View: 3245|Reply: 34
|
Penuh Lebam Di Muka, Dahi, Perut- Ibu Tahi Dadah, Dera Anak Tujuh Bulan
[Copy link]
|
|
BUTTERWORTH: Polis Pulau Pinang menahan seorang wanita selepas dia dipercayai mendera dan memukul anak kandungnya berusia tujuh bulan dalam kejadian di sebuah pangsapuri di sini.
Wanita yang berusia 25 tahun itu ditahan susulan laporan polis dibuat suaminya yang mengesyaki bayi lelaki mereka didera berikutan terdapat kesan lebam pada badan dan mata anaknya namun tidak mengetahui perbuatan siapa.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata wanita yang bekerja sebagai pembantu kedai makan itu telah menghantar anak yang dalam jagaannya penjagaannya ke rumah suaminya di Kuala Bekah, Penaga pada jam 4.30 petang Sabtu lalu.
Foto: Awani
“Pengadu kemudiannya meminta kakak iparnya memandikan anaknya namun terkejut sebaik dimaklumkan terdapat kesan lebam pada bahagian badan serta mata anaknya.
“Pengadu seterusnya membawa anaknya ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk pemeriksaan lanjut sebelum pegawai perubatan mengesahkan terdapat kesan lebam di dahi, muka dan perut sebelah kiri selain terdapat pendarahan di konjunktiva (mata) di sebelah kanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Hasil siasatan lanjut ke atas suspek, dia memberitahu mangsa terjatuh dari buaian ketika dalam jagaan kawan-kawan lelakinya di pangsapuri yang didiaminya menyebabkan kecederaan tersebut.
“Bagaimanapun, keterangan diberikan suspek meragukan sebelum pihak polis menahannya bagi membantu siasatan," katanya.
Fotoz; Awani
Berdasarkan siasatan awal, wanita itu dan suaminya tinggal berasingan namun sering menghantar bayi mereka ke rumah ibunya untuk dijaga.
Ujian saringan air kencing ke atas suspek mendapati dia positif dadah dan mempunyai tiga rekod lampau berkaitan kes narkotik.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. -CARI
Sumber: Awani |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Babi tue jer aku nak ckp.. Aku benci pemukul bayi n budak.. |
|
|
|
|
|
|
|
jilakerrrrr punya mak gini |
|
|
|
|
|
|
|
Bagaimana parampuan ini dinikahi jika ini perangainya? siapakah mertuanya? |
|
|
|
|
|
|
|
Kawan2 lelaki yg jaga kan anak? Perangai mak mcm haram. Tu luaran je nampak lebam, dlman entah mcm mane. Nasib dpt selamatkan awal, kalau lama2 did era boleh meninggal anak tu |
|
|
|
|
|
|
|
ffbeauties replied at 9-3-2021 02:50 PM
#asalberlaki
Case ni asal berbini chuols. Yg mendera maknya, apaknya yg pegi report pulis. Bapa yg baik. |
|
|
|
|
|
|
|
""Hasil siasatan lanjut ke atas suspek, dia memberitahu mangsa terjatuh dari buaian ketika dalam jagaan kawan-kawan lelakinya di pangsapuri yang didiaminya menyebabkan kecederaan tersebut."""
Dalam jagaan kawan2 LELAKINYA??? seriusli?? Laki ngn bini duk asing kenapa?nak cerai ke apa?knp diberi kwn2 lelaki y jaga? |
|
|
|
|
|
|
|
ffbeauties replied at 9-3-2021 02:50 PM
#asalberlaki
knp kau nk kata dia asal berlaki.......
dia tu yg taik dadah....bawak jantan dlm rumah.....tu yg laki dia tinggalkn & duduk asing.....
dia hantar kat laki tu, nanti blh le salahl laki dia yg dera....nasib baik laki dia cerdik...nmpak lebam je, cecepat report polis |
|
|
|
|
|
|
|
kesian betul anak tu...
Harap pihak berkuasa mengambil pengajaran dan peranan kes spt ini. Mana2 parent taik dadah monitor anak2 mereka. kalau ada kes, terus ambik dan berikan hak jagaan kepada saudara terdekat atau kalau tak ada ramai pasangan yang akan jaga anak ini seperti anak mereka sendiri. Jadik kes spt ini sangat menyedihkan, tak pasal2 naik bp....
|
|
|
|
|
|
|
|
eei ni iblis bukan level binatang lg dah ni, binatang pun sayang anak, bodoh punya mak, ko tumbuk ke apa budak kecik tu sampai lebam gitu tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Laki atau family lain tolonglah selamatkan anak tu. kecik lagi bayangkan sakit dan seksa yg anak tu alami. Maknya dan kawan lelaki taik dadah biar mamps digelek lori. Layan dadah sampai anak tak peduli kejadah |
|
|
|
|
|
|
|
sebaya anak aku..adoi..
sebak tengok lebam2 tuh..
elok family husband tu amik je lah budak tuh..buat naya je dibiar jadi gitu. |
|
|
|
|
|
|
|
Mohon kena hukuman sebat kaw2..
Slalu sgt dah kes dera2 ni
Stakat penjara org xheran kot. Makan free.
Tunjuk sket hukum sebat dlm penjara tu mcmmn masa kursus kawen.
Iols pnah tgk pameran penjara masa skolah. Gerun smp sekrg tringat rotan bapak tebal & gmbr2 org kene sebat
|
|
|
|
|
|
|
|
Aaaa tujuh bulan tu tak paham apa pun lagi. Kecik sgt sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Kawen la lagi dengan sundal.. Ulang semule:
"Hasil siasatan lanjut ke atas suspek, dia memberitahu mangsa terjatuh dari buaian ketika dalam jagaan kawan-kawan lelakinya di pangsapuri yang didiaminya menyebabkan kecederaan tersebut."
Entah hape lagi dorang dah buat kat baby tu.. Dia kasi je dorang buat ape pon janji dapat dadah tu. Once a bohsia alwez a bohsia laaa..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|