CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1995|Reply: 1

Tuju Mula Cipta Nama Sebagai Penyanyi Solo

[Copy link]
Post time 23-2-2021 11:59 AM | Show all posts |Read mode
Sejak kemunculan kumpulan Hip Hop, K-Clique, tidak dinafikan setiap anggotanya berjaya mencipta nama dan populariti tersendiri.


Kolaborasi anggota kumpulan itu dengan beberapa penyanyi tempatan lain juga menjadikan nama mereka kian dikenali.


Terbaharu, Tuju atau nama sebenarnya Azree Zamree kini sudah mula mencipta nama sebagai penyanyi solo.


Sebelum ini, Tuju pernah terbabit dengan beberapa projek yang menggunakan khidmatnya sebagai penyanyi solo antaranya dalam lagu X Missing U, duet bersama Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah dan Yonnyboii yang berjaya melayakkan diri ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 35.




Foto: IG




Selain beraksi solo dan bersama K-Clique, Tuju turut bergerak secara duo dengan isterinya yang juga penyanyi rap wanita, Loca B dengan nama pentas TUJULOCA. Sehingga kini, TUJULOCA pernah menghasilkan tiga single seperti Naluri, Empati dan Bintang.


Tahun lalu, Tuju juga berjaya mencuri perhatian peminat industri muzik apabila menyertai dan memenangi tempat ketiga dalam program realiti The Masked Singer Malaysia.


Kini, Tuju bakal melancarkan single terbaharunya berjudul Jiwa Pusing. Single ini adalah lagu solo pertamanya bersama Black Hat Cat Records.


Tuju berkata, lagu itu lebih bersifat suara dan luahan hati seseorang mengenai kehidupan.




  



"Jiwa Pusing adalah ciptaan bersama saya dengan penerbit muzik dan pencipta lagu yang semakin meningkat naik, Mingaling dari kumpulan Hip Hop MassMusic. Liriknya pula saya tulis sendiri menceritakan mengenai luahan hati diri sendiri mengenai kehidupan.


"Single Jiwa Pusing adalah lagu suara hati, luahan, getar perasaan yang membuak-buak ingin keluar dari benak hati yang paling dalam. Saya mengambil beberapa lirik lama yang sudah ada dalam simpanan kerana ia lirik yang sangat membawa makna dalam hidup saya.




  



  



"Dalam lirik ini sendiri tertulis 'Ku Tuju diri ku dalam lirik ini' yang membawa maksud lagu ini merujuk kepada saya dan kehidupan saya ketika itu," katanya.


Lagu Jiwa Pusing terbitan Black Hat Cat Records dan bekerjasama dengan Warner Music Malaysia sebagai pengedar. Single ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 19 Februari lalu. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2021 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Nyanyi la.. suara u sedap..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 09:14 PM GMT+8 , Processed in 2.712117 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list