CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15262|Reply: 91

[Tempatan] Ibu tunggal maut ditikam bekas teman lelaki

  [Copy link]
Post time 15-4-2021 09:10 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 15-4-2021 09:15 AM

https://www.bharian.com.my

Ibu tunggal maut ditikam bekas teman lelaki


IPOH: Seorang ibu tunggal ditemui maut dengan kesan tikaman, dalam pergaduhan dengan seorang lelaki disyaki teman lelakinya, di rumah mangsa di Taman Perpaduan, di sini, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada jiran bagi memaklumkan pergaduhan mangsa dengan suspek pada jam 8.45 malam.

Susulan itu, katanya, anggota bergegas ke lokasi sebelum menemui kedua-dua mangsa dan suspek dalam keadaan berlumuran darah dengan beberapa kesan tikaman pada badan di ruang tengah kediaman terbabit.

Beliau berkata, mangsa dan suspek dijumpai berdekatan antara satu sama lain di rumah itu yang dihuni wanita terbabit bersama dua anak kecilnya berusia enam serta lapan tahun.

Katanya, mangsa berumur 31 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala suspek berusia 23 tahun pula parah dan dirawat di Zon Merah Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.

"Hasil siasatan awal mendapati mangsa dan suspek tidak mempunyai hubungan kekeluargaan. Justeru, suspek dipercayai adalah teman lelaki mangsa.

"Bagaimanapun, kita masih tidak pasti sama ada tikaman pada suspek dilakukan oleh si mati atau lelaki itu cuba membunuh diri selepas membunuh mangsa," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, malam tadi.

Susulan itu, Anuar berkata, rakaman percakapan saksi diambil daripada jiran dan dua anak mangsa yang berada di dalam rumah berkenaan ketika kejadian, termasuk bagi mengenal pasti hubungan sebenar mangsa dengan suspek.

Namun, beliau memaklumkan, suspek yang juga seorang penganggur, dilaporkan telah beberapa kali mengganggu mangsa, malah pernah ditangkap polis pada bulan lalu atas kesalahan menceroboh rumah wanita itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Difahamkan, mangsa bekerja di sebuah pusat jagaan warga emas di Pasir Puteh, di sini.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2021 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Ganasnya...gaduh bertikam tikaman...anak pulak kecik lg...masalah apa ni..tp sah2 jantan tu jahat..ceroboh rmh org.xkeje....sian dkt anak.trauma la nant yg bsr tu dgr mak gaduh nangis.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
kesian ank ank.....

kecik lg pulak tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 09:21 AM | Show all posts
Apa nak jadi dengan si pelaku ni, semoga mendapat hukuman yang setimpal
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian anak2nya...diorang lihat sendiri Ibu dibunuh...trauma bebudak tu...dah la kecik2 lg
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Berkerut kening sku tgk pic mangsa
Ank2 yg jd saksi apatah lg
Trauma sepanjang hayat kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2021 09:33 AM | Show all posts
Mesti trauma budak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 09:34 AM | Show all posts
trauma la anak-anak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2021 09:36 AM | Show all posts
Yang difahamkan mangsa dah pernah buat polis report diganggu suspek.  Takde restraining order? takkan untuk sekadar record je.  Harap pihak berkuasa ambil serious kes2 macam ni.. orang jenis gila talak ni memang semacam, depa sangat possessive dan boleh buat perkara2 luar batasan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 09:37 AM | Show all posts
alahai siannya... sahih bf tu nak duit jek....
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Ngeri siot.. ada berita susulan x  ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 09:39 AM | Show all posts
stalker?

kesian anak2
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 09:49 AM | Show all posts
jgn nnt anak2 plk jadi dendam
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 09:58 AM | Show all posts
kesiannya budak2 tu..xpsl jd yatim..huhuhuhu..dh la traima..terhiris jari pon kite x sggup tgk..ni pulak kene tikam..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian kat anak2 mangsa.. Semoga budak2 ni tak trauma
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 09:59 AM | Show all posts
kesiannya anak2 kecik tu. sedihhhh trauma dan hilang ibu sebab jantan sial bunuh mak dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2021 10:04 AM | Show all posts
mangsa kerja kt rumah orang2 tua,, mesti sejenis perempuan yang penuh kesabaran ni ...

jantan yg problem kot, x kije pulak tu, nk pow duit la tu gaknye...

apa nak jadi dengan dunya sekarang ...

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya ampun obses ke ni. Kesian nye kat anak2 tgk bnde cmni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian kat anak2 yg masih kecik. Allahu
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 10:17 AM | Show all posts
Takziah. kesian pada anak2 dia
Saiko giler jantan tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.084756 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list