View: 5765|Reply: 43
|
[Tempatan]
Wanita mabuk langgar dua motosikal. Walaupun 'diblurkan' pic wajah, tetap jelas
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 16-3-2021 06:20 AM
Wanita mabuk langgar dua motosikal
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nggar-dua-motosikal
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Mac 2021 @ 11:59 AM
Hafidzul Hilmi Mohd Noor
[email protected]
RAKAMAN video tular menunjukkan wanita dalam keadaan mabuk melanggar dua motosikal di Bukit Antarabangsa semalam. FOTO tular
Ampang Jaya: Seorang wanita yang memandu dalam keadaan mabuk melanggar dua motosikal sebelum melarikan diri dalam kejadian di Taman Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku jam 12.41 tengah malam itu.
"Pemandu menghimpit dan melanggar motosikal jenis Harley-Davidson dan Yamaha Avantis sehingga mengalami kerosakan.
"Kedua-dia penunggang terbabit meminta pemandu wanita itu membuat laporan polis namun dia terus memecut melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya, polis sudah berjaya mengesan wanita berusia 52 tahun dan tangkapan kini sedang dijalankan.
"Tiada kecederaan dilaporkan dan anggaran kerugian belum dapat dipastikan lagi.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini diminta tampil ke Balai Polis Trafik Ampang Jaya," katanya.
Terdahulu, video wanita berkenaan melarikan diri tular di media sosial.
Video berdurasi seminit itu menunjukkan wanita berkenaan dalam keadaan tidak sedar dan mengaku memandu dalam keadaan mabuk.
Ketika diminta untuk membuat laporan polis wanita terbabit terus memecut laju melarikan diri.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ahso ahso...ada standby kad oku ke tak tu?kalau terlepas lg drpd hukuman,mmg bodoh laa law..lg satu,ai harap penunggang moto tu saman jah ahso ni smpai arak pn dia xmampu beli n nak hidup pn xmampu supaya dia suicide n kurang sekor sampah atas dunia! |
|
|
|
|
|
|
|
Hadap jer lah hukuman pakej dengan bayar ganti rugi lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Hape benda la yang sibuk sangat nak mabuk2 time covid ni. Lepas keje(kalau keje la) terus balik rumah rehat mkn tido tak boleh ke? Kalau dah tau mabuk tu tido jela trus tepi kaki lima tu. X payah drive2 susahkan orang lain boleh tak.. |
|
|
|
|
|
|
|
lesen memandu dgn kad oku mental mana lagi power? |
|
|
|
|
|
|
|
Hua hua ler tu.... Ke melayu menyamar jadi Hua hua... Mana mungkin hua hua minum arak dan melanggar orang, takpun tu OKU undercover. Nanti dia bagi kad lepas la tu |
|
|
|
|
|
|
|
ramai pulak puak2 pemalas basuh berak ni oku
genetik tk baik ni
tu la da kata
jngn minum arak
arak tk baik utk kesihatan
apa nk jadi la puak2 etis tak basuh berak bersih2 ni
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Penjara lah kan..ke saman je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah mabuk nak drive juga..tapi cabut lari lepas berlanggar |
|
|
|
|
|
|
|
Mana abam kawasan
Dapat, sila hempuk sorg sekali |
|
|
|
|
|
|
|
Nyonya andartu juge terkesan bila takleh cek-in.. |
|
|
|
|
|
|
|
apam replied at 16-3-2021 01:24 PM
lesen memandu dgn kad oku mental mana lagi power?
Duit lagi power |
|
|
|
|
|
|
|
Wanita rempuh dua penunggang motosikal berjaya diberkas
https://www.kosmo.com.my/2021/03 ... l-berjaya-diberkas/
Oleh NOR AZIHAN BINTI MD. GHAZALI
16 Mac 2021, 12:25 pm
Tangkap layar video memaparkan pemandu kereta tersebut melarikan diri dalam kejadian semalam
PETALING JAYA – Polis hari ini berjaya memberkas wanita yang memandu kereta Toyota Vios yang merempuh dua penunggang motosikal di Taman Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa, Ampang dalam kejadian semalam.
Usaha memberkas pemandu kereta tersebut telah dijalankan oleh Pegawai Penyiasat dari Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya melalui semakan nombor pendaftaran kenderaan.
Terdahulu tular rakaman video berdurasi 1.04 saat memaparkan penunggang motosikal mengajak wanita berkenaan membuat laporan polis sebaik insiden berlaku.
Wanita itu turut mengaku dia ada mengambil minuman keras sedikit sebelum diminta memberhentikan kenderaannya di tepi jalan, namun dia bertindak memecut laju kenderaan meninggalkan lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, BSPT menerima laporan kemalangan yang viral itu sekitar pukul 12.41 pagi.
“Kejadian dipercayai berlaku ketika penunggang motosikal Yamaha Avantis dikatakan berhenti di tepi jalan bagi membantu penunggang motosikal jenis Harley Davidson yang mengalami kerosakan.
“Secara tiba-tiba, kereta Toyota Vios yang dipandu wanita tempatan itu menghimpit kedua-dua buah motosikal tersebut dan berhenti sebentar,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, katanya, wanita itu enggan memberikan kerjasama dan memecut laju kenderaannya dari tempat kejadian.
“Salah seorang penunggang motosikal sempat merakam aksi pemandu kereta tersebut yang enggan memberikan kerjasama,” ujarnya.
Beliau memberitahu, hasil siasatan awal mendapati pemandu kereta yang berusia 52 tahun itu disyaki memandu dalam keadaan mabuk.
“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan melibatkan kedua-dua mangsa dan anggaran kerugian belum dapat dipastikan lagi,” ujarnya. – K! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Grab xde ke mlm2..
Ape motif mabuk2 nak drive.. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga wanita tersebut dapat diberkas dan seterusnya menginsafi akan perbuatannya yang sangat terkutuk itu |
|
|
|
|
|
|
|
Takkanla abam nak hempuk ummah suci
Apooo
|
|
|
|
|
|
|
|
maaf ya orang cina kaya2 mereka mampu bayar..bisnes yang kaya orang cina aja ya..org melayu bergantung bisnis pada org cina.tanpa mereka orang melayu mungkin miskin.jadi mereka mampu bayar saman ga ada miskin
|
|
|
|
|
|
|
|
xpayah la drive dah mabuk...kau pun... |
|
|
|
|
|
|
|
notM replied at 16-3-2021 02:17 PM
Duit lagi power
nobito ke tu? |
|
|
|
|
|
|
| |
|