Macam-macam cerita tular sebaik sesi persekolahan kembali dibuka. Terbaru, tular pula gambar pelajar sedang menikmati makan tengah hari yang disediakan ibunya.
Uniknya, dia menggunakan mangkuk tingkat untuk mengisi bekal makan tengah hari anaknya itu.
Kredit foto: Facebook Hasimah Abdullah
Tiada siapa menyangka dari sekeping gambar biasa, ia menjadi medan untuk netizen meninggalkan mesej sindiran hanya kerana mangkuk tingkat itu.
Kredit Foto - Facebook
Kalau sebelum ini ramai yang puji apabila orang kita bawa bento ke tempat kerja atau ke sekolah, tapi bila bawa mangkuk tingkat dikecam pula.
Penggunaan mangkuk tingkat sangat dekat dengan budaya masyarakat kita, kenapa perlu dihina? - CARI |