"Clubhouse ni bodoh dan syok sendiri ya."
Populariti aplikasi Clubhouse mencanak naik kebelakangan ini. Sementelah ianya hanya boleh diakses pengguna iPhone semata-mata membuatkan mereka yang berada di dalam aplikasi ini berasa bangga.
Kononnya kehebatan Clubhouse ini mampu membuka minda, sekali gus mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu isu. Apatah lagi ianya turut dihadiri oleh Orang terkaya di dunia, Elon Musk dan ramai lagi jutawan di seluruh dunia
Akan tetapi, sejauh mana kah bagusnya aplikasi ini jika sesiapa sahaja boleh membuka 'room'? Lebih-lebih lagi isu yang dibincangkan juga bukan kepakaran mereka? Tak ke syok sendiri namanya tu?
Foto lubhouse
Betapa mudahnya membincangkan sesuatu topik di luar kepakaran dan masing-masing pula membuat tafsiran sendiri. Secara jujurnya topik dakwah sentap yang dibualkan sesama remaja ini pastinya mendapat jawapan Nay berbanding Yay.
"Syok sendiri je, semua jenis penyokong ohhh tegur jela lembut mana tau lambat laun dia dengar."
Foto : The Verge
Bagaimanapun ianya dinafikan oleh moderator serta ahli di dalam room tersebut bahawa mereka berbincang secara sihat dan adanya pakar yang memperbetulkan salah anggap mereka selama ini.
Foto : Twitter
Ianya turut diperbetulkan oleh Ustaz Musuza mengenai pendekatan dakwah lembut dan juga dakwah sentap. Menariknya, ahli di dalam 'room' tersebut turut menerima nasihat itu dengan baik.
Jadi, masih ada yang kata Clubhouse hanya perbincangan sia-sia? Anda suka perbincangan room yang mana? - CARI
|