CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8815|Reply: 86

[Tempatan] Banyak kedai tomyam gulung tikar. Tukang masak tulen dari Thailand balik negara

  [Copy link]
Post time 9-3-2021 10:00 AM | Show all posts |Read mode
Banyak kedai tomyam gulung tikar

https://www.kosmo.com.my/2021/03 ... omyam-gulung-tikar/

Oleh MUHD AFIQ AL-HAFIZ MAT YUSOF
9 Mac 2021, 9:30 am


Keratan Kosmo! semalam

PETALING JAYA – Peniaga kedai tomyam berdepan penutupan operasi kedai makan selepas kehilangan tukang masak tulen dari Thailand yang pulang ke negara asal akibat impak ekonomi ekoran penularan Covid-19.

Pengerusi Persatuan Peniaga Tomyam Melayu Johor Bahru, Mustapha Ismail berkata, ramai peniaga terpaksa menutup kedai makan akibat ketiadaan tukang masak dan pekerja warga Thailand.

“Setakat ini, lebih 60 kedai makan di Johor Bahru terpaksa menutup operasi perniagaan mereka selepas pekerja dan tukang masak warga Thailand pulang ke negara asal.

“Keistimewaan tukang masak dari Thailand ini sukar diganti dengan pekerja tempatan kerana mereka mempunyai cara tersendiri dalam menyediakan makanan terutamanya tomyam,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.


keenakan tomyam hasil air tangan tukang masak tulen warga Thailand membuatkan masakan itu menjadi buruan penggemarnya.

Sementara itu, seorang peniaga kedai tomyam di Cheras, Kuala Lumpur yang mahu dikenali sebagai Ahmad turut meluahkan perasaan sama dalam mencari tukang masak warga Thailand.

“Saya percaya kebanyakan peniaga menghadapi kesukaran seperti saya dalam mencari tukang masak dari Thailand.

Ketiadaan tukang masak dari negara jiran ini menjejaskan perniagaan dan ada peniaga yang terpaksa menutup kedai akibat kerugian.

“Pelanggan juga pandai menilai, mereka tahu masakan itu dimasak oleh tukang masak warga Thailand ataupun tidak. Ini menyebabkan banyak pe-langgan mencari kedai lain bagi menikmati juadah tomyam asli yang dimasak sendiri tukang masak warga Thailand,” ujarnya.-K! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2021 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Pes tomyam bole beli online.. resipi carik google..
Bukan susah sgt pun..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 10:06 AM | Show all posts
sebelum ni kat tempat gua ada kedai liza tomyam, mmg sedap masakan dia
bila kpk1 tukang masak balik siam & tak balik sini lagi
org tempatan amik alih kedai tu jadi jiza tomyam, tukang masak pulak indon
mmg tak sedap langsung indon masak lauk siam
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 10:08 AM | Show all posts
tak sama dgn pes...drg masak tak pakai pes pun.. guna chili paste dlm tong tu je..bahan2 lain guna bahan2 masakan biasa
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 10:18 AM | Show all posts
Yang enaknya makan tomyam di Thailand aja. Sebelum Corona, sering ke Hat Yai buat makan-makan. Jadi kangen mau ke sana
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Friska replied at 9-3-2021 10:18 AM
Yang enaknya makan tomyam di Thailand aja. Sebelum Corona, sering ke Hat Yai buat makan-makan. Jadi  ...

kau mkn bakso je lah friska.....

abam @CiliPadiSedap belanja
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2021 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
dorsng baru balik telend ke?.....

covid dah setahun dah, takkn baru ni nk balik
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap tukang masak warga tempatan dh boleh masak tomyam..takkan tak pandai pandai lagi nk masak sesedap thailand
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2021 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Barang2 masakan deorang akan bawak dari sana, di jamin halal sebab yang masak pun bukan siam betul tapi melayu selatan thai, koh koh koh janji memang makanan siam sedap lezattt... Macam2 ada termasuk daging harimau kentut
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Sana sini org malaysia sanjung masakan siam. Sampai menu dah lekat kat kepala. Dah takde identiti. Cuba gi turki contohnya, menu dorg adalah budaya dorg.
Dah tiba masa revamp kedai2 mknn dgn menu2 malaysia.
Nasi goreng
Sup
Gulai
Mee kuah
Kuih2 melayu cina india
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 10:36 AM | Show all posts
ye betul...
kitaorg kt tempat keje, tiap kali kje syif petang memang akan order kt satu kedai ni...
semenjak pkp ni, rasa makanan dan minum berubah-ubah tiap kali order..
bila tanya, tukang masak thailand dah blk.tak boleh masuk msia..
diorg pakai tkg masak tempatan..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 10:49 AM | Show all posts
Memang sedap tomyam thai.. kita guna paste dia pun tak dapat rasa sesedap tomyam ori air tangan org  siam
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
tomyam puteh paling sedap kalo letak lengkuas..perghhh terangkat rasa dia
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
masakan thailand kebanyakan buh ajinomoto. tu yg sedap. bkn sikit2 ooo  
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 11:00 AM | Show all posts
Kalau yang hanya ada satu kedai ok lagi tapi yang mana tokey tamak bukak sampai banyak cawangan tapi tak ada tukang masak memang paling teruk terpukul.  Yang mana tukang masak yang tak sempat nak balik sana pulak paling jadi rebutan dikalangan tokey kedai disini sekarang ni.  Siapa sanggup bagi gaji paling tinggilah yang dapat tukang masak yang  bagus.  
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 11:04 AM | Show all posts
buka kedai makan tapi tak pandai masak..
patutnya masa pekerja kau masak, kau belajar la dari dia..
cuba tengok indon..
kalau tauke dorang masak, dorang tengok curi-curi belajar..
sebab tu indon boleh buka kedai makan pastu kau pulak kena jadi pelanggan dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2021 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan susah pun.. Korang nak makan.. Aku boleh masak..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 11:10 AM | Show all posts
mmg ye, ada satu kedai dekat tasik permaisuri tu, dari awal pkp sampai skrg tak bukak, puasa dulu pernah bukak kejap, lepas tu tutup balik, tanya org kedai sebelah, balik kg tak lepas dtg sini balik, sedih takde dah kedai makan sedap
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
paste tom yam thai tu kt shope pun ade jual. buh serai,daun ketumbar,bawang holland dan lain2 pas tu buh susu pekat. ni org thai ajar aku. ajinomoto tu buh bnyk.  jgn buh udang sekali. nnti air udang tu kcau rasa tom yam. rebus udany asing,dkt nak masak baru buh udang.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MissVixen at 9-3-2021 11:20 AM

Orang siam yang tak dapat masuk malaysia balik mesti menyesal keluar masa pkp 1. Duduk siam sana, masakan lagi power. Sini je diorang dapat jual mahal dan buat tom yum cair. Aku beli tom yum campur siap ada udang galah rm8 je di thailand.
Sekarang ni ada sesetengah kedai yang masih ada pelayan dan chef melayu patani ni belah2 selatan. Memang penuh dan cepat habis je sebab sedap. Ada ke mereka ni visa lagi sebab dah lama tak keluar malaysia?? Tak dengar pulak orang siam jadi pati.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:12 PM GMT+8 , Processed in 0.484961 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list