CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15948|Reply: 144

[Tempatan] Group parents, PIBGN minta kerajaan tutup SEMUA sekolah vs NUTP: Tutup sekolah a

  [Copy link]
Post time 20-4-2021 07:07 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 25-4-2021 08:54 AM

PIBGN cadang sekolah ditutup
MOHD HAFIZ ISMAIL | | 20 April 2021


SHAH ALAM - Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) mencadangkan Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya menutup semua sekolah buat sementara waktu.

Presiden PIBGN, Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan berkata, ia susulan peningkatan kes di beberapa negeri dan pertambahan kes melibatkan sekolah.

“Saya mohon supaya pihak bertanggungjawab menimbang cadangan ini bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19 dalam kalangan guru-guru dan pelajar. Untuk itu, jika sekolah ditutup sementara, kita harap sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dan Didik TV dilaksanakan dengan lebih sistematik.

“Langkah ini penting demi keselamatan semua pihak di sekolah terutama pelajar. Setakat ini, kita lihat sudah ada sekolah ditutup kerana peningkatan kes dan kewujudan kluster,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Pada Isnin, sebanyak 19 sekolah di Selangor diarahkan tutup bermula Selasa berikutan kewujudan kluster Covid-19, manakala semua sekolah di Miri, Sarawak juga telah diarahkan tutup selama 14 hari kerana peningkatan penularan dalam kalangan guru dan pelajar.

Mengulas lanjut, Mohamad Ali berkata, semua guru di negara ini wajar diberikan keutamaan menerima vaksin kerana bersama murid setiap hari.

“Guru-guru sebahagian daripada pasukan barisan hadapan dan saya fikir mereka ini patut diberikan keutamaan.

“Buat masa sekarang, suntikan vaksin kepada guru belum menyeluruh dan jalan terbaik untuk mengawal penularan ini adalah dengan cara menutup sekolah,” katanya.

Beliau berkata, terdapat ibu bapa yang menyatakan keresahan dan kebimbangan mereka untuk menghantar anak-anak ke sekolah selepas trend peningkatan kes dan kewujudan kluster melibatkan sekolah.

“Walaupun kebanyakan sekolah baharu sahaja kembali memulakan sesi persekolahan secara fizikal pada Mac dan April selepas hampir setahun menjalani PdPR, tetapi kes telah kembali meningkat.

“Kementerian Pendidikan, KKM dan MKN perlu segera membuat keputusan kerana kita bimbang lebih lama kita ambil masa, maka kes terus meningkat,” katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2021 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
buka tutup...tutup buka......
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboi sekolah bukan main suh semua tutup, kalai gitu tutup sekali mall , taman tema dan bazar ramadan sekali...

Memadai tutup affected school je
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai X yah tutup semua sek...ttp sek Yang Ada kes shja sudahlah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2021 07:12 PM | Show all posts
praktis sekarang tutup sekolah kes positif je
kalau nak minta tutup semua
ni mcm nak cuti2  di rumah
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak kan ceruk pulau yg takda kes pun tutup? Perangai...tgk kes la makcik..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2021 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tutup kang bising plak mak pak takde org nak jga anak, online class nyusahkan,cikgu mkn gaji buta bla bla bla
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh...korg nk perap budak2 tu sampai bila? Kalau korg rasa x selamat nk htr anak2 korg, korg peram je la anak2 korg dlm rmh..dah setahun kobis ni melanda dunia, hidup kna teruskn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2021 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala dah budak sekolah cuti tu nanti ko nak mintah WFH plak kan
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Memandai sekolah yg ada kes je lantutup.  Ke sebab nak raya ni so mak bapak ada la alasan kata kena wfh sebab sekolah tutup.  Dah dapat wfh tiba2 anak beranak dah sampai rumah atuk nenek berbuka pada 12hb May tu ye.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
ulang2 gini je la... tak selesai2 masalah. rasanya elok sekarang rombak silibus tu. tak payah panjang sangat. kurang2 kalo pdpr balik tak ada cikgu kejar silibus sampai mak pak ank stress keje ngadap phone je. kalo belajar bersemuka tak ape la nak guna silibus sekarang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa tahun 2021 ni takyah la ada exam upsr psra pt3 upkk semua tu..bagi buat spm stpm je..budak2 ni tak fokus belajar kalau asyik buka tutup sekolah mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Takkan kawasan hijau pun budak2 tak perlu sekolah. Budak2 ni kalau tak sekolah entah la kenapa kepala dorang jd lembab. Ssl2 otak tak berhubung kot sbb tak bergaul
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Karang tutup kata cikgu malas makan gaji buta pulak
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
I suke je skolah tutup..sng skit i g keje xjem..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Gitu la pusing pusing sampai ajm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2021 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 20-4-2021 07:12 PM
praktis sekarang tutup sekolah kes positif je
kalau nak minta tutup semua
ni mcm nak cuti2  di rum ...

Syyyy.ada cikgu yang terasa nanti.depa banyak kerja tawww..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 20-4-2021 07:38 PM
Bodoh...korg nk perap budak2 tu sampai bila? Kalau korg rasa x selamat nk htr anak2 korg, korg peram ...

Dah ketagih duk umah,gaji penuh.boleh join MLM,jual kosmetik,jual kuih raya..sekali sekala antar link  utube kat grup wasap,suruh murid tengok.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 08:12 PM | Show all posts
habis friska tak de kerja sekolah nanti. asyik main forum je.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa pdpr hari tu adala jgk buat a few video pendek penerangan hantar kat group kelas. Bila buka sekolah tanya siapa yg tgk video2 tu...adala dalam 4-5 org ja Yg lain2 mcm2  alasan dan sebab la diorg bagi. Telefon share la, data tak cukup. Harap jgn la pdpr lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.502490 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list