Info Roadblock JPJ/Polis menerusi satu perkongsian di Facebook melaporkan satu kemalangan membabitkan sebuah Perodua Myvi.
Kredit foto: FB Info Roadblock JPJ/Polis
Difahamkan, kejadian berlaku di Taman Bukti Indah, Iskandar Puteri, Johor Bahru, hari ini.
Menerusi info, pemandu lelaki terbabit tersepit selepas kereta dipandunya terbabas hingga 'terbang' melepasi longkang besar.
Mangsa bagaimanapun berjaya dikeluarkan oleh Pasukan Keluaran Operasi (PKO) sebelum dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Namun, sehingga kini tiada info tambahan mengenai kemalangan itu.
"Huh sebagai pengguna myvi, berasa bangga kerana memiliki kereta terbang harga mampu milik, kini semua mampu memilikinya. Boleh dah minta Tun M rasmikan kereta terbang 2020 kita ni." antara komen netizen di posting berkenaan.
Pun begitu, segelintir warganet bersyukur kereta itu terbang dan tidak terperosok dalam longkang berkenaan. - CARI |