Tampil menjawab pertanyaan peminat di Instagram, Datuk Rizalman menjelaskan bahawa dia terpaksa menolak untuk membuat baju nikah Neelofa kerana tetap dengan prinsipnya yang sudah bersara daripada dunia fesyen seperti yang diumumkan beberapa tahun lalu.
Kredit foto: IG Rizalman
Meskipun tidak terlibat dalam penghasilan baju nikah itu, jalinan ukhwah antara dua personaliti terkenal ini masih lagi baik dan rapat seperti kebiasannya.’
Malah, Rizalman juga mendedahkan bahawa dia sempat memberi tazkirah khas buat Neelofa sebelum bergelar isteri kepada PU Riz.
Kredit foto: IGStory/Gempak
Terdahulu, pasangan sepadan Neelofa dan Haris telah selamat diijabkabulkan dalam sebuah majlis di hotel terkemuka di Ibu Kota pada hari Sabtu yang lalu.
Sumber: BeauutifulNara