View: 1024|Reply: 6
|
[Tempatan]
Penganut Kristian boleh guna kalimah Allah dalam penerbitan
[Copy link]
|
|
Penganut Kristian boleh guna kalimah Allah dalam penerbitan
https://www.utusan.com.my/berita ... h-dalam-penerbitan/
Oleh SUWARNI MOKHTAR
10 Mac 2021, 2:20 pm
![](https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/mahkamah-tinggi-kl.jpg)
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa penganut agama Kristian di negara ini boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam pembelajaran agama atau penerbitan buku agama mereka.
Selain ‘Allah’, penganut agama Kristian di negera ini juga boleh menggunakan perkataan ‘Kaabah’, ‘Baitullah’ dan ‘solat’ dalam penerbitan mereka.
Hakim Datuk Nor Bee Abdullah yang kini Hakim Mahkamah Rayuan memutuskan demikian dalam semakan kehakiman seorang wanita Melanau dari Sarawak, Jill Ireland selepas mendapati notis larangan oleh Kementerian Dalam Negeri tidak sah dan terbatal.
Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan keyika dihubungi menjelaskan, penerbitan buku agama atau bahan keagaamaan Kristian yang menggunakan empat perkataan itu hendak disertakan dengan penafian (disclaimer) ‘Hanya untuk penganut Kristian sahaja’ pada kulit buku beserta lambang salib.
“Kena ada cop (penafian) dan lambang salib,” katanya.
Jill memfailkan semakan kehakiman pada 2008 memfailkan semakan kehakiman untuk menuntut semula lapan cakera padat mengandungi kalimah Allah dan relif hak perlembagaannya untuk mengamalkan agamanya dilanggar dengan menyekat atau melarang pengimportan bahan pendidikan.
Pada 2014, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Jill dan memerintahkan agar kesemua lapan cakera padat itu dipulangkan namun tidak membuat sebarang penghakiman mengenai relif-relif lain yang dimohon. -UTUSAN ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
MOD @Xim tolong katup thread nih....Thread dah ada. TQ |
|
|
|
|
|
|
|
selamat menjadi arab buat rakan2 menganut kristian semua
|
|
|
|
|
|
|
|
mana org pas ...mari kita berarak ke padang merbok..ni semua salah dapig..kapir laknat...nak jadikan malaysia negara kafir... takbir!.. (bayangkan kalau jd time PH memerintah)..sampai mampos hadi awang meratib.. |
|
|
|
|
|
|
|
klu zaman kerajaan dulu mesti petang ni dah ada rusuhan |
|
|
|
|
|
|
|
ye..lebai lebai pas akan merusuh sampai tertanggal spender
|
|
|
|
|
|
|
| |
|