CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1918|Reply: 14

[Tempatan] Pasar Seni tidak semeriah dulu

[Copy link]
Post time 12-4-2021 12:23 PM | Show all posts |Read mode
Pasar Seni tidak semeriah dulu


BANGUNAN Pasar Seni, Kuala Lumpur. FOTO arkib NSTP

Kuala Lumpur: Suatu ketika dulu, Pasar Seni atau lebih dikenali sebagai Central Market (CM), sering menjadi pusat tumpuan warga kota untuk melakukan aktiviti hujung minggu, baik untuk melepak atau menjadi titik pertemuan kerana kedudukannya yang strategik, terletak berhampiran Stesen Bas Klang dan stesen LRT.

Malah, Pasar Seni cukup dikenali dalam kalangan pelancong tempatan dan asing kerana di sinilah pelbagai kraf tangan dan cenderahati seperti batik, produk ukiran kayu, lukisan potret, barangan piuter, songket dan rantai kunci mudah diperoleh.

Bersesuaian dengan namanya, Pasar Seni juga pernah menjadi tumpuan ramai pemuzik jalanan dan pemuisi pada era 80-an dan 90-an seperti Kopratasa, Loloq, Nasir Jani, dan Pyan Habib, sebelum mencipta nama dalam dunia seni tanah air.

Dek keistimewaannya itu juga, lawatan rombongan sekolah dari luar Kuala Lumpur ketika itu, dianggap tidak lengkap sekiranya tidak memasukkan acara kunjungan ke Pasar Seni.

Namun kini, Pasar Seni yang asalnya Pasar Besar Kuala Lumpur sebelum dinaik taraf pada 1985, tidak lagi 'seceria' dulu dan semakin kurang dikunjungi ekoran kewujudan banyak gedung perniagaan selain keadaan negara berhadapan dengan pandemik Covid-19.

Keadaan itu diakui oleh peniaga kraftangan yang hanya mahu dikenali sebagai Jehan, 40-an yang memaklumkan jualan yang diperolehnya kini semakin merosot berikutan pelancong asing dan tempatan yang berkurangan kerana pintu sempadan negara masih ditutup dan tiada aktiviti rentas negeri dibenarkan.


Dia yang berniaga selama 15 tahun di situ berkata, meskipun kedainya beroperasi dari 10 pagi hingga 6 petang, namun hanya mampu meraih hasil jualan antara lima hingga 10 peratus berbanding sebelum pandemik.

"Bisnes dah tak macam dulu. Contohnya, minggu ini kita hanya dapat RM100. Ini menunjukkan kuasa membeli semakin berkurangan. Sememangnya, pengurusan juga mengurangkan kadar bayaran sewa sehingga 50 peratus, namun jika tiada jualan, ia tetap membebankan kami," katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.

Menurutnya, walaupun perniagaannya turut menawarkan perkhidmatan jualan secara dalam talian, ia tidak mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Bagi pelukis potret Baim Zakaria, 55, pandemik Covid-19 memaksanya bekerja lebih gigih dan menukar cara berniaga bagi meneruskan kelangsungan hidup dengan menawarkan perkhidmatan penghantaran tempahan potret dan bukan lagi menunggu pelanggan mengambil sendiri di galerinya itu.

"Akibat Covid-19, ramai orang takut keluar rumah menyebabkan galeri saya kurang dikunjungi, namun saya masih lagi menerima tempahan melukis potret terutamanya daripada pelanggan tetap," kata pemilik Baim Zakaria Art Gallery yang menghasilkan lebih 10,000 lukisan potret sejak 1987.

Sementara itu, pekerja swasta, Farah Izzati Mohd Dani, 26, dari Petaling Jaya berkata, dia masih menjadikan Pasar Seni sebagai lokasi dikunjungi kerana keunikannya yang tersendiri berbanding pusat beli-belah yang lain.

"Bila jalan-jalan di sini terasa seperti berada di Penang Street Art. Boleh ambil 'feeling', ala-ala sebagai pelancong. Lagipun, saya dan kawan-kawan sekali sekala seronok juga melihat kraf tangan dan seni warisan yang ada di sini," katanya.

Bagi Saiful Rahimi Mat Yusowf, 37, kekurangan pengunjung di situ adalah disebabkan konsep Pasar Seni itu sendiri yang hanya menjual barang kraf tangan dan cenderahati selain turut mempunyai tempat makan.

"Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dan ramai yang kehilangan pekerjaan, sudah tentu ramai yang mengambil langkah berjimat-cermat dan berbelanja barangan yang perlu saja.

"Berbanding pusat beli-belah lain yang bersifat sehenti dan memudahkan orang ramai mendapatkan barangan keperluan harian, Pasar Seni sebaliknya hanya banyak menjual barangan kraf menyebabkan ia lebih sesuai dikunjungi pelancong asing," katanya.

Sementara itu, Pengurus Kompleks Central Market Sdn Bhd, Cheong Wai Mun tidak menafikan bilangan pelancong asing ke Pasar Seni berkurangan ekoran pandemik Covid-19, namun kedatangan warga kota dilihat meningkat terutama pada hujung minggu.

"Sebelum ini, ia dipenuhi dengan pelancong asing, tetapi kini bilangan pengunjung tempatan pula yang meningkat terutama pada hujung minggu.

"Jadi, saya menyeru warga kota khasnya dan pengunjung tempatan mengambil peluang ketika ketiadaan pelancong asing untuk membawa anak-anak mengenali budaya dan warisan negara yang dipaparkan di sini," katanya.


Sumber : https://www.hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2021 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman dolu
Zaman skola tempah baju kelas kat sini
Cepat masa berlalu
Huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 12:51 PM | Show all posts
Zaman 90an rajin turun CM ni.......
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 02:06 PM | Show all posts
Memang tempat tu pelancong je suka pergi untuk dapatkan cenderahati umah local mana suka soping cenderahati macam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa tak panggil Art Market?
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 03:38 PM | Show all posts
zaman buat nametag rajin menapak ke CM ni
depa ni memang harapkan pelancoong mostly
nak membeli apa dekat CM tu pun tatau dah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2021 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Tempat port gayah berkuntum tahun 90an
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
dolu ii mber aqu pnah kne paw kt CM ni..RiP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2021 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
dulu dlm tahun 90an ni la port nak berkumpul dgn kengkawan sebelom nak merayap ke tpt lain....
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
teringat filem Rozana Cinta 87.....ada babak buat kat sini.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 07:54 PM | Show all posts
last pi sini ms pi konsert kt stadium negara nun
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai suka tgk brg2 kt situ tp mahal skrg caj dia..tp design lama2..suka food court atas tu..tp lama jgk dh xpegi,xde geng..geng y ada pn lebih suka lepak mall atau jalan2 eco je.. hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 11:02 PM | Show all posts
tak pernah pergi pun dulu2 ada ajak member jalan2 CM tp member2 taknak katanya takda apa yg menarik
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Musim covid ni mna ada plncong nk g ctu dah sbbtu sendu

Sblm pkp tu aku pnh g meriah lagi
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Takpenah jejak lagi...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:01 PM GMT+8 , Processed in 0.118765 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list