Memandangkan majlis perkahwinan telah dibenarkan dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat, maka ramai yang mengadakan majlis tersebut dalam situasi berhati-hati.
Namun, apabila sekeping gambar persandingan anak Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham berlegar di media sosial, ada pula netizen mempersoalkannya kerana tiada pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal.
Foto : Twitter
Setelah hantaran tersebut tular, DG Hisham sendiri menjelaskan yang pemakaian pelitup muka dipakai sepanjang majlis dan gambar tersebut hanyalah untuk sesi fotografi sahaja. Malahan, yang terlibat hanyalah saudara mara terdekat sahaja.
Tidak hanya itu, pengacara majlis malam tersebut Fedtri Yahya turut tampil memberi pencerahan bahawa ianya untuk keluarga terdekat. Kenapa pula netizen bising?
Namun, ia tetap tidak dapat menutup mulut-mulut netizen yang masih tidak berpuas hati. Apatah lagi ia membabitkan kompaun setinggi RM10,000.
Foto : Twitter
Netizen bertelagah dalam memberikan pendapat masing-masing. Namun, sikap hanya memilih sekeping gambar sahaja untuk menimbulkan isu juga harus dikritik. Sedangkan, banyak lagi gambar yang menampilkan SOP ketat tidak disertakan.
Foto : Twitter
Jadi, anda rasa bagaimana? Netizen 'bitter' atau DG Hisham yang tidak patuh SOP? - CARI
|