Baru-baru ini kecoh apabila pekerja syarikat perkhidmatan penghantaran barang mogok serta membaling parcel pembelian secara online di tempat pengumpulan syarikat tersebut.
Bagaimanapun, pekerja-pekerja terlibat sudah pun memohon maaf dan difahamkan tindakan itu berlaku berpunca daripada peningkatan beban kerja dan pemberian bonus.
Selepas kejadian itu, seorang pengguna TikTok yang juga pekerja J&T berkongsikan keadaan sekarang dimana barangan yang dihantar oleh pelanggan sudah berkurang.
Menurutnya, jika sebelum ini dia menghantar 100 hingga 150 barangan sehari sehingga penuh satu lori, kini hanya 20 hingga 30 barangan sahaja. Pemuda itu turut meminta mendoakan untuk J&T Ekspress dan keadaan akan pulih seperti sediakala.
Melihatkan situasi tersebut, mampukah syarikat kurier berkenaan dapat mengembalikan kepercayaan pengguna?
Diruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut dan mengatakan patutlah barangan mereka cepat sahaja sampai, rupanya J&T sudah kurang pelanggan.
Bagaimanapun, ramai yang meluahkan rasa kasihan disebabkan beberapa orang pekerja terlibat dengan kejadian itu, ramai penghantar lain menjadi mangsa.
Tidak kurang juga, ada yang mengatakan mereka tidak lagi percaya dengan J&T berikutan kejadian yang berlaku dan lebih sanggup menggunakan kurier lain meskipun barangan akan lambat tiba tetapi selamat.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 16-2-2021 01:46 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku sapot je J&T.
Now ni usah salahkan kulibatak. Management la yang fail tempohari. Cube korang pulak rase bos korang tetibe nak potong gaji korang banyak2. Boleh sabor ke?
Post time 16-2-2021 02:19 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku still support j&t..dh try poslaju. Pos dari Kedah ke Selangor seminggu baru sampai hari ni. Sama sampai dgn barang aku order dari Hong Kong. Barang yg dihantar guna j&t hari Raya cina ritu dh sampai. Skrg barang kurang mgkn sbb shopee hantar mesej kt semua customer last week to avoid pilih j&t. Aku pun ikut la pesanan shopee tu kecuali 1 barang tu mmg seller tak bagi option selain j&t. Tup2 barang tu la yg sampai paling awal walaupun order paling last aku buat minggu lepas.
Skrg baucer free shipping rm15 dh abis tunggu bulan depan la pulak yer adik2 j&t
ramai yg fedup pasal brg byk kena rembat bila smpi customer, parcel koyak / hilang. Sampai Shopee pun kasi info elakkan guna J&T ni. bukan psl kes mogok tu je yg buat org hilang trust.
iols still guna servis jnt lepas berita tu pun kuang3..
cuma still iols tak puas hati rega pos jnt mahal kot untuk walk in customer... why perlu potong gaji staf2... kalau sebab shopee bagi murah sangat pos... tolong lah negotiate dengan shopee... ecommerce2 ni untung atas angin.. takkan tak boleh bertimbang rasa... dah la sekat rezeki2 peniaga tempatan dengan memperkenalkan peniaga china direct kilang yang boleh offer harga tahap untung sekadar 10 sen...
Post time 16-2-2021 08:03 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Takpa... aku setia ngan jnt... so far xda problem.. brg dapat ok dan cepat... dari poslaju yg x laju pastu sibuk nak no ic nama bagai... koserrr.. just confirm nama dahlah.. tu aku punya baranggg
masa problem J&T hari tu memang brg aku stuck lama dekat hub. and dekat branch.
bila nak ambik sendiri, dia tak bagi, dia kata brg byk sgt nak p cari.
so buat masa ni aku opt ninja van dengan pos laju je la. sorry J&T. tunggu kerja2 uols mantol dulu, baru iols beli barang balik on9 guna J&T
Post time 16-2-2021 08:54 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Takda maknanya barang iols ada je lagi tak sampai ni.
Eloklaah tak byk supaya korang ada masa nak clearkan hat yg menimbun tu.
18hb ni start balik sale kat shopee utk 3.3 punya, haaa menimbun laa balik sampai la raya ni.
Nasihat iols sapa2 nak beli brg tuk kegunaan raya better beli je skrg sbb percayalaa jap lagi terkandas lagi laa parcel korang.
Post time 16-2-2021 08:56 AMFrom the mobile phone|Show all posts
dudaberhias replied at 16-2-2021 04:47 AM
iols still guna servis jnt lepas berita tu pun kuang3..
cuma still iols tak puas hati rega pos jnt ...
Walk in berapa ya harga? Iols dah tak igt berapa harga kos postage.
Iols ada byk brg nk letgo ni nampaknya kena beli plastik prabayar yg pos laju laa nampaknya.