Pasangan yang sentiasa ceria, Azad Jazmin dan Eira Syazira tidak pernah menghampakan peminat kerana pasti ada sahaja gelagat mereka yang mencuit hati warganet.
Bukan semua pasangan bertuah dapat suami yang lucu dan suka bergurau, pendek kata beruntunglah Eira bersuamikan Azad atau lebih mesra dipanggil Pak Azad. Oh ya! sudah pastilah Pak Azad pun bertuah juga dapat isteri yang sungguh sporting dan "boleh bergurau".
Kredit foto : Instagram eirasyaziraofficial
Ya lah! hidup ni tak boleh terlalu serius sangat, kena sentiasa ada gurauan dalam kehidupan seharian barulah tak stress kan. Gurauan pun satu terapi dan pengikat kasih sayang suami isteri tau!
Terbaru, Eira berkongsi satu lagi video yang berjaya mencuit hati peminat. Melalui paparan video tersebut, ketika Eira sedang leka merakam video di Instagramnya, secara tiba-tiba Pak Azad muncul dari belakang dan menyerkup kepala isterinya dengan kain pelikat yang sedang dipakai olehnya.
" Tak pakai seluar dalam! batal air sembahyang aku'' jerit Eira sambil ketawa besar.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat terhibur dengan gelagat pasangan ini dan menyifatkan mereka pasangan yang sentiasa "meriah" dan tak pernah tak kelakar.
Apa pendapat korang, suka pasangan yang "gila-gila" dan suka bergurau atau serius? - CARI
|