View: 15504|Reply: 70
|
Sekali Seluk Pegang Kemaluan Dapat RM500, Bunga Isme Dedah Ada Kawan Jadi Sugarb
[Copy link]
|
|
Desakan hidup, diabaikan keluarga dan persaingan sesama rakan sebaya yang mengamalkan gaya hidup mewah antara faktor mendorong golongan pelajar universiti khususnya sanggup menggadai maruah bergelar ‘sugar baby’.
Bagaimanapun menurut penyanyi Bunga Is Me, terdapat dalam kalangan rakannya melibatkan diri dalam kegiatan ‘sugar baby’ sejak di bangku sekolah menengah kerana mahu keluar daripada kesempitan hidup.
Menurut pemilik nama Noor Ayu Fatini, 22, itu rakannya terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral seawal usia 17 tahun bagi meneruskan persekolahan dan terabai akibat keluarga yang berpecah belah.
Foto: IG
“Saya pernah rapat dengan seorang kawan perempuan. Dia pernah beritahu saya, ketika ingin menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia berkenalan dengan seorang ‘sugar daddy’ yang menjanjikan bermacam perkara kepadanya.
“Dia pernah beritahu saya, sekali seluk atau pegang bahagian alat sulit, dia boleh dapat wang mudah bermula RM500. Bayangkan kalau dia buat perkara-perkara lain yang lebih ‘daring’.
“Dia juga pernah beritahu saya, dia buat semua itu disebabkan kesempitan hidup nak bayar yuran persekolahan dan tuisyen. Saya tidak berada dalam kedudukan untuk menghakimi apa yang dia buat namun ini membuktikan, ada sesuatu yang tidak kena dalam tangga sosial dan budaya masyarakat kita,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Tambah Bunga lagi, ibu rakannya itu sebenarnya mengetahui tentang kegiatan yang dilakukan anak mereka tetapi bertindak mendiamkan diri sahaja.
“Hidup di kota metropolitan seperti Kuala Lumpur ini, bermacam-macam perkara boleh berlaku. Kawan saya siap beritahu ibu bapanya tahu yang dia buat perkara yang tidak bermoral namun hanya menutup mata.
“Saya sebagai seorang selebriti berpendapat, apa yang berlaku sekarang ibarat kanser yang kalau dibiarkan melarat, akan membinasakan masyarakat kita. Pihak berwajib harus cakna dengan apa yang berlaku. Ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem dan masyarakat kita,” katanya.
Ketika ramai dalam kalangan pelajar sanggup bekerja separuh masa di kedai serbaneka atau pusat membeli belah demi menjana pendapatan tambahan untuk membiayai kos kehidupan di universiti, golongan ‘sugar baby’ pula memilih jalan pintas untuk hidup mewah.
Tidak menafikan realiti yang berlaku di sekelilingnya, penyanyi muda Farisha Irish mendedahkan dia juga pernah mengenali rakan yang bergelumang dengan noda apabila bergelar ‘sugar baby’ ketika belajar di universiti.
Kata pelantun lagu Tak Malu itu, faktor kesempitan hidup menjadi sebab utama mengapa golongan belia terutama pelajar memilih untuk mendapatkan kemewahan dengan segera.
“Ada dalam kalangan rakan yang jadi ‘sugar baby’ sebab memerlukan duit. Dia tidaklah terlalu pamerkan kemewahan tetapi orang tahu dia melakukan kegiatan terkutuk sebegitu sebab mampu tinggal di rumah sewa berbanding pelajar lain yang menetap di kolej.
“Tetapi sejujurnya perkara ini tidak sepatutnya dilakukan. Sebagai seorang pelajar yang menuntut ilmu, carilah cara lain yang lebih baik untuk menjana pendapatan,” katanya ketika dihubungi Kosmo Online! semalam.
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebelum ini memandang serius pendedahan yang dibuat oleh media berkenaan laman sesawang ‘student programme’ dan laporan dalam Facebook mengenai peningkatan mendadak bilangan pelajar universiti yang terlibat dalam perkhidmatan perempuan simpanan (sugar baby).
Kosmo! sebelum ini melaporkan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah mengambil tindakan menyekat akses ke laman sesawang Sugarbook – CARI
Sumber: Kosmo Online
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kalau miskin bole kje part time mcd ke apa
I pun masa degree kje part time
Alasan je nak jd pelacur sbb kesimpitan hidup..
Padahal nak beli baju branded, iphone, sewa kat kondo.. |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni tiber lak nk petik kawan lahai nak jugak mencapub.. btw dulu dia ni biasa je lelama gedik pulak.. whorayus dik sendu? |
|
|
|
|
|
|
|
Kisah ini je lah minggu ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesempitan hidup la konon.. Ni semua alasan nk mewah dengan cara mudah je. Klau betul terdesak nk bayar yuran sekolah ke ap bnyak lagi cara/kerja lain boleh buat kan? |
|
|
|
|
|
|
|
bila nafsu melebihi segalanya.. tu yang cakap demi kesempitan hidupla... xde sape letak pisau kat leher suh jadi sugerBab1 niii....
|
|
|
|
|
|
|
|
Orang ada maruah xkan gadai maruah.
ketahui keadaan zaman sekarang dimana maetrialistik tu mcm satu kepuasan ,ramai saja students yg sanggup jual poen ,hilang dara demi duit.
Susah nak cari perempuan bermaruah , dlm pakai tudung tu pun mengotey mcm babi
yg xpakai tudung lagi lahabau siapa diri sendiri dia jual ,org lain pun dia jual jadi ibu ayam.
Habis semua busuk tahi ,semuanya demi duit. |
|
|
|
|
|
|
|
lattehazelnut: Kalau miskin bole kje part time mcd ke apaI pun masa degree kje part timeAlasan je nak jd pelacur sbb kesimpitan hidup..Padahal nak beli baju branded, ...
Ya i setuju.
Miskin boleh keje boleh mintak bantuan juga zakat ke apa. Kt uni kan ada unit zakat senang je nk mohon.
I dulu jimat2 duit ptptn tu je. Sampai parents i pula risau sbb i tak minta duit.
Ni semua sbb nk lifestyle mewah. Nak tunjuk diri mcm anak orang ada2.
|
|
|
|
|
|
|
|
satgi ramai ler artis2 sendu bbnu pun cerita.. ada kawan dia la..
kawan rapat ler.. kawan kuliah ler...
kesian ko dek... takde cerita nak up... ini aja la modal ko nak up dalam industri...
sedihhh....
hahahhaa.... |
|
|
|
|
|
|
|
jenuhla pejabat zakat, jkm nak menjawab pulak tak cukup bantuan sampai kena cari sugar daddy .. |
|
|
|
|
|
|
|
aku baru smalam search psl tongong ni
sbb dngr lagu rap mekarkn senyummu nananananna tu
cam best lak
ingtkn btul2 la imej kampung
rupanya mmbohsia gak bekepit ngn bf dia mcm laki bini up kt ig
boleh jalan la ko bohsia pekan acah dara melayu terakhir
dsr dak2 rapper hopper rosak akhlak
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
ntahnya..
alasan je cost of living tu..
padahal untuk berlumba lumba content socmed..
berlumba lumba nak nampak up-to-date OOTD bagai...dgn jenama2 mewah antarabangsa semua...
pastu takyah laa create "nice" term utk golongan mcm ni ber sugarbaby bagai..
back to normal term GRO atau pelacur jer...
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols tak leh nak komen sbb ada je yg kluar pi keje part-time kat kedai makan, tapi sbb keliling tu mentaliti teruk, budak pun jadi mangsa. Kita tak dok dlm situasi itu maka tak tau apa rasanya bila depa kata kesempitan hidup.
Benda ni sah2 pelacuran. Haramkan pun, masih ada black market, masih ada underground. Masih ada lelaki idung belang. Bg jalan, buat open pun, taktau akan lagi teruk drp negara2 lain ke tak.
Bg iols, didikan agama itu penting. Dok tarbiyah setiap hari. Pastu galakkan hidup berwasatiyyah. Ni celeb, org atas, kengkawan sumer dok tayang branded.. mana la diorg tak meleleh air liur? |
|
|
|
|
|
|
|
Eh, dan2 ade kawan jd sugarbaby konon.
1. ko cedok je cite org mane2 yang confession, pastu konon tu kawan ko atau
2. Pengalaman sendiri kot.....
Hahahahaha.
Hati aku is sgt hitam berdaki |
|
|
|
|
|
|
|
byk tu rm500. suhaimi saad grindr rm100. nmpknye tercabar retis sangkak 20tahun rate sebegitu murah |
|
|
|
|
|
|
|
slyfynx replied at 18-2-2021 10:17 AM
Eh, dan2 ade kawan jd sugarbaby konon.
1. ko cedok je cite org mane2 yang confession, pastu konon t ...
Hati I yang berkeladak ni pilih jawapan no 2.hehehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
pengalaman sendri kot..haku hati keladak sebab dia ni pun menggeletis birah semacam
|
|
|
|
|
|
|
|
Semalam kawan si Wani Keri, harini kawan si Bunga ni pulak.
Iols tertunggu-tunggu si Chacha Maembong punya kawan |
|
|
|
|
|
|
|
Cara cerita dia ni dah macam pengalaman sendiri je. |
|
|
|
|
|
|
|
aku dok prati dak2 skg yg jnis dok ikt hjabista ie..paki baju tbl mcm musim bah
aku plk yg rs berpeluh..gamaknye mmg fesyen skg kot |
|
|
|
|
|
|
| |
|