Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
4827
View
78
Reply

Sebut 'Khamis' & 'Khianat' Pun Tak Betul, Ada Hati Gelakkan Orang Tak Reti BI

[Copy link]

Author: CARI-MAL       Show all posts   Read mode

Author
Post time 23-2-2021 09:47 AM | Show all posts |Read mode
Rakyat Malaysia tidak perlu cemas dan gelojoh untuk membuat kenyataan mengaibkan mana-mana individu yang tidak berupaya bertutur Bahasa Inggeris (BI) dengan baik.


Ini kerana, sifat bahasa Inggeris adalah lebih rencam, justeru jika seseorang individu boleh bertutur dengan baik ia merupakan satu bonus.


Namun, jika sebaliknya, ia bukan tiket kepada mana-mana individu untuk menjatuhkan maruah seseorang apatah lagi Bahasa Inggeris bukan bahasa jati diri rakyat di negara ini.








Teguran itu dibuat oleh Prof Datuk Dr Teo Kok Seong yang kecewa dengan sikap sesetengah rakyat Malaysia yang mempersendakan individu lain hanya kerana gagal bertutur dalam BI dan seolah-olah ia satu dosa besar.

Ketawa terbahak-bahak kerana kesilapan dan ketidakupayaan individu menuturkan bahasa Inggeris dengan baik semata-mata untuk mengaibkannya satu negara, untuk apa buat begitu? Dapat apa gelakkan orang lain?

Kalau orang lain salah berbahasa Inggeris begitu cepat celik hati, kalau ada rakyat Malaysia yang silap ketika bertutur bahasa Melayu terus buta hati.

Individu seperti ini bolehlah kita samakan dengan peribahasa gajah di hadapan mata tak nampak, kuman di seberang lautan nampak, katanya kepada MalaysiaGazette.


Mengulas lanjut, Kok Seong berkata, individu-individu yang mengaibkan pihak lain atas alasan yang sama sepatut malu kerana penduduk dunia lain tidak pernah melihat kegagalan menguasai BI sebagai  masalah besar kepada negara mereka sehingga dijadikan bahan ketawa.


Sebaliknya mereka lebih prihatin jika bahasa ibunda mereka gagal dikuasai oleh rakyat masing-masing.


Beliau yang juga Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia menambah, individu-individu terbabit sepatutnya malu kerana tindak-tanduknya tidak mencerminkan sifat malu, berbudi bahasa dan penyayang yang sepatutnya ada dalam kalangan rakyat Malaysia.


Perbuatan itu, samalah dengan satu jari menunjuk kesalahan orang, empat jari tunjuk kelemahan sendiri, katanya.


Malah, Kok Seong turut mempersoalkan sama ada mereka yang mengaibkan orang lain ini mampu bertutur Bahasa Melayu dengan baik atau sebaliknya.


Jika tidak, individu-individu ini patut lebih malu kerana gagal menuturkan bahasa kebangsaan sendiri dengan baik.

Saya persoalkan demikian kerana rata-rata orang Melayu gagal menyebut perkataan Khamis, khianat dengan betul. Sebutan kh ada geseran dan bukannya disebut sebagai Kamis atau khianat.

Kecuali ustaz, kebanyakan rakyat biasa yang gagal menyebut dua perkataan ini dengan betul termasuk pemimpin negara. Ketidakupayaan kecil kita ini patut rasa malu.

Kegagalan kita ini (menyebut dengan baik) bermakna kita tidak ada jati diri dan tidak mempunyai taat setia pada negara kerana bahasa Melayu terkandung dalam Perlembagaan, tegasnya.  




Sumber: MalaysiaGazette

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 23-2-2021 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih Prof.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Jenuh arr nk sebut kha-mis dgn khia-nat mcm ustaz ustazah..malu pulak rasanya nk sebut camtu, nnt org2 yg dgr ingat aku dh buang tebiat
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab: Jenuh arr nk sebut kha-mis dgn khia-nat mcm ustaz ustazah..malu pulak rasanya nk sebut camtu, nnt org2 yg dgr ingat aku dh buang tebiat



Nk lebih afdal.jadikan kho-mis
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 10:22 AM | Show all posts
khakhakha.. hehe.. praktis gelak guna 'kh'.. ala2 berkahak gitu.

perkataan2 BM banyak yg asal dari bahasa arab jugak.. tu yg bangsa2 lain.. bila cakap BM pon ada yg susah nak sebut dengan baik..  

Tapi sebab kita sendiri bangga bangsa lain cakap bahasa kita.. takde la kita perlekeh mereka yg sebut bahasa Melayu tak betul.. mat saleh cakap BM.. bangla cakap BM.. berterabur.. kita tak gelak berdekah2 pon.. sebab kita mengalu2kan dorang cakap bahasa kita.

sama gak mat saleh.. dia bangga dan welcome kita bercakap bahasa dia.. tu pasal dia tak gelakkan kita cakap English berterabur.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 10:51 AM | Show all posts
Edited by nolya at 23-2-2021 10:58 AM
krustykrab replied at 23-2-2021 10:00 AM
Jenuh arr nk sebut kha-mis dgn khia-nat mcm ustaz ustazah..malu pulak rasanya nk sebut camtu, nnt or ...

Banyak perkataan melayu kalau ejaan aslinya berdasarkan kpd ejaan jawi, seharusnya disebut mengikut 'tajwidnya' spt huruf2  'kha' dn ' 'ain' tetapi entah kenapa perkataan tersebut telah dimelayukan dn ejaannya digantikan, maka jadilah Khalid/Khalidah to Kalid/Kalidah, khilaf - silap, akhirat - ahirat, ni'mat - nikmat, 'Ain - Ain je, dn banyak lagilah. Kebiasaan menyebut perkataan dgn ejaan2 huruf hijaiyah sudah dicemarkan, ditinggalkan dn dimelayukan maka tak heran kalau generasi sekarang gagal mengekalkan keaslian bunyi huruf dgn fasohahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul pun. Kemas dan pedas tegurannya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 11:23 AM | Show all posts
padu dan medalam tegurannye
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus prof..setepek org tu kene..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
salah satu sebab filem kita x kemana. Gah kan bahasa budaya org. ehh filem pulak...apa bendalah.. omputeh grammar pun lebih kurang je la.. melayu ni mengada ngada.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Dolu2 iols sebut jahit pon ada org pertikaikan, sbb depa sebut jait.. giteww..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
GigaMom replied at 23-2-2021 10:18 AM
Nk lebih afdal.jadikan kho-mis

Kdg kalau nk bergurau2 aku sebut le mcm tu..tp kalau biasa2 malu eh
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 11:43 AM | Show all posts
bergulung lidah dekk nak sebut khomis khianat. berkahak berkeruh bunyi nak meneran tekak gituh
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 23-2-2021 11:36 AM
Dolu2 iols sebut jahit pon ada org pertikaikan, sbb depa sebut jait.. giteww..

Dulu aku sebut oven as O-ven...tp  x colleague aku yg bangga sheol dpt bm p7 dlm spm suruh aku sebut A-ven mcm mat saleh tu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 11:47 AM | Show all posts
ni dekk ko sebut talak pon tak betul gegeh nak berskandal bagai lepas tu senang2 jah nak cerai bini apooo? mohon ko belajar balik cemana nak sebut betul2 perkataan talak tu

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 12:14 PM | Show all posts
kamih dan kenat..hahaha org utara punya sebutan
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 23-2-2021 11:45 AM
Dulu aku sebut oven as O-ven...tp  x colleague aku yg bangga sheol dpt bm p7 dlm spm suruh aku seb ...

Hahaha..
Masa dajah 2 iols tak tau apa tu seterika.. jenuh budak klas iols nak terangkan seterika tu apa.. alaa, mcm kasut utk seterika baju.. bila dia tunjuk aksi gosok baju, baru iols ckp, "oh, iron ...." hahaha

Masa iols kat kolej, cikgu ngajar bahsa inggeris pon rengsa dgn cara org ckp "No".
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 12:35 PM | Show all posts
ade je manusia suka gelakkan apa yg dilihat sebagai  kelemahan dan kekurangan org lain ....
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 23-2-2021 10:00 AM
Jenuh arr nk sebut kha-mis dgn khia-nat mcm ustaz ustazah..malu pulak rasanya nk sebut camtu, nnt or ...

Heheh kelmarin iols dengr anak iols duk hafal alif ba ta ikut yg cikgu tadika dia ajar
Cth sebut Alif utk Api, Ba utk baju sampai huruf Kho dia sebut Kho utk Khamis.
Dia sebut bebetul khamis yaa bukan kamis yaaa  pastu baru iols terpikir yaa laa Kho tu sesuai utk Khamis padahal selama ni iols pun sebut Khamis sebagai kamis je
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahasa Melayu Moden sepatut nya guna Kamis....bukan Khamis.

Cuba ikut Indonesia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list