CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1916|Reply: 17

[Dunia] Minyak wangi aroma tanah kubur

[Copy link]
Post time 28-3-2021 10:26 AM | Show all posts |Read mode
Minyak wangi aroma tanah kubur

https://www.kosmo.com.my/2021/03 ... -aroma-tanah-kubur/

Oleh KOSMO!
28 Mac 2021, 10:00 am

NAMA minyak wangi ini diilhamkan dari kawasan perkuburan di Margate, England yang telah diasaskan sejak 1856. – HAECKELS.CO.UK

LONDON – Sebuah syarikat kos-metik di bandar Margate, England memperkenalkan minyak wangi yang dihasilkan menggunakan bauan pokok-pokok di kawasan perkuburan, lapor akhbar The Sun UK kelmarin.

Haruman dinamakan St. John’s Cemetery itu dijual pada harga £160 (RM914) sebotol. Ia mengambil nama tanah perkuburan di Margate yang diasaskan pada tahun 1856

Produk tersebut dihasilkan oleh firma tempatan, Haeckel.

Dalam kenyataan yang me-nimbulkan rasa seram sejuk, firma tersebut menyatakan, wangian itu diekstrak dari lokasi paling aneh membabitkan penghasilan minyak wangi.

“Tempat tersebut adalah sebahagian daripada sejarah bandar Margate. Mereka yang masih hidup dan penduduk telah meninggal dunia tinggal dekat antara satu sama lain.

“Lokasinya dikelilingi pokok pain besar dan di antaranya, tumbuh banyak pokok lebih besar. Saiz pokok-pokok tersebut di luar jangkaan dan membesar di bawah penjagaan rapi.

“Kabus menyelubungi tempat itu sesuai dengan keindahan dan ketenangannya. Tempat semula jadi itu bukan sahaja penting, malah menunjukkan hubungan antara yang hidup dan sudah mati,” katanya.

Keterangan pada satu produk itu turut mengatakan ia me-ngandungi aroma daun pain yang dipetik dari kubur ‘Pada Hari Hujan 6 Ogos’.

Produk tersebut dijual di rangkaian gedung serbaneka mewah, Selfridges.

Minyak wangi itu diletak dalam kotak kayu beserta koordinat Sistem Pengesanan Kedudukan Global (GPS) tanah perkuburan tersebut terpampang pada penutupnya. – Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2021 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Bad fengshui
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2021 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan bau tanah.. rupanya bau pokok..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2021 09:05 PM | Show all posts
Teringat satu kejadian beberapa tahun lepas .

Saya, atok saya dan  adik perempuan atok Saya kita orang nak tulis sejarah tentang family tree..jadi pada satu musim panas tu kita orang pergi banyak tempat tanah perkuburan yang sudah beratus tahun Di Kawasan church.

Waktu tu dah lebih kurang 6.30pm atok dan adik perempuan dia mungkin masuk dalam church tetapi saya masih lagi di atas perkuburan kerana nak cari nama pada batu Nisan tu ..tetiba keluar seorang budak lelaki berumur lebih kurang 7 tahun dari sebalik batu nisan , Saya terkejut dan tanya dia awak buat apa disini? Dia bagi tau sedang tunggu bapa dia balik kerja.

Saya tak pasti itu betul betul manusia ataupun hantu kerana tak lama selepas tu kita orang beredar dari tanah perkuburan tu sebelum melihat bapa kanak kanak tu datang.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2021 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 28-3-2021 09:05 PM
Teringat satu kejadian beberapa tahun lepas .

Saya, atok saya dan  adik perempuan atok Saya kita  ...

FM darah campuran ke?. keturunan bukan melayu ke atau cane tu?.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2021 12:21 AM | Show all posts
noor2 replied at 28-3-2021 05:14 AM
FM darah campuran ke?. keturunan bukan melayu ke atau cane tu?.

Tok Saya European.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2021 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Minyak dagu tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2021 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah lama juga ada perfume dia. Tp ni in candle version. Bau pinewood and musk mostly.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2021 09:33 AM | Show all posts
tajuk kata aroma tanah kubur
tapi artikel tulis bau pokok
fail la wartawan kosmo ni
ko sekolah tak?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2021 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 29-3-2021 12:21 AM
Tok Saya European.

Untung la...selalu ke balik Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2021 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 28-3-2021 09:05 PM
Teringat satu kejadian beberapa tahun lepas .

Saya, atok saya dan  adik perempuan atok Saya kita  ...

Manusia tu....dia main2 kawasan kubur...kubur Christian Tak creepy pun...kubur Islam yang creepy.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2021 10:59 AM | Show all posts
Manusia ni pelek2 minatnya jadi tak hairan kalau ada yang beli
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2021 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 29-3-2021 12:21 AM
Tok Saya European.

Oh kisahnya... mesti muka FM hensem...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2021 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Best ke baunya.
Tok adi tanah kubur pun leh jual prfume jgk bt aroma kemboja cmpur bunga melati ke. heheh
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2021 09:22 PM | Show all posts
ummah goth suka la kot bau2an mcm ni... persis melepak di perkuburan di tengah hari buta sebegitu
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2021 09:24 PM | Show all posts
noor2 replied at 29-3-2021 07:07 PM
Oh kisahnya... mesti muka FM hensem...

Hensem, sis *tetiberr FM pernah share gambar heols kat sini dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2021 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 29-3-2021 09:24 PM
Hensem, sis *tetiberr  FM pernah share gambar heols kat sini dulu

Wah....teruja nk tengok...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2021 08:30 PM | Show all posts
Minyak wangi? Itu kan scented candle.

Past and present combine in this fragrance; clean pine envelops the senses, giving way to bright, green moss that covers the cemetery and closes with a dark musk, sombre and subdued.


Mungkin boleh cari scented candle yg ada bauan pokok pine.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.091497 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list