Pasangan sama cantik, sama padan iaitu pelakon Farah Nabilah dan suaminya iaitu seorang juruterbang dikenali sebagai Mohammed Amirul Yunus kini semakin bahagia pula selepas dikurniakan cahaya mata sulung yang selamat dilahirkan pada Oktober tahun lalu.
Farah Nabilah diruangan Instagram miliknya juga sering memuat naik telatah anak lelakinya ini kepada peminat dan pengikut 1.9 juta sehingga mendapat perhatian umum.
Anak lelaki Farah Nabilah yang diberi nama Andre Omar Mohamed Amirul nampaknya turut mengundang orang ramai cukup tertarik dengan telatahnya lagi apabila pelakon drama Kau Yang Pertama ini memuat naik satu rakaman video.
Kelihatan Andre yang dipikul Farah Nabilah cukup comel disaat memerhatikan gelagat pelakon ini bersama suaminya sedang menikmati burger.
Sehingga mengundang anak mereka itu asyik memandang makanan terbabit dan membuatkan ramai tercuit hati melihat gelagat Andre dimana rakaman video ini ternyata sudah mencecah lebih 400,000 tontonan dalam masa yang sekejap.
Posting video dimuat naik Farah Nabilah itu bagaimanapun turut dikatakan anaknya itu seperti anak mat salleh oleh Mawar Rashid yang juga merupakan rakan kepada selebriti terbabit.
Biarpun begitu, ada juga yang mengatakan pada mulanya melihat rakaman itu, anak pelakon ini disangkakan anak patung gara-gara kecomelannya.
Sementara itu
“Macam anak mat salleh la sayang”
“Eeii macam anak patung”
“Ish ingat anak patung baby alive tadi, rupanya memang alive…”
SUMBER
FARAH NABILAH