CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4306|Reply: 31

[Politik] Mahathir dan Mat Sabu ke istana, mohon menghadap Agong,Bangnon tak dapat hadir k

[Copy link]
Post time 20-4-2021 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


Mahathir dan Mat Sabu ke istana, mohon menghadap Agong
M Fakhrull Halim

Diterbitkan sejam lepas

Dikemaskini11 minit lepas


Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Amanah Mohamad Sabu hadir ke Istana Negara hari ini bagi memohon perkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Permohonan itu mereka lakukan bagi memohon Seri Paduka menamatkan darurat yang dinasihatkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, pada kadar segera.

Mereka bersama pengerusi Jawatankuasa Tamat Darurat Khalid Samad, menghantar permohonan kedua menghadap Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mempersembah memorandum mendesak darurat ditamatkan.

Surat berkenaan, diterima oleh Setiausaha Sulit Kanan Kepada Yang di-Pertuan Agong Kolonel Nazim Mohd Alim pada kira-kira 3.30 petang.

Mereka dilihat memasuki pintu pagar istana pada jam 3.15 pagi, sebelum dilihat keluar setengah jam kemudian.

Meskipun cuaca panas terik, perkarangan pintu pagar istana dipenuhi penyokong daripada parti-parti pembangkang dan NGO yang mula tiba seawal jam 2 petang. Sepasukan polis turut dilihat mengawal situasi di kawasan pintu pagar.

Antaranya penyokong daripada parti Pejuang, DAP, PKR, Muda, dan NGO.

Ada dalam kalangan penyokong yang membawa kain rentang bertulis ungkapan “Ampun Tuanku #tamatdarurat”. Sebahagian daripada mereka memegang kain rentang berkenaan dan melaungkan ungkapan sama beberapa kali.

Bagi memastikan penjarakan fizikal, satu pita kuning direntangkan tidak jauh di hadapan pintu pagar istana, dan petugas media hanya dibenarkan berada di belakang pita itu untuk mendengar sidang media.

Sidang media diadakan selepas Mahathir, Mohamad dan Khalid keluar dari istana kira-kira jam 3.45 petang.

Bercakap kepada pemberita, Khalid berharap permohonan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong dapat diberi pertimbangan.

Dia memaklumkan sekiranya cubaan kali kedua untuk permohonan menghadap masih tidak mendapat maklum balas daripada istana, jawatakuasanya itu akan datang lagi membuat permohonan berikutnya, dengan bukti-bukti yang lebih meyakinkan tentang kesan buruk yang dibawa darurat.

Kata Khalid, mereka akan menunggu dalam masa sebulan ke sebulan setengah sebelum mengambil tindakan susulan.

"Kita yakin Agong akan setuju untuk kita menghadap sebab kami wakil rakyat jelata,” katanya.

Menurut Pengarah Komunikasi Amanah itu pengisytiharaan darurat telah membawa kesan buruk daripada pelbagai sudut terutama ekonomi dan kestabilan politik.

"Kami tuntut darurat ditamatkan dan Parlimen dibenar bersidang seperti biasa," katanya.

Surat permohonan menghadap yang pertama diserahkan pada 26 Mac lepas.

Turut hadir di pekarangan Pintu 3 Istana Negara ialah Presiden Pejuang Tanah Air (Pejuang) Mukhriz Mahathir, beberapa ahli parlimen pembangkang serta beberapa wakil parti pembangkang.

Antara mereka, Marzuki Yahya, Amiruddin Hamzah, Khairuddin Abu Hassan, Ulya Aqamah Husamudin, Abu Hafiz Salleh Hudin dari Pejuang; Tian Chua, Maria Chin Abdullah, Sim Tze Tzin, Fahmi Fadzil dari PKR; Hannah Yeoh, Lim Lip Eng, Teresa Kok dari DAP.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim bagaimanapun tidak hadir kerana berada di Port Dickson.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-4-2021 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts


Orang Melayu mula marah kepada istana - Mahathir

M Fakhrull Halim

Diterbitkan 5 jam lepas

Dikemaskini3 jam lepas

Orang Melayu mula menunjukkan rasa marah kepada istana gara-gara pelaksanaan darurat di negara ini, kata Dr Mahathir Mohamad.

Menurut bekas perdana menteri itu,orang Melayu menzahirkan rasa marah di media sosial kerana menderita akibat pelaksanaan darurat, yang diwartakan selepas Yang di-Pertuan Agong mendapat nasihat daripada perdana menteri.

Katanya, kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mungkin menyampaikan maklumat yang tidak cukup kepada Seri Paduka sehingga membawa kepada pengisytiharan itu, sedangkan Yang di-Pertuan Agong merupakan pihak yang menjadi sasaran kemarahan rakyat terhadap tindakan kerajaan.



"Segalanya diletak di bahu Agong (seolah-olah) apa jua tindakan dikatakan atas arahan Agong.

"Orang Melayu biasa tak derhaka pada raja. Tapi sekarang ni terpaksa sampaikan pada setiausaha sulit (kepada Yang di-Pertuan Agong) bahawa orang Melayu mula rasa marah pada raja.

"Kita dapat ikuti dalam media sosial.

"Ini sangat tidak biasa untuk orang Melayu menentang pemerintah kami.

"Agak ramai orang Melayu marah sekarang, kerana mereka menderita akibat darurat ini," katanya.

Dia berkata demikian pada sidang media Jawatankuasa Merayu Penamatan Proklamasi Darurat, di hadapan pintu pagar Istana Negara hari ini.



Dr Mahathir bersama pengerusi jawatakuasa itu Khalid Samad dan Presiden Amanah Mohamad Sabu masuk ke istana pada jam 3.15 petang untuk memohon menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memperkenankan penamatan darurat, dan keluar setengah jam kemudian.

Jawatankuasa itu sebelum ini pernah menghantar memorandum pertemuan poertama untuk mohon meghadap pada 26 Mac, tetapi menurut Khalid, beklm ada maklum balas diterima daripada pihak istsna.

Kata Mahathir, cara pewartaan darurat Jan lalu oleh kerajaan menunjukkan seolah-olah segala pelaksanaan mengenainya adalah dibuat atas perintah Yang di-Pertuan Agong.

Oleh demikian, ini membawa kepada keadaan bahawa setiap kritikan dan kemarahan rakyat terhadap pelaksanaan darurat ditafsirkan sesetengah pihak sebagai tindakan menderhaka.

Maka sebab itulah, kata Mahathir, penting untuk sentimen rakyat disampaikan kepada Seri Paduka.

"Adalah penting untuk ini (sentimen rakyat) disampaikan kepada Agong. Jika tidak, mereka (kerajaan) mungkin melakukan sesuatu yang boleh menambahkan lagi kemarahan rakyat," katanya.

Pelaksanaan darurat terbaru berkuat kuasa dari 11 Jan hingga 1 Ogos ini, diwartawakan setelah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menghadap Yang di-Pertuan Agong dan menasihati baginda akan keperluan pelaksanannya bagi membendung penularan Covid-19.



Gara-gara itu, Muhyididn berdepan kritikan hebat daripada kerajaan serta sekutu kerajaan seperti Umno yang menggesanya agar menasihat Yang di-Pertuan Agong untuk membuka kembali Parlimen bagi memberi ruang ahli Dewan Rakyat bersidang.

Lebih-lebih lagi setelah Seri Paduka Baginda pada Feb bertitah bahawaparlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasapada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh baginda, atas nasihat perdana menteri.

Turut hadir, tokoh pembangkang seperti Mukhriz Mahathir, Marzuki Yahya, Amiruddin Hamzah, Khairuddin Abu Hassan, Ulya Aqamah Husamudin dari Pejuang; Tian Chua, Maria Chin Abdullah, Sim Tze Tzin, Fahmi Fadzil dari PKR; Hannah Yeoh, Lim Lip Eng, Teresa Kok dari DAP.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim bagaimanapun tidak hadir kerana berada di Port Dickson.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Event penting camni bole plak si gay kertu ni bercikcur di pd.haha.byk main la org tua ni.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat jelata nak marah apanya darurat ni sbb darurat ni tade apa pun. Blh je lpk mamak smpi subuh
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Jagong pun dah kena maki2...buat Darurat bagai...impak pada ekonomi dan Covid xda
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi ypda tak kesah pun bila hal2 agama Islam diasak pehak luar . Cuma nampak sultan johor aje yg gigih bersuara .
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2021 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Bang non dah pandai. X perlu tunjuk langsi depan isyana. Cukup bulan 8 terus henjut tuka gomen. Kawtim dengan team wak n co. Kalau dia pegi pun nampak sangat dia desperate. Hanta balaci sudaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 20-4-2021 11:22 PM

Dahhh.....guna 'Orang Melayu' pulak ...mmmmm......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2021 10:00 PM | Show all posts
orang melayu marah sebab ekonomi je kalau tukar atuk jadi PM sekalipun tetap sama pi mai pi mai tang tu boboi juga kaya raya , orang melayu di cakap pemalas. orang melayu ingat apa atuk ucap. so no more vote for atuk.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam la jauh dari PD ke KL tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Atok ni bila nk “pergi”? Xde pulak org melayu marah. Marah sbb isu vaksin jah. Darurat parlimen ni hmm marah pon buat perabis boreh yo. Tukar ph lg bangsat.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Boooo mahatipu
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Hantar memorandum, petik nama melayu. Dah naik nanti, cakap melayu ni pemalas. Kesian murayu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
At least tun pegi jugak.. Yg lain tu ade bran ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Gunakan lg nama melayu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2021 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dess402 at 20-4-2021 11:56 PM

Malas aku nak layan tua kutuk ni .




Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah bape kali si abam non memungkir kan janji. Ari tu ms kat parliment kata nk lawan usul yg dibentangkan.. Alih2 hilang.. X dtg... Abam non x macho langsung.. Nak lawan.. Lawan je la..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Abahmung replied at 20-4-2021 09:20 PM
Orang Melayu mula marah kepada istana - Mahathir

M Fakhrull Halim

Sampai keluar hash Dengkike ....
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga bangmat tak sesat dan jumpa pintu keluar #takdengki
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.442321 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list