"Kenapa perlu hidupkan gambar orang mati? Dajjal semua tu!"
Jika anda pengguna tegar sosial media, pasti pernah ternampak aplikasi 'menggerakkan gambar'.
Ianya bermula apabila ada warganet merindui ibu bapa yang telah meninggal. Apatah lagi ada yang tidak pernah bertemu ibu bapa mereka dan hanya berbekalkan kenangan sekeping gambar sahaja.
Jadi, dengan adanya aplikasi ala-ala Harry Porter, ianya seolah-olah menghidupkan kembali kenangan untuk menatap orang tua mereka dalam versi hidup.
Akan tetapi, perlukah kita membenarkan ianya terus-terusan digunakan? Tak takut ke?
Pendakwah, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani berpandangan usah terlibat dengan aktiviti sebegini kerana dibimbangi akan ditimpa azab di akhirat nanti.
"Ada hadis Rasulullah SAW, sesiapa yang melukis patung, akan diarahkan Allah SWT meniup roh kepada gambar tersebut."
Foto :Twitter
Tambahnya lagi, kebanyakkan netizen menggunakan aplikasi menggerakkan gambar semata-mata untuk menghidupkan kenangan. Jadi ianya tidak sepatutnya berlaku kerana melanggar lumrah alam.
"Dah gambar tu tak bergerak, cukup lah dengan suasana tersebut. Bagi orang dah meninggal dunia kita baca doa, moga Allah merahmati mereka dan bukan dengan cara hidupkan kenangan."
Foto : Twitter
Bagaimanapun, netizen bertelagah tentang pendapat tersebut lalu menyatakan jika ianya tidak dibolehkan, mengapa masih ada tayangan filem pelakon yang telah meninggal dunia?
Foto : Twitter
Manakala bagi yang berpendapat ianya salah, mereka menolaknya terlebih awal kerana bimbang pengaruh buruk.
Foto : Twitter
Jadi, untuk mengetahui mengenai keharusan gambar ini, pihak berwajib perlu mengeluarkan kenyataan demi menghentikan spekulasi. Apa pula pendapat anda? - CARI
|