CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1655|Reply: 7

Tak Sehaluan, Tak Penuhi Selera -Gjie Tinggalkan 6ixth Sense

[Copy link]
Post time 17-2-2021 02:26 PM | Show all posts |Read mode
Pemain gitar, Gjie kini tidak lagi bersama kumpulan 6ixth Sense selepas lebih 15 tahun berjuang bersama sejak awal tahun ini.


Gjie berkata, ia disebabkan mereka tidak sehaluan menerusi projek terbaharu 6ixth Sense.


"Sebenarnya, saya tidak mahu membesarkan perkara ini. Ia disebabkan kami tidak bergaduh mahupun bermusuhan. Hubungan saya bersama empat lagi anggota 6ixth Sense masih baik.


"Cuma, saya mengundurkan diri disebabkan rasa kami tidak sehaluan dalam projek terbaharu 6ixth Sense.


"Saya sudah lama merasakan perbezaan hala tuju, tetapi saya masih sayangkan 6ixth Sense, jadi saya berkompromi. Awalnya, saya ikut sahaja apa yang mereka mahu buat, seperti projek album 7belas," katanya kepada BH Online.




Foto: IG/BH




Gjie atau nama sebenarnya, Mohd Faiz Azizi Arlis berkata, banyak benda yang dilakukan tidak memenuhi seleranya.


"Jadi, saya merasakan apa yang diperjuangkan bersama 6ixth Sense bukan lagi diri saya.


"Apabila saya merasakan apa yang dilakukan tidak ikhlas, lebih baik saya tarik diri supaya tidak menyusahkan anggota lain. Disebabkan itu, saya tidak akan menyertai projek 6ixth Sense yang seterusnya," katanya.


Selain Gjie, kumpulan yang popular dengan lagu Khatimah Cinta itu turut dianggotai Adi selaku vokalis, Wan (dram), Atan (gitar) dan Ayoy (gitar).


Gjie berkata, dia sudah memaklumkan keputusan pengunduran diri awal bulan lalu menerusi aplikasi Whatsapp, tetapi hingga hari ini, mereka masih belum sempat berbincang.


"Selepas saya menghantar mesej, kami belum lagi bercakap mengenai hal ini. Tetapi, Wan ada menyatakan, posisi saya dalam 6ixth Sense masih terbuka. Kiranya, saya boleh kembali pada bila-bila masa saya mahu.


"Setakat ini, 6ixth Sense kekal berempat. Saya terbuka sekiranya pada masa hadapan mereka perlukan saya untuk projek seterusnya. Cuma, saya tidak mahu terbabit dalam projek terbaharu yang sedang mereka usahakan," katanya.


Terdahulu, Gjie membuat pengakuan menerusi entri video menerusi laman sosial, Instagram.




Foto: IG/BH




Dalam pada itu, Gjie tidak menafikan video perkongsian dibuat sebagai salah satu faktor untuk menarik orang ramai menonton saluran YouTube miliknya yang baru diusahakan.


"Saya nampak perkara ini boleh menarik orang ramai dengan menonton video YouTube saya. Bagi saya, ia tidak salah.


"Dalam masa sama, saya mahu aktif dalam saluran YouTube saya sendiri. Saya mahu berkongsi mengenai pengalaman selama lebih 15 tahun dalam bidang muzik.


"Jadi, ini adalah video pertama untuk saluran YouTube ini. Sebenarnya, perkara ini saya sudah lama disarankan kepada 6ixth Sense untuk melakukannya bersama. Rasanya mungkin empat hingga lima tahun lalu, tetapi mereka tidak mahu jadi saya hormati dan teruskan sendiri," katanya.


Foto: IG/BH


Ekoran itu, Gjie juga mengubah nama dalam laman IG dan tidak menggunakan nama 6ixth Sense. Ini kerana tidak mahu dibayangi oleh kumpulan berkenaan.


"Saya tidak lagi menggunakan nama Gjie 6ixth Sense dalam laman sosial. Saya mahu mencipta jenama saya sendiri. Insya-Allah, sekarang saya fokus pada pembikinan video dalam You Tube dan kerja balik tabir," katanya yang juga salah seorang anggota kumpulan Akim & The Majistret. -CARI


Sumber: Berita Harian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2021 02:36 PM | Show all posts
apa lagu terbaru korang?

haaaaaaaaaaaaaaaaaaa?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2021 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Abih diorg pun bukan ke kumpulan venus jugak...sedap lagu tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2021 03:43 PM | Show all posts
boleh masuk GV ujung taun ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2021 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
tak penuhi selera sbb akim & the majistret lagi femes ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2021 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
one_aiman replied at 17-2-2021 03:50 PM
tak penuhi selera sbb akim & the majistret lagi femes ke?

Kan... cuba kalau 6ixth sense tu pun masih famous takde nya dia nak keluar bagai.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2021 07:26 PM | Show all posts
sleepandream replied at 17-2-2021 07:43 AM
boleh masuk GV ujung taun ni

heshe boleh nyanyi ke?

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2021 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
'sepi' is my old time favourite jam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.495990 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list