View: 1876|Reply: 12
|
[Tempatan]
Semburan hidung mampu bunuh 99.99 peratus virus Covid-19
[Copy link]
|
|
Semburan hidung mampu bunuh 99.99 peratus virus Covid-19
https://www.kosmo.com.my/2021/04 ... tus-virus-covid-19/
Oleh KOSMO!
13 April 2021, 11:47 am
![](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/04/nasal-spray.jpg)
Semburan hidung yang dikembangankan oleh SANotize ini didakwa mampu membunuh 99.99 peratus virus Covid-19. - Getty Images
OTTAWA, Kanada – Semburan hidung didakwa telah terbukti membunuh 99.99 peratus virus Covid-19, demikian menurut satu laporan penyelidikan.
Semburan itu dikatakan dapat mencegah penularan koronavirus dan memendekkan tempoh jangkitan.
Bagi mereka yang sudah dijangkiti virus itu, semburan itu juga boleh mengurangkan tahap keseriusan gejala yang dialami.
Semburan yang dikembangkan oleh sebuah syarikat dari Kanada iaitu SaNOtize, membunuh kuman dalam saluran udara di bahagian atas hidung dan menghalangnya daripada menetas serta masuk ke dalam paru-paru, demikian keputusan yang ditunjukkan oleh ujian makmal di Amerika Syarikat (AS) dan Britain.
Pesakit yang dirawat dengan semburan itu juga menunjukkan penurunan jumlah purata kadar virus dalam badan sebanyak 1.362 dalam tempoh 24 jam pertama iaitu sekitar 95 peratus virus.
Dalam tempoh 72 jam, pengumpulan virus dalam badan didapati telah menurun lebih daripada 99 peratus.
Ketua Penyelidikan Ujian Klinikal Britain, Dr Stephen Winchester berkata beliau amat berharap semburan hidung ini akan menjadi senjata terbaharu dalam melawan Covid-19.
“Ini adalah satu revolusi dalam sejarah perubatan Covid-19 yang saya harap akan membantu ‘pertempuran’ masyarakat dunia melawan pandemik koronavirus,” katanya. – Agensi
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Oh.. Aku guna utk sinus.. Sejak amal mmg hidung kurang merenyam mintak ditenyeh2![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
news2 gini la nak baca & dengar
bring back that positive vibes!
muak dah sembang hari2 angka naik turun la, kluster itu ini la, sop sana sini la
|
|
|
|
|
|
|
|
Copp.. Rasa2 mahai tak semburan ni kalau depa jual? Nak berjimat cermat laa.. Nak beli![](static/image/smiley/default/bye.gif) ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
yang tudung biru tu ke cuols?
|
|
|
|
|
|
|
|
royaldanish replied at 16-4-2021 10:35 AM
yang tudung biru tu ke cuols?
Hahaha.. Betul2...makin kurang.... Sejak amalkan spray tu + ambik vitamin c setiap hari.. |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 13-4-2021 01:19 PM
Oh.. Aku guna utk sinus.. Sejak amal mmg hidung kurang merenyam mintak ditenyeh2
kak sarah pakai spray pa??nk jugakla cuba |
|
|
|
|
|
|
|
violetungu replied at 16-4-2021 11:15 AM
kak sarah pakai spray pa??nk jugakla cuba
Sat kak sarah cari dalam album.. Ada x gambar yg kak sarah snap |
|
|
|
|
|
|
|
violetungu replied at 16-4-2021 11:15 AM
kak sarah pakai spray pa??nk jugakla cuba
Gambar tak ada.. Kak sarah guna sterimar microspray nasal hygiene |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 16-4-2021 11:34 AM
Gambar tak ada.. Kak sarah guna sterimar microspray nasal hygiene
ooo sterimar tau2..baru2 ni pakai jgk sterimar sbb selsema..spray tp mcm xeffect apa sgt pun.ke salah guna??hihi.. |
|
|
|
|
|
|
|
violetungu replied at 16-4-2021 06:05 PM
ooo sterimar tau2..baru2 ni pakai jgk sterimar sbb selsema..spray tp mcm xeffect apa sgt pun.ke sa ...
Ada satu lagi.. Nasal wash.. Yg tu sangat efektif.. Selain tu.. 2 bulan sekali kak sarah guna serbuk buah kera.. Boh dlm hidung.. |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 16-4-2021 06:24 PM
Ada satu lagi.. Nasal wash.. Yg tu sangat efektif.. Selain tu.. 2 bulan sekali kak sarah guna serb ...
Berkesan ke kak sarah boh serbuk kera tu?? |
|
|
|
|
|
|
|
violetungu replied at 16-4-2021 09:49 PM
Berkesan ke kak sarah boh serbuk kera tu??
Bagi kak sarah berkesan.. Tapi bersedia la.. Nak bersin teruk.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|