Menerusi sebuah posting, figura yang dikenali sebagai ‘The Rock’ itu berkongsi sekeping gambar ‘mirror selfie’ memaparkan belakang badannya dipenuhi kesan tompokan merah hasil daripada rawatan tersebut.
“Kali pertama melakukan kaedah bekam. Nampak lebih berbentuk daripada apa yang dirasai, tapi secara keseluruhan saya menikmati terapi ini,” tulisnya.
Malah, pelakon berusia 49 tahun itu mengakui sering mencari pelbagai alternatif baru bagi mengekalkan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian.
“Kita hanya memiliki satu badan, jadi kita mesti menjaganya dengan baik,” katanya.
Posting tersebut dihujani komen segelintir umat Islam serata dunia yang menyatakan bahawa bekam adalah amalan sunnah Rasulullah SAW dan sahabat baginda.
Ia sunnah dalam Islam
Teknik perubatan Rasulullah
Bagaimanapun, kaedah tersebut sudah semakin meluas terutama di pusat rawatan kecantikan atau kesihatan tanpa mengira bangsa yang telah mencuba bagi melancarkan peredaran darah serta membuang angin.
Sumber: Instagram The Rock