View: 21045|Reply: 229
|
[Tempatan]
Adibah Noor tampil betulkan sebutan bahasa Inggeris Rina Harun
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 15-2-2021 08:17 AM
Adibah Noor tampil betulkan sebutan bahasa Inggeris Rina Harun
https://www.malaysiakini.com/news/563038
Diterbitkan 15 Feb 2021, 4:07 pm
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun kembali menjadi buah mulut warganet selepas dilihat kekok memberi ucapan dalam bahasa Inggeris menerusi satu persidangan secara maya baru-baru ini.
Menyedari kekoknya Rina ketika berucap dalam persidangan Suruhanjaya Pembangunan Sosial (CSocD59), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Sesi ke-59, pelakon dan penyanyi Adibah Noor mengambil inisiatif memperbetulkan sebutan Rina.
Menerusi Twitter, Adibah memuat naik klip video cara sebutan yang betul bertujuan untuk berkongsi ilmu dengan pengikutnya di laman tersebut.
“Saya akui, penulis skrip (ucapan Rina) sangat bagus dan saya harap saya dapat membacanya sendiri.
“Apa-apa pun, mari kita belajar menyebut perkataan ini, 'doubt' (keraguan) . Saya dah pernah buat video tentang ini tapi mungkin anda dah lupa.
“Jadi cara nak sebutnya (doubt) hilangkan bunyi ‘b’ bukan, dup, daob, dib tapi d-out,” ciapnya beserta tanda pagar #Pronunciation, #BetulkanYangBiasa dan #BiasakanYangBetul.
Perkongsian penyanyi lagu Terlalu Istimewa, itu menerima lebih 6,000 ulang ciap dan hampir 9,000 tanda suka.
Sebelum ini, ramai meluahkan rasa terkejut dengan penampilan baru Rina yang dilihat semakin kurus dan bergaya.
Terdahulu, Rina turut menjadi sohor di media sosial setelah dilihat menjadi model dan memperagakan busana baju kurung klasik pereka fesyen terkenal ManKajang.
Bagaimanapun, tindakan anggota parlimen Titiwangsa itu menerima kecaman netizen.
Malah, bekas ketua pegawai eksekutif Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Che Asmah Ibrahim terkedu apabila pejabat menteri yang menjadi tempat untuk menguruskan segala urusan rakyat kini dijadikan studio penggambaran fesyen.
“Macam tak percaya apa yang saya lihat. Bukan terpukau dengan kecantikan YB Menteri tetapi terkedu bila Pejabat Menteri dijadikan studio pengambaran fesyen dan YB Menteri pula sudah menjadi model,” tulisnya di akaun Facebook.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Adibah x nk buang perut ke... |
|
|
|
|
|
|
|
Kak dib buang usus sikit...cantik macam nek ecah nanti.. |
|
|
|
|
|
|
|
Muyidin taknak lantik adibah noor sbg Menteri Khas Bahasa Inggeris ke |
|
|
|
|
|
|
|
sedih ya perkataan2 yang agak basic pun ramai rupanya orang tak reti sebut.
belum campur lagi that's mean that's mean |
|
|
|
|
|
|
|
Sorry....iols dah tried a few times...
|
|
|
|
|
|
|
|
Tgk kat Wikipedia, rina punya first degree dari american university. Perkataan asas pun xlepas? |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya ramai yg sebut 'doubt' kurang tepat. aku pun sebut tak tepat. bagus adibah tlg betulkan sebutan2 ni. btw, most of malaysian mmg bnyk pronounciation perkataan2 english tak tepat. maybe bcoz lidah malaysian dan bukan specific belajar sebutan. dan negara2 lain2 kalau kita tgk ada yg lagi worst sebutannya, as long as org faham apa yg nak disampaikan. but if u sebagai guru, lecturer, bidang pendidikan, penyiaran, kebudayaan dan sengkatan, mmg perlu belajar sebutan yang tepat. |
|
|
|
|
|
|
|
ko kuruskn bdn ko dlu la dibah
boooooooooooooooooooooooooo |
|
|
|
|
|
|
|
Takde pulak yg menggelupur betulkan kesilapan sebutan dan tatabahasa Bahasa melayu? |
|
|
|
|
|
|
|
i heran kenapa la ramai yg rengsa dgn dibah ni.
dia MEMBETUL KAN benda yg tak betul ...
tu pun kena kecam.
cemana la kita nak maju, bila ditegur tapi sentap.
dah tak bole kena tegur ke mcm mana...
|
|
|
|
|
|
|
|
Oh...aku yg bodoh yinglish baru tau cara sebutan doubt debt...thanks teacher dibah |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by notM at 15-2-2021 06:15 PM
eragon replied at 15-2-2021 04:44 PM
rasanya ramai yg sebut 'doubt' kurang tepat. aku pun sebut tak tepat. bagus adibah tlg betulkan seb ...
Pasal rakyat Malaysia mengeja sedangkan Bahasa Inggeris tu hanya pinjam tulisan Roman dari Greek...
Sepatutnya kena ada satu sesi untuk nahu...ulang2 word sama pun Tak pe terutama yg keliru utk org Malaysia
Contoh
Doubt
Determine
Allow
Library
Raise
Rise
Rice
Date dead death dad
Live Life
Leave leaf Lift
Sink Sing
Bomb
Climb
Comb
Thumb
Tomb
Lamb
Debt
Lead lid led |
|
|
|
|
|
|
|
spunk3d replied at 15-2-2021 05:25 PM
i heran kenapa la ramai yg rengsa dgn dibah ni.
dia MEMBETUL KAN benda yg tak betul ...
tu pun k ...
Orang Malaysia ni banyak bangang...bila sesorang tu cakap dengan nahu/ pronunciation betul dia kata speaking London...acah2 mat salleh.
Cuba suruh diorg tu sebut Doubt... confirm salah sebab bangang kutuk org Acah2 London |
|
|
|
|
|
|
|
Cara sebut signal ialah sigenel |
|
|
|
|
|
|
|
Ok je dia ajar sebutan english yg betul. Ramai yg tak sedar salah sebut selama ni. Ilmu bermanfaat tu. Dia pun bekas cikgu BI. Mana cikgu2/bekas cikgu bm atau yg terer sgt BM? Berlambak org salah sebut/salah eja/salah tulis dll, BM takde pun org nak betulkan sgt. Jadi bahan lawak mcm samy vellu adalah. Bahasa kebangsaan tu.. Drpd sakit ati mak cik ni betulkan BI org, baik yg sakit ati tu gi betulkan BM org pulak. Naikkan martabat BM, buat org jatuh hati pada BM, hormat bahasa kebangsaan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|