Kek perkahwinan antara checklist penting yang perlu ada bagi meraikan majlis menjadi raja sehari. Kini ramai memilih untuk menempah sahaja untuk menjimatkan masa dan mutu kek terjamin.
Namun, lain pula ceritanya dengan lelaki ini yang mencabar diri mengambil inisiatif untuk membuat kek hantaran perkahwinannya sendiri.
Menerusi perkongsian Muhammad Amin di Facebook, dia memuat naik beberapa gambar kek tepak sirih yang dibuatnya sendiri.
Kredit Foto - Mohamad Amin via Facebook Masak Apa Hari Ini
Selain gambar keknya yang agak luar biasa itu, Amin turut memohon doa kepada warganet atas penikahannya yang berlangsung pada 13 Mac lalu.
Kredit Foto - Mohamad Amin via Facebook Masak Apa Hari Ini
Perkongsian itu semestinya mendapat reaksi positif wargamaya. Bukan biasa-biasa keknya. - CARI |