CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1746|Reply: 4

Bekas Pesakit Covid-19 Hilang Kerja Sebab Majikan Tak Berilmu, Orang Sekeliling

[Copy link]
Post time 11-3-2021 01:27 PM | Show all posts |Read mode
Jika ditelusuri di media sosial, pelbagai kisah yang dikongsi oleh bekas pesakit Covid-19 mengenai pengalaman mereka.


Bukan sahaja menempuh 'azab' ketika menerima rawatan, namun apa yang lebih perit, segelintir daripada golongan ini terpaksa berdepan pula dengan stigma negatif masyarakat selepas pulih daripada virus maut itu.


Ada yang dipulaukan jiran tetangga dan rakan sekerja, namun ada juga yang lebih malang sehingga kehilangan kerja, sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang doktor ini.


Menerusi coretan di Facebook, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi kisah pesakitnya yang mengadu kehilangan kerja gara-gara dijangkiti Covid-19.


Dr Kamarul, Kredit foto: mstar Online





"Dia dijangkiti oleh ahli keluarga, jadi telah dikuarantin dan dirawat di hospital selama dua minggu.


"Setelah disahkan sihat dan dibenarkan pulang, dia pun nak kembali bekerja, tapi bila sampai ke tempat kerja, dia diberitahu untuk buat swab Covid-19 semula. Kalau positif lagi, tak boleh kerja. Ini masalah!" tulis Dr Kamarul Ariffin.


Jelas doktor ini, sebenarnya individu yang pernah dijangkiti Covid-19 berkemungkinan besar akan menunjukkan keputusan positif sekiranya dia melakukan ujian calitan sekali lagi.




Gambar Hiasan, via mstar




"Seorang individu yang telah pulih dari jangkitan Covid-19, masih boleh beri keputusan swab positif untuk beberapa minggu.


"Malah, CDC (pusat kawalan penyakit berjangkit) kata, kalau keputusan dah disahkan positif, tak usah buat saringan dalam masa 90 hari. Ini kerana dalam tempoh itu, kemungkinan keputusan akan masih positif.


"Namun kita kena faham bahawa, walaupun keputusan itu akan positif, tak bermakna individu tu masih akan menjangkiti orang lain. Covid-19 ni berjangkit pada tempoh 14 hari yang awal tu sahaja," terang Dr Kamarul Ariffin.


Disebabkan situasi sukar yang ditempuhi itu, cerita doktor ini, pesakitnya kemudian mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana majikannya tetap bertegas mahu dia mengulangi ujian saringan bagi virus tersebut.




Kredit foto: Gambar Hiasan, via mstar




"Selain itu, pesakit saya ni juga ada mengadu dia sering dielak dan dijauhi oleh beberapa kenalan dan ahli keluarga yang tahu dia pernah dijangkiti Covid-19. Katanya, rasa seperti dipulaukan.


"Ya, jangkitan Covid-19 ni amat merisaukan. Tak ada orang yang mahu dijangkiti. Namun, janganlah sampai kita meletakkan stigma pada bekas pesakit Covid-19. Itu dah kira penindasan.


"Covid-19 ni bukan penyakit yang sekali dapat, sampai mati akan ada pada tubuh, dan menjangkiti orang lain. Kalau seseorang dah pulih dari jangkitannya, maka dia tak menyebarkan jangkitan lagi.


"Oleh itu, kita kena lengkapkan diri dengan ilmu dan informasi yang betul tentang penyakit ni. Elakkan bersangka-sangka, memandai-mandai atau buat andaian sendiri. Jika ada kekeliruan atau kesangsian, rujuklah pada yang ahli," katanya lagi. -CARI


Sumber: mStar Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2021 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu pun ada bangsat bodo antivax kat YouTube gesa kkm  publish detail  pasai pesakit covid sbb depa percaya statistic figure yg dipersembahkan hari2 tu semuanya tipu. Bodoh tak dak sempadan punya.. bila ditegur, kita pula dikatakan bodoh mengikut dajjei..
Memang dajjei puak ni!
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2021 02:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Org ni bermcm ragam. Yg takut covid sampai tak keluar langsung pun ada. Yg ada asthma tu sampai pg keje balik keje je pun ada tp pahamla high risk katanya. Akak kat opis ni pun ada nons yg sibukla ckp takut dgn melayu ramai ada xovid,  dia tak tau agaknya kalau dia pg obersea mat saleh pak hitam ludah dia pasal spesis pioneer covid.

Selagi org tak paham MO virus ni selagi tu la mcm2 cerita. Sama la mcm HIV tu bala gay katanya padahal yg straight, yg lahir2 dah ada HIV tu merata2. Zaman2  twitter ni bila baca kat twitter geiboy tak paham kenapa dia kena HIV padahal menonggeng ke sana kemari tak bersarung rasa nak menangis pun ada.

Kalau anti vax tu mmg tak boleh nak tolong dah, lantakkan je. Ada je lagi virus berbagai2 jenis
tunggu masa nak meletup selagii ada makhluk kat dunia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2021 01:13 PM | Show all posts
Kesian dia jadi mangsa keadaan.  Ramai yang jadi macam tu sebab tak tahu dengan jelas mengenai perkara tu dan lebih percayakan gossip atau apa yang tular dimedia social.  Nak cari info sendiri pun malas akhirnya muncullah stigma macam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Ms ada org tu confirm positif covid 19, i cakap dalam hati biar dia mati sekali.. jahat eh..
Skrg dah sihat semakin menyampah pulak tengok  dia.. jahat lagi sekali..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40091 Replies : 321
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 14874 Replies : 12
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 39953 Replies : 9
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 76441 Replies : 508
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 26548 Replies : 13
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 44124 Replies : 86
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 359805 Replies : 3537
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55185 Replies : 1069
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 5021 Replies : 59
Puteri Balqis tertekan hingga rambut beruban
tatodPuteri Balqis tertekan hingga rambut ber
Views : 5813 Replies : 43

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 05:09 AM GMT+8 , Processed in 1.156932 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list