|
Kecoh seorang penumpang wanita menyerang dan mengganggu pemandu Uber hanya kerana diminta untuk memakai pelitup muka.
Pemandu terbabit, Subhakar Khadka mengalami nasib malang apabila menerima seorang penumpang yang ingkar memakai pelitup muka.
Bukan setakat itu, penumpang berkenaan bersama dua rakannya mengganggu pemandu tersebut, batuk pada mangsa selain mengeluarkan kata-kata rasis.
Kredit foto: Twittter
Malah, mereka mengeluarkan semburan lada terhadap pemandu tersebut.
Video berhubung kejadian yang berlaku di San Fracisco, Amerika Syarikat itu kemudian tular di Internet.
Menurut laporan BBC, wanita berkenaan telah ditahan susulan kejadian itu.
Polis berkata, suspek berusia 24 tahun, Arna Kimiai tampil menyerah diri di balai polis.
Pertuduhan lain yang dihadapi Arna adalah menyerang dan melanggar undang-undang kesihatan dan keselamatan bandar itu.
Sumber: mStar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|