View: 91475|Reply: 630
|
Saksikan Pelukan Lemah Seorang Isteri Ketika Diceraikan Suami Di Mahkamah #madut
[Copy link]
|
|
Edited by tumpanglalu74 at 12-4-2021 11:42 PM
Bekas Isteri Inspektor Dakwa Tidak Tahu Suami Kahwin, Baru Je Kena Cerai Mac Lalu
April 11, 2021
EPISOD kontroversi pernikahan Serina Redzuawan dengan lelaki bernama Meor Mohammad Aidid Meor Jamaluddin nampaknya semakin rumit apabila ia didakwa berlangsung tanpa pengetahuan dan kebenaran isteri pertama.
Tampil menjelaskan situasi sebenar, wanita bernama Nur Hamizah Shaffee, 34, mendakwa dia adalah isteri kepada Aidid ketika Serina dan suaminya mendirikan rumah tangga.
Malah Hamizah juga menyangkal dakwaan Serina bahawa Aidid berstatus duda ketika mereka bernikah secara senyap di Perlis.
“Saya cuma nak bersihkan nama keluarga, sebab tu saya beritahu perkara sebenar. Saya tak tahu kenapa mereka (Serina dan Aidid) perlu menipu. Memang benar Aidid berkahwin dengan Serina ketika dia masih suami saya yang sah.
“Sebenarnya hubungan saya dengan bekas suami pun tiada sebarang masalah dan kami jalani kehidupan bahagia biarpun kadangkala terpaksa berjauhan kerana kerja masing-masing,” kata Hamizah kepada mStar.
Hamizah yang juga seorang pensyarah di sebuah kolej antarabangsa di Kampar, Perak mendirikan rumah tangga dengan Aidid pada 8 Ogos 2015 dan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Bagaimanapun menurut Hamizah dia diceraikan Aidid, dipercayai seorang pegawai kanan polis berpangkat Inspektor yang bertugas di sebuah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) pada 9 Mac lalu.
https://www.mstar.com.my/spotlig ... kena-cerai-mac-lalu |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 12-4-2021 01:49 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 12-4-2021 01:51 AM
salmon-suki replied at 12-4-2021 01:43 AM
Dah cerai still gigih nak peluk jantan useless?? No need yee..find someone better than this jantan x ...
Pelok sebelom lafaz cerai la. Pegi bace MStar tu..
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
salmon-suki replied at 12-4-2021 01:43 AM
Dah cerai still gigih nak peluk jantan useless?? No need yee..find someone better than this jantan x ...
Dik....
tu pelukan terakhir sblm bercerai....selalunya hakim akn suruh nk peluk, peluk lah utk terakhir kalinya....nk ngeseks je tak blh kat depan hakim tu |
|
|
|
|
|
|
|
Ye Mari Ke Kampong Sebelah
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sfrnna at 12-4-2021 11:10 PM
Suami Serina sudah lama tawar hati dengan bekas isteri, dakwa perasaan dan kebajikan diri terabai berbulan-bulan
https://www.mstar.com.my/spotlight/sensasi/2021/04/12/suami-serina-dedah-sudah-lama-tawar-hati-dengan-bekas-isteri-dakwa-perasaan-dan-kebajikan-diri-terabai
Isnin, 12 April 2021 8:00 PM4-5 minutes 4/13/2021
KONTROVERSI perkahwinan Serina Redzuawan dengan pegawai polis bernama Meor Mohammad Aidid Meor Jamaluddin memasuki episod baharu apabila suami kepada aktres itu tampil membuka mulut mengenai situasi sebenar.
Biarpun mengakui berkahwin dengan aktres tersebut ketika masih bergelar suami orang, namun Aidid menafikan dakwaan bahawa Serina menjadi punca perceraiannya dengan bekas isteri Nur Hamizah Shaffee, 34.
Sebaliknya, kata Aidid hubungan perkahwinan yang dibina dengan wanita itu sudah lama retak menunggu belah dan dia juga sudah tawar hati dengan bekas isterinya itu.
"Hubungan saya dan dia (Nur Hamizah) sudah bertahun lama bermasalah dan hambar. Hati saya sudah lama tertutup untuknya. Saya bernikah dengan Serina bulan Februari lalu.
Aidid nafi Serina menjadi punca perceraiannya dengan Hamizah.
"Tapi Serina bukan punca kami berantakan. Benar ketika berkahwin kali kedua, dia masih isteri saya. Itu fakta yang saya tak boleh nafikan. Lagipun pada masa sama proses tuntutan cerai di mahkamah memakan masa.
"Kami hanya bercerai secara sah pada 9 Mac lalu. Kini hanya Serina isteri saya, tidak timbul lagi kisah atau perihal bermadu itu," kata Aidid menerusi satu kenyataan kepada media pada Isnin.
Menerusi laporan eksklusif mStar pada Ahad, Hamizah mendakwa dia adalah isteri kepada Aidid ketika Serina dan suaminya mendirikan rumah tangga.
Menurut Hamizah, dia diceraikan Aidid, dipercayai seorang pegawai kanan polis berpangkat Inspektor yang bertugas di sebuah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) pada 9 Mac lalu.
Pada Isnin, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata polis sudah membuka kertas siasatan yang diserahkan kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Perlis berikutan Aidid sudah bertukar ke Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Perlis.
Berbulan-bulan saya terbiar tanpa dipedulikan perasaan dan kebajikan diri.
Berikutan isu tersebut, Aidid memberitahu dia sudah bersedia untuk memberi kerjasama dengan pihak polis berhubung dakwaan dia berkahwin kali kedua tanpa kebenaran.
"Saya sedia bekerjasama dengan pihak berwajib. Saya dapat tahu, bekas isteri, Nur Hamizah Shaffee membuat membuat laporan polis konon dia dimadukan tanpa kebenaran. Saya sedia bertanggungjawab!" ujarnya.
Sementara itu, Aidid juga berkata dia berasa kecewa dan ralat dengan dakwaan bekas isteri pertamanya mengenai hubungan mereka tidak mempunyai sebarang masalah.
"Kami menjalinkan hubungan rumah tangga secara jarak jauh atas tuntutan kerja. Namun itu bukan alasan untuk tidak menjalankan tanggungjawab.
"Selain rumah tangga bermasalah, perkahwinan saya dan dia juga ada campur tangan keluarganya. Hati suami mana yang boleh tahan sabar apabila isteri tidak menghormatinya.
Aidid menghormati komen yang dilemparkan bapa Serina, Chef Wan.
"Balik jenguk saya pun susah. Berbulan-bulan saya terbiar tanpa dipedulikan perasaan dan kebajikan diri. Makan pakai saya pun tak terjaga. Ibu bapa dan kawan saya jadi saksi hidup ini macam orang bujang," katanya.
Pada Jumaat lalu, Serina, 38, menerusi laman Instagram miliknya mendedahkan sudah bernikah dengan Aidid, 34, namun pengumuman tersebut mengejutkan bapanya, Chef Wan yang tidak mengetahui perkara itu.
Untuk rekod, Hamizah yang juga seorang pensyarah di sebuah kolej antarabangsa di Kampar, Perak mendirikan rumah tangga dengan Aidid pada 8 Ogos 2015 dan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Serina sebelum ini pernah berkahwin dengan Gavin Edward O'Luanaigh pada 1 Januari 2010 namun disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Tristan Tareef, 11, dan Isabella Saya, 10 tahun.
|
|
|
|
|
|
|
|
“Saya cuma nak bersihkan nama keluarga, sebab tu saya beritahu perkara sebenar. Saya tak tahu kenapa mereka (Serina dan Aidid) perlu menipu. Memang benar Aidid berkahwin dengan Serina ketika dia masih suami saya yang sah.
Bertabahlah dek. Semoga ko berjumpa lelaki yg jauh lebih baik, sekarang ex laki ko dah jd problem Serina pulak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Rumahtangga biasa2 aje, aman xde masalah, tup2 kena cerai..bertabahlah, semoga dapat jodoh lain yg lebih baik. Entah apa yg si serina ni hadap sgt ngan laki orang tu ntahh ada potensi jadik mcm jering, kena boikot sbb kes caras. Yg dia lagi pulak caras + belakangkan bapak dia sbb tergilakan laki orang |
|
|
|
|
|
|
|
Serina nafi bernikah dengan suami orang di Siam
Diterbitkan 10 Apr 2021, 6:54 pm
Pelakon Serina Redzuawan menafikan bernikah dengan lelaki pilihannya di negara jiran seperti didakwa bapanya Chef Wan dalam kenyataan dikeluarkan semalam.
Menurut Serina, dia berharap penjelasan yang diberi hari ini dapat menamatkan segala fitnah atau salah faham yang dikaitkan kepada dia dan suaminya.
Serina juga menegur netizen agar tidak mudah menghukum seseorang sambil menambah fitnah kepada dia berdua.
“Lepas papa tulis dia tak tau kami nikah dan dia kata kami kahwin di Siam, itu adalah tidak benar. Kami bernikah di sebuah negeri dalam Malaysia.
“Jadi berhentilah buat tuduhan serta fitnah, besar dosanya nak menjawab di akhirat nanti.
"Sebab itu kalau kita tak tau, jangan kita memandai nak komen dan hentam orang lain,” katanya.
Dakwanya Chef Wan - atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail - sebenarnya sudah mengetahui perkara tersebut terlebih dulu selepas dia dimaklumkan.
“Papa dah tau kami nikah saya dah maklumkan pada papa, suami pun dah berjumpa dengan papa.
“Saya pun terkejut papa cakap kami kahwin di Siam. Fikirlah logik. Sempadan pun tutup, mana buka,” katanya.
Ada cuba hasut bapa
Semalam Malaysiakini menyiarkan dakwaan Chef Wan yang antaranya menyebut selepas bernikah secara sembunyi, baru Serina memaklumkan perkara itu kepadanya. Ia berlaku kira-kira dua minggu lalu.
Kata Chef Wan, Serina baru memaklumkan perkara tersebut kerana dia ingin mengadakan kenduri doa selamat di Malaysia selain menjamu tetamu di restoran miliknya.
Serina sebelum itu mendedahkan berita pernikahannya dengan pegawai polis, Meor Mohammad Aidi di Instagram.
Chef Wan juga mendakwa atas alasan tertentu, dia meminta Serina untuk tidak terburu-buru dengan keputusan untuk berkahwin kerana ingin menyiasat latar belakang Meor Mohammad terlebih dulu.
Pada masa sama, Serina, 38, turut menafikan lelaki dikahwininya itu masih suami seseorang.
“Suami saya bukan suami orang, dia duda. Sebelum kenal saya, mereka memang dah ada masalah perkahwinan jarak jauh serta belum dikurnikan zuriat," katanya.
Mengulas konflik itu lebih lanjut, Serina berkata, dia percaya ada indvidu tidak senang melihat kebahagiaannya ketika ini dan menghasut bapanya itu.
“Semua yang terjadi atas izin Allah. Jodoh kami dah tertulis. Memang saya akui ramai yang hasut papa dan cucuk papa macam suka tengok keluarga kami hancur.
“Saya sentiasa hormati bapa saya. Kami tak ada masalah pun selama ni. Realitinya, papa sendiri ada pos di Instagram dia sebelum ni (bahawa) dia restu hubungan kami bernikah benda baik halalkan hubungan dituntut dalam Islam.
“Siap cakap makan makan di restoran papa je nanti untuk kenduri jamuan doa selamat," katanya.
Pun begitu Serina berkata dia memaafkan orang yang melemparkan fitnah kepada mereka. Malah dia berdoa pihak terbabit diberikan hidayah.
Dalam kenyataan sama, Serina berharap agar keluarga mentuanya dihormati.
“Tolong hormat juga keluarga belah mentua Serina. Mereka pun ada perasaan. Akhir kata doakan perkahwinan kami bahagia hingga akhir hayat,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Cerai sebab belum dikurniakan zuriat??? Jantan dari neraka,harap kikis la serina ni sampai tinggal spenda! |
|
|
|
|
|
|
|
Bertabahlah dik..suami tak guna macam tu tak perlu direbutkan biarlah serina ambil....adik just chill aje tengok drama berepisode jgb lupa doa dik..doa org teraniaya cpt makbul... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sharlenetexas at 12-4-2021 01:26 AM
Ambil je lah serina laki baru ko berkerak. Entah2 batang buruk pun berkerak berlapis2. Pakai uniform pun takleh hilang penampilan berkerak tu. Jauh beza dengan ezanee yang sentiasa smart dan hensem. |
|
|
|
|
|
|
|
Harap papa Chef comment esok sempena ex wife dah bagi penjelasan. Kesian pulak dgn ex ni mangsa keadaan sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
laaa kaki sondol kau Serina. Tak padan dgn gundu |
|
|
|
|
|
|
|
Dah cerai still gigih nak peluk jantan useless?? No need yee..find someone better than this jantan xguna..aiolzs mmg xsuka tgk pmpuan melemahkan diri dpn jantan useless...wake up n move on girl! |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 12-4-2021 01:47 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
R2D2 replied at 12-4-2021 12:57 AM
Serina nafi bernikah dengan suami orang di Siam
Diterbitkan 10 Apr 2021, 6:54 pm
Ini old news.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sfrnna at 12-4-2021 01:53 AM
Ex wife mohon saman mengacau rumah tangga orang ni. So lepas ni semoga serina bulldozer boleh la beranak banyak2 untuk inspector ni kan. Pastu Jangan la ber papa papa papa. Kalau ada yang leak gambar serina bulldozer kat tengok diorg kat mahkamah lagi la juicy ini gossip |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai sedihnya..pelukan terakhir.tu.harap ex wife nya dpt ganti yg lebih baik..muka pesek camtu pun laku.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pasal takde anak ke laki tu nak bercerai? |
|
|
|
|
|
|
|
nah kan ..mst keluar cerita bekas isteri ..org kalau dah mabuk bercinta..ko ckp apa pun mmg takde maknanya kan..tgh asyik bercinta bekas isteri kata takde masalah tp masalah bila si bekas laki yg tgh hangat bercinta dgn serina..cover byk mana ttp terbongkar kisah sebenar... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 12-4-2021 02:48 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
R2D2 replied at 12-4-2021 12:57 AM
Serina nafi bernikah dengan suami orang di Siam
Diterbitkan 10 Apr 2021, 6:54 pm
“Tolong hormat juga keluarga belah mentua Serina. Mereka pun ada perasaan. Akhir kata doakan perkahwinan kami bahagia hingga akhir hayat,” katanya.
Nah.. Sume orang sile hormat ye.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
kalau iols x de maknanya nk berpeluk. bg penerajang sikit ko dah puas kongkek aku lepas tu buang aku utk betina lain.. |
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 replied at 12-4-2021 02:48 AM
Nah.. Sume orang sile hormat ye.
Wah gigihnya chuol digging. Kenapa meols x jumpa pun Gambar2 ni kat fb beliauuuu |
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 replied at 12-4-2021 02:48 AM
Nah.. Sume orang sile hormat ye.
muka myanmar rentung ni jugak direbut sanggup ketepikan bapa sendiri. |
|
|
|
|
|
|
| |
|