Orang ramai tidak dibenarkan memilih jenis vaksin COVID-19 yang akan diterima, sebaliknya ia ditentukan pihak berkuasa kesihatan.
Kredit foto: AFP/Malay Mail
Ia selari dengan dasar kerajaan, iaitu apa-apa vaksin diluluskan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) adalah selamat untuk digunakan.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata orang ramai tidak diberi peluang memilih jenis vaksin COVID-19 sepanjang program pelalian dilakukan.
"Saya banyak terima persoalan mengenai perkara ini. Anda tidak dibenarkan untuk memilih jenis vaksin.
"Sebaliknya, orang ramai akan dimaklumkan mengenai tarikh, masa dan tempat bagi temu janji suntikan pelalian ini," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Sumber: BH Online |