View: 1771|Reply: 10
|
Achey Serba Salah Buat Lawak Selepas Bapa Meninggal, Suruh Mak Tutup TV
[Copy link]
|
|
Kehilangan bapa tersayang pada 19 Mac lalu cukup mengganggu tumpuan pelawak Achey hingga menyebabkan dia gagal membawa kumpulannya, Mashuk untuk mara ke peringkat separuh akhir Muzikal Lawak Superstar (MLS).
Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah juga mendedahkan dia berdepan trauma dan badannya menggigil sebelum naik ke pentas MLS yang berlangsung pada Jumaat lalu, iaitu genap seminggu selepas kematian bapanya.
Namun demi tanggjawab dan tugas, pelawak berusia 35 tahun ini tetap meneruskan persembahan biarpun hati berasa serba salah untuk berjenaka dalam keadaan dia masih bersedih.
Foto: IG
"Sebenarnya untuk pengetahuan semua, saya ada minor trauma. Sebelum ini tak pernah kena... tapi malam suku akhir tempoh hari, saya menggigil masa nak naik pentas untuk buat persembahan.
"Memang sangat pelik. Walaupun saya mampu untuk buat persembahan, tapi tidak sebaik pada malam sebelum ini. Saya dengan arwah sangat rapat dan pemergiannya memang memberi kesan.
"Sejujurnya saya rasa bersalah... mungkin sebab saya, Mashuk tersingkir. Sebab masa buat persembahan, saya ada terfikir 'aku ni nak buat kelakar untuk orang padahal bapa baru meninggal'.
"Tapi itulah tanggungjawab dan tugas yang saya terpaksa dilakukan," kata Achey kepada mStar.
Achey turut berterima kasih kerana ahli kumpulan Mashuk yang lain iaitu Shuk Sahar dan Mark Adam kerana memahami situasinya ketika itu.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Yang Terindah ini memberitahu ibunya antara individu yang memberi kekuatan untuk meneruskan persembahan pada malam itu selain isteri dan rakan-rakan baik.
Menurut Achey, dia juga meminta ibunya untuk menutup televisyen kerana tidak mahu persembahan lawaknya ditonton memandangkan seisi keluarga juga sedang dalam tempoh berkabung.
"Kekuatan saya adalah emak. Sebelum kembali ke ibu kota, saya minta izin dan minta maaf banyak-banyak dengan dia sebab ada tugas yang perlu saya buat, iaitu membuat jenaka dan membuat orang ketawa.
"Tapi saya berpesan pada mak supaya tutup TV dan jangan tonton program itu. Sebab saya tak nak emak tengok saya buat kelakar walhal ayah baru meninggal dunia... rasa macam tak hormat," ujarnya.
Allahyarham bapa kepada Achey iaitu Hamzah Salam dikejarkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri di kediamannya di Segamat sebelum meninggal dunia pada 19 Mac lalu. -CARI
Sumber: mStar Online
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
berenti je la buat lawak achey oiii bukan kelakor pon lawak kau |
|
|
|
|
|
|
|
Bodo. Saja cari alasan. Dah bapak ko meninggal mintak excuse lah, bkabung je sebulan. Memandai je bagi alasan sbb ko minor trauma sampai team ko tsungkur. Kalo ko ikhlas, tohan dah murahkan rezeki ko |
|
|
|
|
|
|
|
Apo berenti ler ko bkn lawak tp bingit .. |
|
|
|
|
|
|
|
Ko nyanyi jer bagus
dr buat lawak bingit |
|
|
|
|
|
|
|
group theyols terkeluar kan dari muzikal maharajalawak ke apa nama tah rancangan tu.. mak ai tengok tapi ai tengok kejap2 aje sbb tengah kemas dapur.. mmg diorang tak kelakar last week.. mungkin kurang berlatih sebab achey cuti kematian bapa kan.. takziah.. biasa la bila ada kematian ahli keluarga terdekat mmg terasa tu la zaman kejatuhan kita.. buat kerja apa pun tak menjadi sbb tengah bersedih.. insyaAllah itu cuma sementara, nanti ada rezeki lagi tu di mana2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah 2021 masih ada lagi yg tengok maharaja lawak ni ya. Mohon astro kubur kan je lah maharaja lawak ni. Buat la pertandingan lawak lain pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ke dia renovate rumah sbb bawa mak ayah duduk sekali? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku allergy melampau ngan dia nih.
Macam bapak dia sorang jer yang meninggal. Kenapa orang macam ni relevan? Ramai naw melayu sapot manusia cenggini ek |
|
|
|
|
|
|
|
tula sal.. dah dewasa dan stabil ade keluarga sendiri semua..over nau...
tu dak yg tengah amik SPM yg kematian ayah baru ni..
takde la over mcm gini...
baik kesiankan diorg yg baru nak tercari cari arah tuju...
|
|
|
|
|
|
|
|
otomatik terngiang suara bingit dia bila baca pasal dia... |
|
|
|
|
|
|
| |
|