View: 1713|Reply: 9
|
Nak Kahwin Sangat Sampai Tak Boleh Tidur Malam, Lelaki Minta Polis Carikan Calon
[Copy link]
|
|
New Delhi: Minta bantuan polis untuk carikan jodoh. Itu ikhtiar seorang lelaki kerdil di Shamli, Uttar Pradesh, yang buntu untuk mencari calon isteri.
Ketinggian hanya 60 sentimeter memberi masalah buat Azim Mansoori, 26, untuk merealisasikan impiannya bagi mempunyai pasangan hidup.
Bagaimanapun, dia tetap tidak berputus asa apabila cuba mendapatkan bantuan polis untuk membantu misi pencarian jodohnya itu, Selasa lalu.
India Today melaporkan usaha berkenaan bagaimanapun masih tidak berjaya.
Foto: Agensi
Jurucakap polis dari Balai Polis Shamli, Niraj Choudry berkata, pihaknya tidak mempunyai bidang kuasa untuk mencari calon pasangan mana-mana individu.
"Kami hanya membantu jika ada perselisihan di dalam rumah tangga, tapi bukan mencarikan jodoh untuk seseorang," katanya.
Azim bersama kakaknya mengusahakan kedai kosmetik dan keluarganya juga berusaha mencarikan pasangan untuknya.
Ahli keluarganya, Mohammad Naeem berkata, keadaan fizikal Azim yang lemah menyebabkan keluarganya mahu lelaki itu berkahwin dengan wanita yang boleh menjaganya.
"Kami berusaha melamar banyak orang termasuk seorang wanita dari Modarabad dan sedang dalam perancangan untuk berjumpa dengannya," katanya.
Azim dikatakan sudah berusaha mencari wanita untuk dijadikan isteri, sejak lebih lima tahun lalu.
Dia juga dilaporkan terpaksa berhenti sekolah sebelum ini akibat diejek dan dihina kerana keadaan fizikalnya.
"Saya tidak dapat tidur malam. Adakah saya tidak memiliki sesiapa pun untuk berkongsi hidup?" katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
org kerdil ni kuat seks.....
dulu ada kes org kerdil kat msia, bini sampai lari dari rumah....dah lah ada 2 bini, tu pun tak cukup....
agaknya seluruh tenaga berkumpul kat situ.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramai je kt india tu..ceruk2 kg yg mak pak tknk bg nk sekola haid pertama kawin kn je |
|
|
|
|
|
|
|
ok la tu...ada jugak usaha dia nk cari jodoh |
|
|
|
|
|
|
|
Iklan dek..buat je bunting gantung tiang lampu sepanjabg jalan |
|
|
|
|
|
|
|
Macam2 hal lah.. demi viral ke apa.. |
|
|
|
|
|
|
|
bau bawang sapa nk
cuba buang bau bawang tu
ramai la yg nk
berak pun basuh bersih2
jngn ikut prangai etis |
|
|
|
|
|
|
|
Lonely sangat2 la tu kot lagipun dia orang kerdil, mesti kawan pun kurang jadi kesunyian lebih dari orang biasa yang sunyi.. harap2 bertemu jodoh nanti jaga elok2 dik jangan ikut perangai pari-pari. |
|
|
|
|
|
|
|
bahahahahahahaha yg aneh aneh je |
|
|
|
|
|
|
| |
|