Kisah Sebenar Disebalik Rumah Misteri Di Tengah Sungai
Sekali pandang, memang rumah ini nampak pelik kerana terletak betul-betul di tengah sungai. Walaupun nampak seperti rumah yang terselamat dalam nahas banjir, sebenarnya rumah misteri itu sengaja ditempatkan di sana di atas permintaan seorang seniman Perancis.
Sebuah syarikat yang pakar dalam menyelamatkan bangkai kapal telah meletakkan rumah tiga tingkat yang dikenali sebagai La maison dans la Loire. Rumah misteri itu sebenarnya adalah cetusan idea seniman Perancis Jean-Luc Courcoult yang merupakan sebagai sebahagian daripada Pameran Seni Estuaire 2007.
Replika itu pada asalnya diletakkan di lokasi lain tetapi malangnya arus deras sungai itu telah mengalir dari landasannya sehingga menyebabkan ia tenggelam. Pada tahun 2012, karya seni tersebut dipindahkan sejauh 15 batu ke lokasi sekarang ini. Menariknya, ia masih kekal bertahan di lokasi itu walaupun air mengalir tanpa henti.
Walaupun rumah misteri di Loire itu kelihatan aneh pada waktu siang, lain pula ceritanya pada waktu malam. Oleh kerana lokasinya yang asing, waktu malam menjadi menyeramkan terutamanya apabila angin bertiup melalui tingkap sehingga menghasilkan bunyi-bunyian yang kuat.
Bukan saja lokasinya yang menyeramkan pada waktu malam, yang peliknya ialah cahaya daripada lampu akan menyala di salah satu bilik. Ini pastinya bukan sesuatu yang anda harapkan dapat dilihat di sebuah rumah terbengkalai di tengah sungai.
Tidak dapat dipastikan sama ada orang ramai boleh melawat rumah tersebut atau tidak memandangkan lokasinya yang membahayakan. Arus deras sungai itu tentu sahaja membahayakan ditambah pula dengan rumah terbengkalai yang sudah dibiarkan bertahun-tahun lamanya.
Post time 9-3-2021 07:43 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Ada org pasangkan lampu ke apa?
Bukan saja lokasinya yang menyeramkan pada waktu malam, yang peliknya ialah cahaya daripada lampu akan menyala di salah satu bilik. Ini pastinya bukan sesuatu yang anda harapkan dapat dilihat di sebuah rumah terbengkalai di tengah sungai.