Kredit Foto - Harian Metro
Tu mentaliti rendah!
Penyanyi Haqiem Rusli turut memberikan pandangannya mengenai isu artis kecam artis yang agak hangat diperkatakan baru-baru ini.
Memetik laporan mStar, Haqiem mempersoalkan mengapa ada rakan artis yang perlu masuk campur dalam isu berkaitan di mana ia sudah tentu boleh mengeruhkan lagi keadaan.
Sekiranya ada teguran yang mahu dibuat, adalah lebih baik ia disampaikan menggunakan saluran lain yang lebih molek dan sesuai seperti Direct Message (DM) atau Whatsapps berbanding teguran terbuka di media sosial.
Haqiem yang pernah berdepan situasi serupa sebelum ini menyifatkan bahawa sikap saling memerli sesama artis itu sebagai satu mentaliti yang rendah.
Menjengah ruang komen di video itu, rata-rata netizen bersetuju dengan Haqiem dan memuji kematangannya. Malah, mereka berharap akhlak sedemikian turut dicontohi artis lain.
Semua orang tidak dapat lari dari melakukan kesalahan. Menegur jangan sampai menghina. - CARI
|