CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20733|Reply: 154

[Tempatan] UPDATE #107, Istilah 'orang Keling': Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pertimbang t

[Copy link]
Post time 22-3-2021 05:00 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 24-3-2021 01:59 PM

ULASAN | Penjelasan DBP isu kata tambi dan keling

https://www.malaysiakini.com/news/567626

Dewan Bahasa dan Pustaka
Diterbitkan 22 Mar 2021, 4:55 pm



ULASAN | Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ingin memberikan penjelasan berhubung dengan berita yang bertajuk “Aktivis masyarakat India kecam DBP isu definisi ‘tambi’” yang tersiar di portal berita Malaysiakini bertarikh 21 Mac 2021.

Kamus ialah buku rujukan yang merakamkan pelbagai maklumat tentang kosa kata sesuatu bahasa, misalnya kata standard yang mengungkapkan konsep tertentu dalam pelbagai bidang ilmu dan dalam situasi atau konteks tertentu, kata yang diungkapkan dalam pelbagai situasi sosial seperti kata yang digunakan oleh kerabat diraja, kata sapaan, gelaran, klasik, dialek, sukuan, slanga, kata basahan dan sebagainya.

Di dalam kamus juga terakam kata daripada bahasa asing yang telah terserap pemakaiannya dalam sesuatu bahasa, misalnya dalam bahasa Melayu, ada kata tambi, camca, amoi dan sebagainya yang termasuk dalam senarai entri Kamus Dewan (KD), Kamus Pelajar (KP) dan yang terkini Kamus Dewan Perdana (KDP).

Dari segi olahan takrif kata tambi, yang dibahaskan oleh media sekarang, ada sedikit perbezaan dalam ketiga-tiga buah kamus ini.

Misalnya, Kamus Dewan Edisi Keempat (2005)(KD4), tambi ditakrifkan sebagai “panggilan untuk orang India berpangkat adik”, Kamus Pelajar (1987) “panggilan untuk orang Keling yang lebih muda daripada kita” dan Kamus Dewan Perdana (2020) pula “panggilan untuk orang lelaki muda India yang berpangkat adik”.

Tentang penggunaan kata orang Keling dalam takrif tambi pada KP, kamus ini diterbitkan pada tahun 1987 lagi dan dikemas kini edisinya pada tahun 2007 dengan hanya membuat penambahan entri sahaja.

Walau bagaimanapun, pengemaskinian dan penyusunan edisi ketiga kamus.

ini sedang dirancang oleh DBP dan aspek penambahbaikan takrif akan diberikan perhatian untuk edisi baharu ini.

Sesuai dengan kategorinya sebagai kamus umum yang bersifat sejarah dan kamus yang hidup (living dictionary), segala fakta tentang kata yang pernah timbul dan sedang hidup penggunaannya dalam masyarakat penutur bahasa Melayu akan dirakamkan di dalam kamus.

Demikianlah juga halnya dengan kata keling yang telah sedia wujud di dalam Kamus Dewan sejak edisi sulungnya yang terbit pada tahun 1970 lagi.

Walau bagaimanapun, dari segi pengolahan maknanya, ada perubahan dan pembaikan yang diusahakan oleh penyusun Kamus Dewan terhadap kata keling ini sesuai dengan unsur sejarah dan faktor sosiolinguistik kata ini.

Misalnya, daripada makna yang dirakamkan oleh KD 1989, 1994, secara tersurat, KD cuba mendidik masyarakat bahawa keling ialah kata yang kurang halus untuk digunakan, dan yang lebih halus digunakan ialah kata India, iaitu panggilan kepada orang India.

Perubahan terkini yang dilakukan terhadap entri keling ini, maklumat tentang penggunaan kata ini diberikan penekanan oleh KDP.

Dalam kamus terbitan terbaharu DBP ini, kata keling diberikan label penggunaannya sebagai tabu. Label tabu diberikan pada kata larangan dalam budaya sesuatu bangsa atau kaum.

Pada entri Keling, label tabu dibubuh pada makna 1, iaitu merujuk orang India dan dimasukkan dengan tujuan sebagai peringatan kepada pengguna kamus dan masyarakat penutur bahasa Melayu tentang penggunaannya.

Contoh yang lain, kata “anjing” diberikan label bahasa kasar untuk maksud memaki seseorang.

Kata “hamput” dan “sakai”, dalam KDP dibubuh label tabu yang dilarang penggunaannya tanpa maksud dan konteks yang sesuai.

Dengan kata lain, prinsip utama yang perlu dipatuhi ialah kata dan makna yang

dirakamkan dalam kamus harus menggambarkan penggunaan sebenar oleh masyarakat penuturnya.

Bagaimanapun, agar tidak menimbulkan pertikaian dalam kalangan pengguna, satu prinsip lagi yang dipatuhi pengamal perkamusan adalah dengan membubuh label tertentu pada kata atau makna yang berkenaan.

Dari segi penggunaan, kata tambi tidak mengandungi konotasi buruk maknanya. Tambi hanyalah kata panggilan bagi orang yang berpangkat adik dalam keluarganya.

Malah, dalam bahasa Tamil sendiri, kata ini digunakan secara leluasa oleh masyarakat India dan sesetengah kaum lain apabila menyapa atau memanggil anak lelaki India yang dirasakan lebih muda daripada mereka.

Pada tahun 2003, kata keling pernah menjadi isu mahkamah susulan adanya gugatan oleh sekumpulan aktivis masyarakat India yang menuntut agar entri keling ini dikeluarkan daripada Kamus Dewan.

Walau bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa penggunaan kata keling dibenarkan dalam Kamus Dewan kerana perakamannya tidak berniat jahat kepada mana-mana pihak dan DBP hanya melaksanakan fungsi dan tanggungjawabnya sebagai institusi bahasa.

Artikel ini kenyataan media Bahagian Komunikasi Korporat Dewan Bahasa dan Pustaka dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-3-2021 05:06 PM | Show all posts
ULASAN | Isu keling: Membidas Ramasamy DAP dengan fakta sejarah

https://www.malaysiakini.com/news/567623

Muhammad Faiz Na'aman

Diterbitkan 22 Mar 2021, 4:46 pm
Dikemaskini 4:53 pm



Nusantara menjadi medan turun naiknya pengaruh sesuatu agama yang dianuti oleh penduduk dunia.

Ada yang bertanya kenapa rumpun Melayu Nusantara ramai menganuti agama Islam yang berasal daripada "padang pasir"?

Untuk memahaminya perlulah kita meneliti sejarah secara berlapang dada.

Nenek moyang rumpun Melayu di zaman pra-Srivijaya rata-ratanya menganuti kepercayaan Hinduisme.

Majoritinya menjadi pengikut Dewa Shiva dan Vishnu.

Ia bercampur aduk dengan kepercayaan memuja elemen alam semula jadi di sesuatu tempat, menjadikan rumpun Melayu ketika itu antara komuniti manusia yang cukup kuat perasaan kerohaniannya.

Antara kerajaan-kerajaan Hindu rumpun Melayu di zaman sebelum empayar Srivijaya ialah Tambralinga yang berpusat di Ligor (kini dalam Thailand), kerajaan Kalingga di Jawa Tengah, kerajaan Kutai di Timur Kalimantan, kerajaan Zamin Turan di Kedah oleh Merong Mahawangsa, kerajaan Gangga Nagara di Beruas, Perak dan kerajaan Chih Tu (Tanah Merah) di Kelantan.

Raja Melayu ketika itu dianggap sebagai wakil dewa di bumi.

Ajaran Hindu dipercayai dibawa oleh para pedagang dari benua kecil India, secara spesifiknya oleh etnik Kalinga daripada Odisha bersama tulisan Pallava dan bahasa Sanskrit - yang kelak memperkayakan perkembangan bahasa Melayu kuno.

Mereka inilah yang digelar sebagai "Keling" oleh nenek moyang rumpun Melayu.

Hingga ke hari ini, masyarakat Hindu di wilayah Odisha, pantai timur India menyambut perayaan Bali Yatra sempena pelayaran nenek moyang mereka ke Pulau Bali membawa agama Hindu dalam misi perdagangan ke Nusantara.

Lalu tibalah era empayar Srivijaya terbentuk di Nusantara dalam abad ke-7 oleh Dapunta Hyang Sri Jayanasa selaku Maharaja Srivijaya yang pertama.

Pada awalnya pemerintah empayar ini menganuti agama Hindu.

Kemudiannya apabila mereka berhubungan dengan keluarga diraja Sailendra di Jawa Tengah, yang dipercayai berasal daripada keturunan empayar Funan di Indo-China, mengikut pendapat pengkaji sejarah Perancis bernama Coedes (1934), sedikit demi sedikit pengaruh Buddha Mahayana menyerap ke dalam empayar Srivijaya.

Ia kemudian dikembangkan lagi menjadi agama Buddha aliran Vajrayana anutan empayar tersebut.

Pada abad ke-9, candi Borobudur dibina oleh Dinasti Sailendra yang ketika itu berkuasa dalam empayar Srivijaya di Jawa Tengah.

Ia merupakan infrastruktur keagamaan (Buddha Mahayana) yang terbesar di dunia, jauh lebih besar daripada candi Lembah Bujang di Kedah atau dibandingkan dengan kompleks Kuil Hindu Prambanan zaman Dinasti Sanjaya di kota Jogjakarta.

Malah kawasannya lebih luas daripada Kota Angkor Wat Empayar Khmer di Kemboja.

Begitu hebatnya binaan rumpun Melayu Dinasti Sailendra zaman Srivijaya ketika itu.

Serangan Empayar Tamil Chola

Namun kehebatan Srivajaya mengundang pencerobohan kuasa asing apabila armada Empayar Tamil Chola daripada Selatan India menyerang pusat-pusat Empayar Srivijaya tersebut terutamanya Kedah.

Ia lantas melumpuhkan kekuasaan Srivijaya serta pengaruh agama Buddha di Nusantara secara beransur-ansur seiringan dengan hadirnya agama Islam ke rantau ini pada zaman Khilafah Umayyah di Timur Tengah.

Pencerobohan Empayar Tamil Chola terhadap dunia Melayu Nusantara pada tahun 1025 merupakan detik sejarah apabila kerajaan yang terkenal dengan agama Hindu daripada benua kecil India memusuhi Srivijaya, empayar maritim berasaskan agama Buddha yang turut tergolong dalam kategori agama "Dharma" sama seperti Hindu, kerana mempunyai asal-usul yang berkait.

Sungguhpun perseteruan itu mungkin bersifat politik atau persaingan kuasa semata-mata namun konflik berdarah tersebut telah menyebabkan rumpun Melayu Nusantara tidak lagi mempunyai hubungan rapat dengan mana-mana kerajaan daripada benua kecil India seperti sebelumnya, kecuali beberapa proksi Chola di Kedah dan utara persisiran Sumatera.

Pengaruh kebudayaan dan kepercayaan yang berasal daripada benua kecil India terhadap rumpun Melayu terutamanya di Semenanjung Tanah Melayu makin terhakis apabila Empayar Langkasuka di zaman Dinasti Chermin (ketika itu berpusat di Kelantan-Patani) yang muncul setelah keruntuhan Empayar Srivijaya menghadapi serangan demi serangan daripada utara (Segenting Kra) oleh satu lagi kuasa asing yang berpaksikan agama jenis Dharma, iaitu Empayar Sukothai.

Ia merupakan kerajaan etnik Thai yang beragama Buddha aliran Theravada daripada kawasan yang dikenali sebagai Siam.

Ligor merupakan antara kota kerajaan Melayu yang terawal jatuh ke tangan etnik Thai dalam misi penjajahan bangsa tersebut untuk menakluki dunia Melayu Nusantara di zaman pasca- Srivijaya.

Tatkala melihatkan pertalian agama jenis Dharma tidak lagi boleh memberikan keselamatan atau pelindungan dalam hubungan diplomatik antara rumpun Melayu dengan bangsa-bangsa asing di perbatasan Nusantara, diperhebatkan lagi dengan ketelusan akhlak pedagang Muslim yang hadir berniaga secara adil dan usaha dakwah yang bijaksana, maka Islam menjadi agama pilihan yang makin popular terutama di zaman Empayar Melayu Melaka.

Tamadun Islam daripada Timur Tengah dilihat maju daripada segi pencapaian teknologi malah penerimaan Islam oleh raja-raja rumpun Melayu ketika itu menjadi faktor kaum pribumi memeluk Islam beramai-ramai.

Majapahit merupakan empayar rumpun Melayu (Jawa) di Nusantara yang terakhir berakidah agama jenis Dharma iaitu Hindu.

Satu persatu kerajaan rumpun Melayu di rantau Asia Tenggara menjadi kerajaan Islam sehingga ke Kepulauan Sulu di Filipina dan Makassar di selatan Pulau Sulawesi.

Hanya sebilangan kecil sahaja kerajaan rumpun Melayu yang kekal menganuti agama jenis Dharma seperti Hindu contohnya di pulau Bali atau masih mengamalkan kepercayaan animisme di kawasan pedalaman jauh dari persisiran pantai sekitar Nusantara menjelang abad ke-16.

Kedatangan penjajah Barat seperti Portugis, Belanda dan Inggeris tidak berjaya memurtadkan majoriti rumpun Melayu Nusantara kepada agama Kristian kerana kehadiran "Orang Putih" secara biadab serta kelicikan bangsa itu memanipulasi persengketaan dalaman kerajaan-kerajaan Nusantara akhirnya memberi imej buruk terhadap kepercayaan yang dianuti oleh penjajah Barat tersebut.

Kristian hanya berjaya dikembangkan secara berleluasa di Filipina di zaman penjajahan Empayar Sepanyol yang ketika itu cukup agresif dengan polisi inquisition terhadap para pribumi koloni jajahannya.

DR MUHAMMAD FAIZ NA'AMAN ialah anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 05:08 PM | Show all posts
saja timbulkn isu ini

nk tutup isu kuil haram atas tanah gomen

ini je la dap cawangan gudang bawang merah boleh buat

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2021 05:09 PM | Show all posts
Ramasamy gesa DBP betulkan definisi 'tambi'

https://www.malaysiakini.com/news/567570

Diterbitkan 22 Mar 2021, 12:09 pm
Dikemaskini 2:08 pm



Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II P Ramasamy mengecam Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kerana memasukkan perkataan "keling" dalam definisi "tambi".

Ramasamy menggesa DBP memohon maaf dan membetulkan perkara itu.

Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu, iaitu Kamus Dewan versi dalam talian yang dikendalikan oleh DBP, perkataan 'tambi' didefinisikan sebagai "panggilan untuk orang keling yang lebih muda drpd kita".

Perkataan 'tambi' dalam bahasa Tamil bermaksud "adik lelaki" tetapi digunakan oleh orang Malaysia untuk merujuk kepada mana-mana lelaki India yang lebih muda daripada mereka.

Definisi kamus bahasa Melayu menggunakan istilah "orang keling" dan bukan "orang India". Masyarakat India menganggap istilah "keling" sebagai menunjukkan rasa tidak hormat.

"DBP bersifat rasis apabila mengaitkan perkataan 'tambi' yang biasa digunakan masyarakat Tamil dengan perkataan 'keling' yang menghina," kata Ramasamy kepada Malaysiakini.

"Tambi adalah kata ramah atau kasih sayang yang digunakan untuk merujuk kepada orang yang lebih muda. Begitu juga, kata 'anna' (kakak) boleh digunakan untuk menunjukkan orang yang lebih tua atau sebagai istilah hormat.

"Namun, DBP harus maklum bahawa 'keling' atau 'kelinga' tidak memiliki tempat dalam kosa kata Tamil.

"Ia adalah kata yang menghina dan menyinggung perasaan serta mengaibkan dan menjatuhkan anggota masyarakat India. Tidak ada perkataan seperti itu dalam perbendaharaan kata bahasa Tamil," tambahnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perai dan pesara akademik itu, yang mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia selama 24 tahun, mengatakan bahawa tidak wajar untuk DBP menghubungkan kedua-dua perkataan itu.

"Di Malaysia, kumpulan ini disebut orang India, berdasarkan asal usulnya, atau orang Tamil, kerana majoriti masyarakat India terdiri dari kumpulan bahasa atau budaya ini.

"Saya menasihati DBP untuk membuang istilah penghinaan dan perkauman dengan meminta maaf kepada orang India. Perkauman dan ketaksuban tidak baik untuk negara ini," kata Ramasamy.


Senator MIC Vell Paari.

Senator MIC S Vell Paari juga membincangkan definisi tersebut dan mempersoalkan berapa lama ia telah berlaku.

"Pertama, 'tambi' adalah perkataan Tamil, bukan perkataan India. Kedua-duanya tidak boleh ditukar ganti.

"Tambi adalah istilah yang sopan dan penuh kasih sayang, sama seperti saya memanggil orang Melayu yang lebih muda sebagai adik (adik lelaki atau adik perempuan). Ini adalah sebahagian daripada budaya Asia kita untuk merujuk orang muda seperti itu.

"Siapa pun yang melakukan terjemahan ini dan menggunakan kata 'keling', sangat jelas bagi saya bahawa ia dilakukan dengan tujuan menghina orang India di negara ini," katanya.

Vell meminta menteri perpaduan nasional untuk mengambil tindakan mengenai perkara itu.

"Inilah keadaan negara yang menyedihkan di mana mereka secara rasmi boleh menghina kita. Saya harap menteri perpaduan nasional segera memeriksanya.

"Dan jangan katakan itu adalah kesalahan dan abaikan. Selidiki siapa yang melakukannya. Sekiranya baru-baru ini terjadi, orang yang bertanggungjawab harus dipecat," tambahnya.


Pengerusi PSM Dr Michael Jeyakumar Devaraj

Bekas ahli parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj juga mempertimbangkan isu tersebut, dengan mengatakan bahawa dia akan sangat terkejut jika DBP tidak mengetahui bahawa banyak orang India menganggap 'keling' sebagai istilah yang menyinggung perasaan.

"Sekiranya mereka menerbitkan definisi seperti itu walaupun menyedarinya, maka itu menunjukkan keinginan untuk menghina. Jika mereka menerbitkan tanpa menyedari, maka itu adalah pekerjaan yang buruk.

"Saya rasa kita semua harus merapatkan jurang antara kaum dan itulah satu-satunya jalan maju untuk negara ini," kata pengerusi PSM itu.

Semalam, aktivis masyarakat S Shankar Ganesh membangkitkan isu definisi 'tambi' di laman sesawang DBP itu.

Katanya, dia akan menulis surat kepada DBP untuk menuntut permintaan maaf dan menukar definisi perkataan itu.

Ketika dihubungi, Ketua Pengarah DBP Abang Sallehuddin Abg Shokeran berkata bahawa dia akan meneliti isu tersebut.

"Saya akan teliti dan beri maklum balas kemudian," katanya dalam satu mesej ringkas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2021 05:12 PM | Show all posts
Definisi tambi: Istilah 'keling' akan ditukar kepada 'orang India' - DBP

https://www.malaysiakini.com/news/567627

B Nantha Kumar

Diterbitkan 22 Mar 2021, 5:09 pm
Dikemaskini 5:11 pm





Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berkata akan menukar definisi perkataan 'tambi' dalam kamus dalam taliannya yang dikatakan menghina masyarakat India di Malaysia.

Menurut Ketua Pengarah DBP Abang Sallehuddin Abg Shokeran, perkataan 'keling' yang digunakan akan digantikan dengan perkataan 'orang India'.

"Kamus dalam talian akan dikemas kini. Perkataan 'keling' dalam ayat itu akan diganti dengan kata 'orang India', seperti dalam kamus-kamus terkini DBP.

"Kamus dalam talian juga akan kami kemas kini," katanya kepada Malaysiakini.

Dia berkata demikian selepas DBP dikecam berhubung definisi perkataan 'tambi' dalam kamus dalam taliannya.

Kamus tersebut menakrifkan perkataan 'tambi' sebagai "panggilan untuk orang Keling yang lebih muda daripada kita".

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai sangat keling marah,sampai DBP kena akur.kaduk dah naik junjung,cacing dah masuk mata.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2021 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Setakat sejarah apa lah sangat kalau perkataan pun boleh tukar2 ikut2.

Sapalah tuan tanah sebenarnya kan?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 06:17 PM | Show all posts
keling tu menghina?

Keling (pronounced [kəliŋ]) or Kling is a word used in parts of Southeast Asia to denote a person originating from South Asia. This includes both those from India and overseas Indians.

Mana yg terhina nya? Ke set ni malu mengaku keturunan Kalingga? Kalau paria tu lain la nak rasa terhina sbb kasta yg terbawah.............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2021 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Masuk dah rasis2 cari forum mempertahankan istilah 'kel*ng' tidak menghina dengan harapan mereka bebas kel*ng kehulu kel*ng kehilir dalam forum tanpa dipotong kredit
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Innrukia replied at 22-3-2021 06:17 PM
keling tu menghina?

Keling (pronounced [kli]) or Kling is a word used in parts of So ...

Mintak DBP gantikan keling dgn paria
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by FitzTzif at 22-3-2021 08:16 PM

ok, noted.

makanya:
tanjung kling - tanjung india
ubi keling-ubi india

gitukah?



Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Poorah

puak LTTE ni eksyen je lebih

keling tu rujuk benua kalinga

bukan istilah menghina pun
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 08:50 PM | Show all posts
Edited by Friska at 22-3-2021 08:52 PM

Di Medan ada yang namanya Kampung Keling atau Little India of Medan, sekarang namanya di tukar ke Kampung Madras, tapi warga Medan tetap pakai nama Kampung Keling. Tidak jauh dari rumah saya, jalan kaki juga sampai.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Innrukia replied at 22-3-2021 06:17 PM
keling tu menghina?

Keling (pronounced [kli]) or Kling is a word used in parts of So ...

Kalo keling tuu cantik mcm mat saleh tak marah.. koh koh.. ini keling sbb depa buruk.. itu ajo.. kohkoh.. letaklaa nama ape pun kalo dah berkerak hitam selemuih letak nama mat saleh tetap buruk   koh koh
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 09:01 PM | Show all posts
Aku sokong definisi "Tambi" tu ditukar...
kalau boleh guna 'orang india', kenapa perlu guna 'orang keling'...

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Jizzz keling keling keling

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2021 02:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Kata "keling" tu tak menghina, abis tu knapa tukor jadi yindia pulok???  
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 23-3-2021 02:15 AM
Kata "keling" tu tak menghina, abis tu knapa tukor jadi yindia pulok???

Mohong ja kata tak menghina

Puak2 salah didikan ni sedia ja untuk merasis asal ada peluang. Pihak berwajib pun dah acknowledge term tu memang bermasalah. Padan muka melayu perkataan sendiri pun ko hijack tok nenek dulu2 penat2 nama kan pantai kampung semua kena tukar.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 09:17 AM | Show all posts
bila kaduk dah naik junjung
bila cacing dah mula nak jadi naga
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 10:40 AM | Show all posts

DBP Tampil Buka Mulut Isu 'Tambi'

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tampil memberikan penjelasan berhubung definisi perkataan ‘tambi’ yang diberikan dalam laman sesawang jabatan tersebut.


Dalam satu kenyataanya pada Isnin, DBP berkata, penggunaan perkataan ‘keling’ dalam mentakrifkan tambi merupakan definisi yang digunakan dalam Kamus Pelajar (KP) terbitan tahun 1987.




Kredit foto: DBP




Menurutnya, terdapat perbezaan dari segi olahan bagi takrif perkataan tambi antara tiga kamus yang diterbitkan DBP iaitu Kamus Dewan (KD), Kamus Dewan Perdana (KDP) dan KP.


“Misalnya, Kamus Dewan Edisi Keempat (2005)(KD4), tambi ditakrifkan sebagai ‘panggilan untuk orang India berpangkat adik’, Kamus Pelajar (1987) ‘panggilan untuk orang keling yang lebih muda daripada kita’ dan Kamus Dewan Perdana (2020) pula ‘panggilan untuk orang lelaki muda India yang berpangkat adik’.


“Tentang penggunaan kata orang keling dalam takrif tambi pada KP, kamus ini diterbitkan pada tahun 1987 lagi dan dikemas kini edisinya pada tahun 2007 dengan hanya membuat penambahan entri sahaja,” menurut kenyataan itu.


DBP bagaimanapun berkata, dari segi pengolahan maknanya, ada perubahan dan pembaikan yang diusahakan oleh penyusun Kamus Dewan terhadap kata keling tersebut sesuai dengan unsur sejarah dan faktor sosiolinguistik perkataan itu.


Pada Ahad, seorang aktivis masyarakat India mengecam DBP dalam satu laporan media berhubung pendefinisian perkataan tambi oleh jabatan tersebut yang disifatkannya sebagai menghina masyarakat India di Malaysia.


Menurutnya, perkataan keling yang digunakan laman sesawang DBP untuk mendefinisikan kata tambi merupakan istilah yang dianggap oleh masyarakat India sebagai menunjukkan rasa tidak hormat.

Sementara itu, dalam kenyataan sama, DBP menyatakan antara prinsip utama yang perlu dipatuhi dalam proses memberikan takrif terhadap sesuatu perkataan ialah kata dan makna yang dirakamkan dalam kamus itu harus menggambarkan penggunaan sebenar oleh masyarakat penuturnya.


Bagaimanapun, DBP berkata, bagi mengelakkan pertikaian dalam kalangan pengguna, satu prinsip lagi yang perlu dipatuhi pengamal perkamusan adalah keperluan untuk meletakkan label tertentu pada kata atau makna yang berkenaan.







“Misalnya, daripada makna yang dirakamkan oleh KD 1989, 1994, secara tersurat, KD cuba mendidik masyarakat bahawa keling ialah kata yang kurang halus untuk digunakan, dan yang lebih halus digunakan ialah kata India, iaitu panggilan kepada orang India.


“Perubahan terkini yang dilakukan terhadap entri keling ini, maklumat tentang penggunaan kata ini diberikan penekanan oleh KDP.


“Dalam kamus terbitan terbaharu DBP ini, kata keling diberikan label penggunaannya sebagai tabu. Label tabu diberikan pada kata larangan dalam budaya sesuatu bangsa atau kaum,” katanya.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 03:22 AM GMT+8 , Processed in 0.318897 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list