CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2067|Reply: 8

Rahsia 20 Tahun Terbongkar, Pembunuh Bersiri Mengaku Rogol Dan Bunuh 32 Gadis

[Copy link]
Post time 16-2-2021 08:44 AM | Show all posts |Read mode





Pembunuh bersiri yang dicari-cari selama ini akhirnya ditangkap setelah dia mengaku merogol dan membunuh 32 gadis.


Michael Fourniret, 78 telah membuat pengakuan membunuh mangsa, Lydie Loge setelah polis Normandy, Perancis menemui persamaan tilam yang ditemui dalam vannya dengan tilam ibu mangsa.


Digelar pembunuh bersiri gadis remaja, rupa-rupanya dia telah melakukan perbuatan kejam tersebut selama 20 tahun secara rahsia. Lebih dasyat, ianya dibantu oleh isterinya sendiri.



Foto : Daily Star



Menurut laporan Daily Star, Michael mengaku telah membunuh 12 mangsa termasuk lah kanak-kanak dan wanita muda antara tahun 1987 hingga 2003.



Dia dilaporkan mendapat pertolongan isteri ketiganya, Monique Olivier yang berjanji mencari mangsa yang masih dara bagi membantu memuaskan nafsu suaminya yang mempunyai fantasi seks luar biasa.



Estelle Mouzin, 9 - Foto Polis Perancis




Terbaharu, Michael disabitkan dengan kehilangan kanak-kanak, Estelle Mouzin, 9 pada tahun lepas serta bertanggung jawab atas kematian Lydie Loge yang dilaporkan masih hilang.



Pihak polis kini bertungkus lumus untuk menyiasat senarai 20 lagi mangsa menjadikan jumlah keseluruhan 32 mangsa.



Antara bukti yang kuat ialah apabila apabila seorang kanak-kanak perempuan Belgian berusia 13 tahun yang diculiknya dapat melarikan diri lalu membuat laporan polis pada tahun 2003.



Polis menemui rambut gadis tersebut di dalam vannya, tetapi Olivier pula mengaku yang dia menjadi mangsa di bawah pengaruh psikopath suaminya.



Oivier, isteri suspek - Getty Images





Michael akhirnya mengaku membunuh mangsa lalu menunjukkan beberapa tempat mayat ditanam.


Seterusnya suspek turut disabitkan di atas kes rogol dan pembunuhan mangsa, Joanna Parrish iaitu pelajar universiti pada tahun 1990.



Mayat Joanna ditemui dalam keadaan bogel di sungai Yonne, Auxerre sehari selepas kehilangannya dilaporkan pada Mei tahun yang sama.



Biarpun kes ditutup pada tahun 2011, ibu bapa Joana, Roger Parrish dan Pauline Murell mendesak kerajaan Perancis mengenakan hukuman sepatutnya kepada pembunuh.




Ketika ini, Michael disabitkan dengan tujuh kesalahan membunuh serta hukuman penjara sepanjang hayatnya. Sementara itu, Oliver dikenakan hukuman penjara selama 28 tahun kerana membantu membunuh mangsa.



Foto : Polis Perancis





Membaca kronologi pembunuhan bersiri ini mengingatkan kepada kisah di dalam drama rantaian CSI. Ada pembunuh yang berjaya dihadapkan ke penjara dan ada juga yang terlepas. Semoga mangsa mendapat keadilan yang sebenar. - CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2021 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Ohmmemgeeee ropa waif bangsat ni iras sangat dengan waif uncle aiol! Rambut pon sama pendek cuma rambut sheols hitam!
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2021 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Btw, lama siak kena tangkap. Harap bangsat ni dan waifnya mati dengan dahsyat ya. Tak puas hati akak jika mati tak sengsara seperti mangsa2 mereka. RIP to all victims especially young kids and teenagers. Sayang betul masa muda kamu dirompak iblis.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2021 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya mangsa mangsa..
Harap penjahat ni dapat hukuman setimpal
Termasuk masa.amik sabun dalam.bilik.air...
Jilaka btol...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2021 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Psikopat laki bini....kesian mangsa2...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2021 10:55 AM | Show all posts
Puaka tua ni pernah ditangkap dan disumbat dlm penjara tetapi krn 'berkelakuan baik' dia dibebaskan. Bodohnya undang-undang manusia. Semua penjenayah tahu syarat unt bebas awal dari penjara mesti menjadi 'model prisoner'. Berlakun baik bukan susah. Dua bulan selepas dibebaskan, dia mengganas balik. Natijahnya berpuluh anak gadis tidak berdosa menjadi mangsa selepas itu. Model prisoner kepala hotak kau. This system has been abused for decades by criminals, but since corporal punishment is no longer the objective of western criminal law, their courts keep releasing thugs, rapist, serial killers, conmen into the society.  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2021 02:06 PM | Show all posts
Mereka ni layak dicampak dalam kadang singa yang kelaparan dalam zoo tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2021 12:10 PM | Show all posts

Ni antara mangsa2 yang dapat dikesan identiti. Sorry takleh tulis sebab artikel asal dalam bahasa France gitue. Tapi memang mendidih la baca story ni



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2021 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
{:yameteh{:hypnotize{:good{:spot{:iwant{:dot{:full{:kill{:freak{:stress{:hero{:laugh{:love{:smile{:hero{:spec{:yameteh{:sing
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Buat 'extend' budaya kito: Wanita Tak Puas Hati Struktur ‘Renovation’ Rumah Dirobohkan, Ini Penjelasan MPS
YgBenarBuat 'extend' budaya kito: Wanit
Views : 81532 Replies : 117
Perunding Hartanah Bidas Diana Danielle, Tak Setuju Kenyataan Rugi Beli Rumah Saiz ‘Kotak Kasut’.Netizen berbelah bagi
YgBenarPerunding Hartanah Bidas Diana Danielle,
Views : 33124 Replies : 41
Menjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [siri pembongkaran acik forum kembali bersiaran]
JoyahMengayahMenjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [
Views : 77511 Replies : 6785
Salah seorang anak ahli GISB yang paling tinggi pun dah keluarkan statement. Tolong jangan backup lagi
akido_kidoSalah seorang anak ahli GISB yang paling
Views : 24696 Replies : 159
Gambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri di MAHA 2024
maklukpenggodaGambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri
Views : 61347 Replies : 29
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 235791 Replies : 3752
Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘menyalak’ di media sosial
ultra78Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘
Views : 47809 Replies : 43
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 24749 Replies : 609
500k sudah mari
maklukpenggoda500k sudah mari
Views : 32532 Replies : 4
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 51298 Replies : 438

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 05:14 PM GMT+8 , Processed in 0.143351 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list