenis sukan perlu ada displin dan kental jiwa menghadapi jadual latihan yang ketat |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dapat 100 biji emas pun negara kita ni leh jadi kuasa besar dunia ke?
kehendak atau keperluan
itu tips dalam berbelanja
sebenarnya tips dalam hidup pun cam tu gak
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
Azizulhasni “The Pocket Rocketman” Kini Ranking Nombor 1 Dunia Acara Pecut
KUALA LUMPUR — Ikon berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang meraih suntikan semangat dalam persiapan ke Sukan Olimpik Tokyo, Julai ini selepas menghuni kedudukan teratas dalam ranking dunia acara pecut individu.
“Saya gembira dengan ranking semasa ini. Sudah tentu ia menjadi pembakar semangat buat saya dalam persiapan ke Sukan Olimpik Tokyo. Bagi saya, ia juga berita gembira buat arena sukan berbasikal negara.
“Saya berharap rakyat Malaysia akan terus mendoakan saya memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik Tokyo nanti,” katanya kepada Bernama, hari ini.
Berdasarkan ranking terkini yang dikeluarkan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) semalam (9 Feb), pelumba yang dikenali dengan julukan ‘The Pocket Rocketman’ itu mengumpul 1,600 mata untuk berada di tangga teratas.
Pelumba Jepun Tomohiro Fukaya pada kedudukan kedua dengan 1,442.5 mata diikuti Sam Webster dari New Zealand mengumpul 1,390 mata di tempat ketiga.
Dalam acara keirin, Mohd Azizulhasni berada pada kedudukan kedua setelah meraih 1,740 mata di belakang Kevin Quintero dari Colombia yang mengumpul 1,790 mata.
Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 itu juga berharap berita gembira itu menjadi sumber inspirasi kepada atlet muda negara dalam mengejar cita-cita mereka bagi mencapai kejayaan di peringkat tertinggi.
Sementara itu, dalam ciapan Twitter Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut mengucapkan tahniah atas pencapaian Mohd Azizulhasni itu.
“You’ve already been number 1 in Malaysia for so long…and now you’ve taken your well deserved spot at the top of the world. Steady Jijoe! @AzizulAWANG Keep it up. (Anda sudah pun menjadi nombor satu di Malaysia sejak sekian lama…dan kini anda mendapat tempat yang selayaknya di dunia),” kata Reezal Merican menerusi akaun Twitter @reezal_merican, hari ini.
Bagi kategori pecut individu, rakan seperjuangan Mohd Azizulhasni, iaitu Muhammad Shah Firdaus Sahrom berada di tangga ke-18 dunia dengan 922.5 mata, Muhammad Fadhil Mohd Zonis pada kedudukan ke-103 dengan 237 mata, manakala Amar Danial Masri di tempat ke-248 selepas meraih 75 mata.
Sumber: BERNAMA |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ye la. Betis tercacak besi pon boleh menang dulu tu..
Syabas! |
|
|
|
|
|
|
|
thniah |
|
|
|
|
|
|
|
Pesan sistur satu je, jangan duk Gaza gaza sangat dik nanti kat velodrom.....kasi menang olimpik pingat emas kat tokyo, claim sejuta dari KBS...ko nak salur duit tu 100% ke palestine ke ape ke weolls tak kesah....duit ko.
Ni blom apa2 bersukan timbul isu itu ini, x sedap dgr...harap ia jadi pengajaran berharga. Bukan salah, cuma kita sbg atlet dah masak peraturan sokan sebegitu....jgn jadi timun & durian...
Same thing dgn atlet2 lain, isu seperti berpakaian...konsepnya, sila akur... |
|
|
|
|
|
|
|
Hobi kayangan berbasikal rakyat malaysia, xde ke pelapis dia ni. |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah..Azizulhasni Awang mmg terbaik!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|