CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5073|Reply: 19

Elly Mazlein Dikecam Kongsi Tips Untuk Hamil

  [Copy link]
Post time 12-4-2021 12:20 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein, 41, bengang dengan sikap sesetengah netizen yang mengecam keikhlasannya berkongsi tips kehamilan dengan pengikut dalam laman Instagram.


Baru sahaja muncul dengan single Dusta Cinta, Elly meminta meminta netizen yang subur dan tiada benda baik untuk bercakap menutup mulut. Niatnya mahu ingin membantu wanita yang memerlukan.


Foto: IG






"Saya menerima banyak mesej langsung daripada wanita yang bertanyakan tips kehamilan sejak mengumumkan berita kehamilan dalam IG, baru-baru ini.


"Siapa sangka, ramai wanita berusaha untuk mendapatkan zuriat. Malah, ada yang sudah lama berkahwin lama belum ada rezeki dikurniakan cahaya mata.


"Saya bukan pakar mahupun doktor, tetapi saya hanya ingin berkongsi tips yang diamalkan. Ada antara tips dikongsikan oleh orang lain kepada saya. Jadi, tidak salah untuk saya memanjangkan tips berkenaan supaya menjadi lubuk pahala.


"Memang rezeki datang dari Allah, tetapi kita tidak boleh hanya menadah tangan dan mengharapkan keajaiban berlaku. Sebaliknya, kita sendiri perlu ada usaha," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran program Senduk Kuali Kak Lina Pom Pom yang disiarkan menerusi RTM1.




  



Program 29 episod terbitan Mache All Star United Sdn Bhd dengan kerjasama Minyak Masak Kijang Gold itu akan menemui penonton sepanjang Ramadan ini.


Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi berkata, dia merancang berkongsi tips dan pemakanan yang diamalkan untuk memperoleh zuriat menerusi sesi secara langsung di IG pada awal Ramadan ini.


Katanya, dia berhasrat mengendalikan sebuah majlis kecil agar dapat bertemu dengan wanita yang sedang berusaha mendapatkan cahaya mata, bagaimanapun keadaan tidak mengizinkan.


  



"Insya-Allah, saya akan mengadakan sesi secara langsung di IG, awal Ramadan ini. Saya akan menerangkan dengan jelas apa amalan yang dilakukan. Tanyalah apa sahaja, saya akan cuba jawab mana yang termampu.


"Mungkin sesi berkenaan akan mengambil antara satu hingga tiga jam, tetapi saya tidak kisah asalkan dapat memberi manfaat kepada pengikut. Sebab itu, saya kena pastikan jadual kosong barulah boleh melakukan sesi perkongsian ini.


"ada wanita yang subur dan segar bugar tolonglah diam, jangan hanya tahu mengecam. Saya paling geram apabila ada netizen kata tidak perlukan tips untuk mendapatkan zuriat.


"Wanita yang subur memanglah tidak memerlukannya, tetapi cuba memahami perasaan wanita lain yang terlalu mengharap untuk bergelar ibu. Jika tiada benda baik hendak diperkatakan, sila diam dan doakan mereka yang mengharapkan zuriat supaya dapat nikmat sebagai ibu," katanya kepada BH Online.




  



Sementara itu, berkongsi pengalaman mengandung kali kedua, Elly berkata, dia tidak mengalami alahan teruk.


Sebaliknya, katanya, dia hanya kekurangan selera makan dan tidak boleh menghidu bau masak terutama bawang putih dan merah yang ditumis.


Katanya, dia gemar memakan sushi, tetapi hanya boleh menikmatinya di restoran sejak hamil.


Bagaimanapun, Elly berkata, dia dapat merasakan perbezaan hamil anak pertama dan kedua pada usia 41 tahun.


"Walaupun usia kandungan baru tiga bulan, saya cepat mengah seakan-akan sudah mengandung enam bulan. Memang terasa perbezaan sewaktu mengandungkan Sefhia dengan sekarang.


"Berat badan tidak naik hinggakan doktor pula risau. Saya tidak mengamalkan sebarang makanan tambahan sepanjang mengandung, hanya mengikut apa yang doktor sarankan dan selebihnya menjaga makan serta minum.


"Insya-Allah, saya akan menghentikan aktiviti seni sekitar September depan. Saya tidak lagi menerima sebarang tawaran baharu, sebaliknya menghabiskan saki baki tawaran yang dipersetujui lebih awal.


"Ada satu lagi drama yang perlu disiapkan sebelum berehat panjang," katanya.




  



Elly mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari, tahun lalu.


Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah, Azmi Hatta pada 2014, namun bercerai pada 2015 ketika hamil empat bulan. Mereka dikurniakan seorang cahaya perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun. -CARI


Sumber: Berita Harian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2021 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Gamba first tu dah mcm boki mukbang dah
Cuma takde makanan je kat depan dia
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 12:38 PM | Show all posts
sejak duamenjak sheols on meletop i like her fashun sense. adakah sylist meletop seorang genius. lopak punya fashion sense since meletop pun improve (improve je samtime ada juga kelautnya)
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
hidung dia memang mcm tu ke? ni pertanyaan ikhlas tau
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
fido_dido replied at 12-4-2021 02:09 PM
hidung dia memang mcm tu ke? ni pertanyaan ikhlas tau

Sama la tertanya2..muka dulu ngan sekarang lain bebeno
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 02:50 PM | Show all posts
mrsamz replied at 12-4-2021 02:36 PM
Sama la tertanya2..muka dulu ngan sekarang lain bebeno

memang hidung dia patuk macam tu. 2000 i pernah jumpa dia belakang stage.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2021 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai je y kt ig duk bg tips bagai,tp x kena kecam pulekssss... mentang2 kaklina pompom ni retissss,pakat nk mengecam..{:smile

Cuba y bg tips tu geng2 berniqobbbbbbbbbbbb pakai tudung labuh,kemain masing2 mengucap syukur Alhamdulillah, MasyaAllah..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 03:48 PM | Show all posts
pic baju putih tu mcm putri zarith pulak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2021 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
fido_dido: hidung dia memang mcm tu ke? ni pertanyaan ikhlas tau

Org yg dah menua mmg hidung jdi lain sikit. Tk caya tgk keliling.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2021 06:03 AM From the mobile phone | Show all posts
tips yang baik ok je nak diikut

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 03:00 PM | Show all posts
Ntah la...Aku salah sorang yang mmg x minat lgsg ngn die ni.
Bingit. And rimas tgk ngade2 tu.
Tp untuk yang minat, carry on.
X salah pun.
At least die x menyusahkan orang lain
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak byk job kak lina musim raya ni. Baguslah
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
bluebutter replied at 12-4-2021 04:09 PM
Org yg dah menua mmg hidung jdi lain sikit. Tk caya tgk keliling.

Lollll... Tiber aku terus perati hidung org tepi aku.. ko.la ni.. hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul je dia cakap org yg blum ada rezeki anak mmg suka cuba tips2 ni semua. Bab ni ada atau takde anak mmgkena redho..tp tak salah cuba tips org.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kembar puteri zarith ke ni? Hidung tu sepesen
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 08:11 PM | Show all posts
suka dengan dia dulu, tapi sekarang kenapa style cakap dia dah macam makcik kampung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2021 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Cik_jantung replied at 16-5-2021 07:57 PM
Lollll... Tiber aku terus perati hidung org tepi aku.. ko.la ni.. hahahaha

Betullahh. Orang makin menua makin hidung makin kembang jambu. Orang putih pun tak terkecuali.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak lina lagi di mega raya. Rezeki ank
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2021 09:53 PM | Show all posts
wah baru tahu dia beza 10 tahun dgn suami ya...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah rezeki kak lina pompom makin bertambah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.180604 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list