Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
522
View
6
Reply

COVID-19: Tokyo minta China tidak gunakan ujian calitan dubur kepada warga Jepun

[Copy link]

Author: CARI-HBZ       Show all posts   Read mode

Author
Post time 3-3-2021 12:54 AM | Show all posts |Read mode





TOKYO: Jepun meminta China supaya tidak menjalankan ujian calitan dubur ke atas warganya untuk mengesan COVID-19 dengan menyatakan kaedah itu boleh mendorong kepada tekanan emosi.


Campur tangan Tokyo itu berlaku selepas laporan menyatakan anggota diplomatik Amerika Syarikat (AS) di China mengadu menjalani ujian itu yang dinafikan oleh Beijing.


China yang berjaya mengawal COVID-19 menyatakan bulan lalu ujian calitan dubur lebih efektif daripada ujian tekak dan hidung kerana virus dapat bertahan lebih lama dalam sistem pencernaan.


Bagaimanapun, jurucakap kerajaan Jepun, Katsunobu Kato, berkata Tokyo membuat permintaan rasmi melalui kedutaannya di Beijing supaya rakyatnya dikecualikan.


"Kedutaan kami meminta warganegara Jepun dikeluarkan daripada ujian calitan dubur kerana beberapa ekspatriat Jepun memberitahu ujian itu menimbulkan tekanan psikologi yang signifikan.


"ada saat ini, kami belum menerima maklum balas mereka akan mengubah langkah ini... kami akan terus memberi tekanan," katanya.


Beliau juga berkata, setakat ini tiada maklumat negara lain menggunakan kaedah berkenaan.


Menjawab mengenai aduan itu, Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin memberitahu kaedah ujian dijalankan Beijing berdasarkan sains dan sesuai dengan perubahan dalam situasi wabak serta undang-undang dan peraturan yang relevan.


Bulan lalu, media AS melaporkan kakitangan Jabatan Luar AS di China mengadu mengenai kaedah itu, tetapi Beijing menafikan laporan berkenaan dengan menyatakan ia tidak pernah meminta pegawai diplomatik AS di China untuk menjalani ujian calitan dubur.


Pegawai di China menggunakan calitan dubur untuk menguji individu dianggap berisiko tinggi dijangkiti COVID-19, termasuk penduduk kawasan kejiranan dengan kes yang sudah disahkan serta pelancong antarabangsa.


Tetapi mereka mengakui agak sulit menggunakan ujian calitan dubur, berbanding kaedah lain yang digunakan kerana teknik itu tidak selesa. - AFP




Sumber : Berita Harian

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 3-3-2021 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 01:03 AM | Show all posts
dah boleh bayang kena calit sikit jerit kimochiii kimochiii macam sakit sangat2
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
anakjiran: dah boleh bayang kena calit sikit jerit kimochiii kimochiii macam sakit sangat2


Dia sebut itai itai!
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 01:21 AM | Show all posts
warganegara msia kat sana mcm mana kjaan kita tak buat permintaan jugak ke
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 01:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Manja betul
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 01:33 AM | Show all posts
masalahnya dorang je yg duk sibuk nak pakai calitan bottom.
gila ke apa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list