CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1686|Reply: 14

[Tempatan] Bakar kereta sebab cinta dihalang

[Copy link]
Post time 31-3-2021 08:25 PM | Show all posts |Read mode
Bakar kereta sebab cinta dihalang

https://www.kosmo.com.my/2021/03 ... bab-cinta-dihalang/

Oleh MOHD YUNUS YAKKUB
31 Mac 2021, 7:55 pm


Shamsul Amar

KLANG – Gara-gara cinta dihalang, seorang lelaki bertindak di luar batas dengan membakar kereta abang teman wanitanya dalam kejadian di hadapan sebuah rumah di Taman Menara Maju, semalam.

Kejadian khianat itu diketahui mangsa yang merupakan seorang jurutera berusia 25 tahun selepas dimaklumkan jiranya pukul 2.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, siasatan awal mendapati suspek bersama seorang lagi rakannya menaiki sebuah kenderaan jenis Toyota Vios sebelum membakar kereta mangsa jenis Honda City.

Katanya, bertindak hasil maklumat polis kemudiannya berjaya menahan suspek berusia 23 tahun di Telok Panglima Garang pukul 7 petang hari sama.

“Turut dirampas adalah kenderaan Toyota Vios dipercayai digunakan semasa kejadian tersebut.

“Soal-siasat suspek mengaku terlibat dalam kejadian itu disebabkan tidak berpuas hati selepas dihalang bercinta dengan adik mangsa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Kata beliau, siasatan juga mendapati tiada penglibatan mana-mana kumpulan kongsi gelap.

Tambah Shamsul Amar, suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan kerugian kebakaran Honda City itu dianggarkan berjumlah RM2,000.

“Usaha memburu rakan jenayah lelaki tersebut sedang dijalankan dan suspek kini direman lima hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan,” jelasnya. – K!ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2021 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Muda lagi budak ni. Nasib baik cinta dihalang. Nanti dia marah gf dia, dia bakar pula.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2021 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Klang...bakar..agak2 bangsa mana?
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2021 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 31-3-2021 09:07 PM
Klang...bakar..agak2 bangsa mana?

Tolong jangan rasis.. Nanti ada menyalak ok.. Muahahha
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2021 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 31-3-2021 09:12 PM
Tolong jangan rasis.. Nanti ada menyalak ok.. Muahahha

Saya tak sebut pun nama keling.tak boleh ehh?
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2021 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada lah sebab tu kenapa abang dia tak berkenan ke kamu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2021 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 31-3-2021 11:38 PM
Saya tak sebut pun nama keling.tak boleh ehh?

Tak boleh ok.. Kalau ang kutuk Melayu saja x rasis tau
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2021 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah tu g bako keta abg GF tu dia ingat family tu nk terima dia ke... Hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2021 12:25 PM | Show all posts
belum da bakor keta, kalau da dapat tu, awek buat hal xmemasal awek tu kena bakar.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2021 12:29 PM | Show all posts
Kerja sia2 tambah masaalah bukan selesaikan masaalah
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2021 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 31-3-2021 09:07 PM
Klang...bakar..agak2 bangsa mana?

bangsa loceng......

#tanakhilang98
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2021 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 31-3-2021 11:38 PM
Saya tak sebut pun nama keling.tak boleh ehh?

apa pulak kau tak sebut nama keling....tu ada sebut keling tu....

aku ingatkn kau je jgn sebut keling....
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2021 01:43 PM | Show all posts
patut la abangnye tak restu.. gini perangai
bahaya buat family
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2021 01:46 PM | Show all posts
eee kalau gini perangai, pastu kahwin,, ak rasa lunyai bini kena kerjakan...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2021 09:43 PM | Show all posts
sebab tu tak restu.. lom kawen dah berani main bakar2 yer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18062 Replies : 13
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43175 Replies : 75
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58
Faces of Death (2026)
pisanggorengFaces of Death (2026)
Views : 14701 Replies : 2
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 65401 Replies : 133
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24310 Replies : 70
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39841 Replies : 253

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 07:22 PM GMT+8 , Processed in 0.900614 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list