CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3969|Reply: 31

[Tempatan] Presiden Umno, Zahid Hamidi, nafi spekulasi kerjasama Umno-PKR. Pulakkkk dahhhh.

[Copy link]
Post time 24-3-2021 01:31 PM | Show all posts |Read mode
Zahid nafi spekulasi kerjasama Umno-PKR

https://www.malaysiakini.com/news/567850

Diterbitkan 24 Mar 2021, 12:45 pm


Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menafikan spekulasi parti itu mungkin bekerjasama dengan PKR menjelang PRU akan datang.

Menurut Zahid, tiada perbincangan seumpama itu antara dua parti tersebut.

"Ya, saya dan Anwar berjumpa di Parlimen, di majlis perkahwinan, tetapi langsung tiada perbincangan, rasmi atau tak rasmi.

"Bukan dengan saya, bukan dengan (timbalan presiden Umno) Mat Hassan," katanya seperti dipetik The Star hari ini.

Akhbar itu mewawancara Zahid menjelang Perhimpunan Agung Umno yang dijadual berlangsung hujung minggu ini.

Terdahulu, Anwar dalam sidang media berkata ada "perbincangan awal" antara beberapa pemimpin PKR dan Umno.

Dia juga membayangkan ada ahli Parlimen Umno yang menunjukkan sokongan terhadap cadangan kerjasama itu.

Bagaimanapun, menurut Zahid, tiada mana-mana pemimpin Umno yang diberi kuasa untuk mengadakan perbincangan dalam soal itu dengan PKR.

"Anda perlu tanya dia dengan siapa dia berbincang, tetapi Umno tak beri kuasa kepada mana-mana wakil untuk buat perbincangan," katanya.

Menurut laporan itu lagi, Zahid pada masa sama tidak menolak kemungkinan penerokaan kerjasama dengan PKR selepas PRU15.

"Tetapi pada masa ini tiada perbincangan, sama ada dengan PKR, DAP atau PH," katanya lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2021 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Jd dgn siapa anwar berbincang ni?
Ku li?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasa la

tukang cucuk banyak

nak lagi geng bunga
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 07:26 PM | Show all posts
otai_g replied at 24-3-2021 02:10 PM
Jd dgn siapa anwar berbincang ni?
Ku li?

Betul ke ada bincang...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
mungkin bangnon bincang dgn bendera umno
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Indon kalau nipu macam ni lah. Nanti bila lepas result PRU depa mesti gabung sebab bangnon dah nak sakaratul maut naw nak jadi Pee Emm.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2021 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Wak Jahit ni sukar dipercayai...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
creep_bite replied at 24-3-2021 09:17 PM
Wak Jahit ni sukar dipercayai...

Orang penting parti ni kalo buat apa2 mesti jadi tumpuan punya

kejap je jadi bahan viral

umno ni parti besar

keputusan mesti konsensus MT

bukan hak milik presiden sorang2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2021 10:46 PM | Show all posts
UMNO bersama-sama dengan MCA & MIC dlm BN pun sudah ok bagi mewakili rakyat yg berbilang kaum untuk menghadapi Pru-15. Bila dapat menguasai semenanjung, untuk berkerjasama dengan parti2 di Sabah  & Sarawak akan lebih mudah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 24-3-2021 10:46 PM
UMNO bersama-sama dengan MCA & MIC dlm BN pun sudah ok bagi mewakili rakyat yg berbilang kaum untuk  ...

Ini matematik mudah ..  2 + 2 dah tentulah jawab 4 , matematik tahap sekolah rendah . Tapi ini sekarang matematik dah tambah maju . Orang dah tak tengok politik rasis ni . Nak buat apa pilih melayu tipu melayu , india tipu india cina tipu cina ??  
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Sabar la ..  adalah benda depa bincangkan tu . Nak buat apa nak bagi tahu musuh strategi kita kan .
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 11:08 PM | Show all posts
dess402 replied at 24-3-2021 10:56 PM
Ini matematik mudah ..  2 + 2 dah tentulah jawab 4 , matematik tahap sekolah rendah . Tapi ini sek ...

takkan rakyat nak pilih lagi pakatan yg menipu rakyat , pakatan yg memberi harapan dengan janji2 bulan dan bintang yg palsu, dengan formula2 yg hanya hebat sebelum pru aje...

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 24-3-2021 11:08 PM
takkan rakyat nak pilih lagi pakatan yg menipu rakyat , pakatan yg memberi harapan dengan janji2 b ...

Rakyat tu sape ??  Melambangkan sorang atau semua ??
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 24-3-2021 11:08 PM
takkan rakyat nak pilih lagi pakatan yg menipu rakyat , pakatan yg memberi harapan dengan janji2 b ...


Dan lagi kalau nak tahu rakyat pilih tak pilih ..  pru dulu .

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Wak Jahit nih kemain...sekejap A sekejap B...rimas
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2021 11:45 PM | Show all posts
dess402 replied at 24-3-2021 11:10 PM
Rakyat tu sape ??  Melambangkan sorang atau semua ??

bukan sorang dan tak semua...
cuma majority rakyat...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 11:46 PM | Show all posts

setakat ini anwar aje yg banduan pilihan hati PH utk jadi PM...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 24-3-2021 11:46 PM
setakat ini anwar aje yg banduan pilihan hati PH utk jadi PM...

Tarapapa, bila sudah pengampunan di-Raja terus jadi suci syumul bagai budak baharu lahir
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 11:53 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 24-3-2021 11:51 PM
Tarapapa, bila sudah pengampunan di-Raja terus jadi suci syumul bagai budak baharu lahir

carilah calon lain....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.586202 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list