View: 35595|Reply: 258
|
Fattah Amin kini bergelar pengacara.
[Copy link]
|
|
Edited by piao at 21-4-2021 08:08 AM
FATTAH Amin kini bergelar pengacara.
Kuala Lumpur: Selepas hampir 10 tahun bergelar pelakon, Fattah Amin kini mengorak langkah dalam bidang pengacaraan.
Fattah buat pertama kalinya bergelar pengacara dalam program realiti berjudul Sukses 4.0.
"Ketika menerima tawaran ini, saya tidak mengambil masa lama untuk membuat keputusan. Saya terima tawaran ini sebagai peluang baru untuk saya ceburi selepas hampir sedekad berada dalam industri hiburan.
"Walaupun sedar tanggungjawab yang dipikul ini tidak mudah, tapi saya cuba sehabis baik untuk memastikan segala perkongsian dapat disampaikan secara jelas dan bersahaja.
"Setakat ini, saya tidak hadapi sebarang kesukaran, cuma saya perlu pastikan pembabitan saya sebagai pengacara dapat diterima ramai," katanya.
Menurut Fattah, beberapa hari sebelum penggambaran bermula, dia ada menghubungi pengacara terkenal Datuk Aznil Nawawi atau Paknil bertanyakan mengenai teknik pengacaraan.
"Kerjaya ini masih baru bagi saya. Namun, saya tiada masalah untuk bermula dari bawah.
"Setiap orang melalui proses pembelajaran dan pengalaman untuk menjadi lebih baik. Namun, sebagai persiapan saya ada bertanya kepada Paknil sebelum memasuki set penggambaran hujung bulan lalu.
"Alhamdulillah banyak tips dan ilmu baru saya pelajari dengannya. Dia sangat positif dan tidak lokek berkongsi pengalaman dimiliki," katanya.
Program Sukses yang dibawakan SME Bank kini muncul dengan jenama Sukses 4.0. Berbeza dengan tiga musim lalu, Sukses 4.0 kini tampil dengan konsep realiti bagi mencungkil bakat usahawan era pemasaran digital.
Program terbitan Medyavizyon Sdn Bhd itu bertujuan mencungkil bakat usahawan dalam kalangan individu yang baru menubuhkan syarikat, usahawan muda dan mereka yang mempunyai idea perniagaan menarik.
Bakal bersiaran selama 13 episod di Astro Awani pada awal Jun ini, seramai 10 peserta bakal mengharungi cabaran setiap minggu dan akan diadili oleh empat juri tetap.
Sumber:https://www.hmetro.com.my
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
pengacara lagi bagus xpyh belakon2 lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Org herlokkk, kayu cendana atas pentas pon xpe, org mesti sukaa |
|
|
|
|
|
|
|
sauk jelah job yang ada kang klo x kerja kang org kata bewak mkn duit bini |
|
|
|
|
|
|
|
bagus dia ni suka tengok dia bergaul dgn orang bijak pandai macam dr sheikh muzaffar, paknil dan businessman yg berjaya |
|
|
|
|
|
|
|
Fattah ni lenggok badan die pemalas..lepas tu mengulum huruf, for me tak sesuai..mungkin ade perubahan xtahula..
Pengacara die kena energatic cth mcm awal aznil alif..dorang bila bercakap penuh intonasi dgn memek muka. Bila menyampaikan sesuatu dorang faham ape maksud setiap word.. |
|
|
|
|
|
|
|
bamtah mmg xde bff lelaki sejati ke among actors? x pernah nmpak heshe lepak2 or main futsal ke dgn geng2 lelaki..selalu dgn bini and kawan2 separa lelaki bini dia tu |
|
|
|
|
|
|
|
slama ni binik dia ke nangung dia?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by missHaidiD at 21-4-2021 09:22 AM
piao replied at 21-4-2021 09:10 AM
slama ni binik dia ke nangung dia?
Bkn bamtah.bamtah ada keja ada cafe. Otak pun bole tahan bijak.. Ni cite couple kepam dok kt colombia sana. |
|
|
|
|
|
|
|
dia jadi duta, banyak juga dia dapat dengan busines meat cartel lagi... dia buat kerja senyap2 dan tak suka tunjuk dan update sangat...
|
|
|
|
|
|
|
|
faz dulu pun mengacara.
suka tgk sbb memang berbakat selain dari acting.
now Fattah pun blh je try.
bakat blh di cungkil. |
|
|
|
|
|
|
|
kdamat replied at 21-4-2021 09:19 AM
dia jadi duta, banyak juga dia dapat dengan busines meat cartel lagi... dia buat kerja senyap2 dan ...
Dia bkn gila perhatian kan.
Agak2 apa tema baju raya fmly wangi bamtah thn ni. Fatima pakai baju kurung ke
|
|
|
|
|
|
|
|
cicicumel replied at 21-4-2021 09:05 AM
bamtah mmg xde bff lelaki sejati ke among actors? x pernah nmpak heshe lepak2 or main futsal ke dgn ...
Mestilah ada....alvin, aizat, mel, ajim....gang2 study kat UUM tu lagi. Dia kan introvert. Mana nak huha sgt. Mcm laki aku, kawan baik seketul dua je. Dgn kawan2 aku, dia boleh jer masuk....tapi bukak mulut bila perlu jerlah. |
|
|
|
|
|
|
|
Fattah Amin kini bergelar pengacara program Realiti TV Astro
Kuala Lumpur: Selepas hampir 10 tahun bergelar pelakon, Fattah Amin kini mengorak langkah dalam bidang pengacaraan.
Fattah buat pertama kalinya bergelar pengacara dalam program realiti berjudul Sukses 4.0.
"Ketika menerima tawaran ini, saya tidak mengambil masa lama untuk membuat keputusan. Saya terima tawaran ini sebagai peluang baru untuk saya ceburi selepas hampir sedekad berada dalam industri hiburan.
"Walaupun sedar tanggungjawab yang dipikul ini tidak mudah, tapi saya cuba sehabis baik untuk memastikan segala perkongsian dapat disampaikan secara jelas dan bersahaja.
"Setakat ini, saya tidak hadapi sebarang kesukaran, cuma saya perlu pastikan pembabitan saya sebagai pengacara dapat diterima ramai," katanya.
Menurut Fattah, beberapa hari sebelum penggambaran bermula, dia ada menghubungi pengacara terkenal Datuk Aznil Nawawi atau Paknil bertanyakan mengenai teknik pengacaraan.
"Kerjaya ini masih baru bagi saya. Namun, saya tiada masalah untuk bermula dari bawah.
"Setiap orang melalui proses pembelajaran dan pengalaman untuk menjadi lebih baik. Namun, sebagai persiapan saya ada bertanya kepada Paknil sebelum memasuki set penggambaran hujung bulan lalu.
"Alhamdulillah banyak tips dan ilmu baru saya pelajari dengannya. Dia sangat positif dan tidak lokek berkongsi pengalaman dimiliki," katanya.
Program Sukses yang dibawakan SME Bank kini muncul dengan jenama Sukses 4.0. Berbeza dengan tiga musim lalu, Sukses 4.0 kini tampil dengan konsep realiti bagi mencungkil bakat usahawan era pemasaran digital.
Program terbitan Medyavizyon Sdn Bhd itu bertujuan mencungkil bakat usahawan dalam kalangan individu yang baru menubuhkan syarikat, usahawan muda dan mereka yang mempunyai idea perniagaan menarik.
Bakal bersiaran selama 13 episod di Astro Awani pada awal Jun ini, seramai 10 peserta bakal mengharungi cabaran setiap minggu dan akan diadili oleh empat juri tetap.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by kdamat at 21-4-2021 09:33 AM
Menurut Fattah, beberapa hari sebelum penggambaran bermula, dia ada menghubungi pengacara terkenal Datuk Aznil Nawawi atau Paknil bertanyakan mengenai teknik pengacaraan.
"Kerjaya ini masih baru bagi saya. Namun, saya tiada masalah untuk bermula dari bawah.
"Setiap orang melalui proses pembelajaran dan pengalaman untuk menjadi lebih baik. Namun, sebagai persiapan saya ada bertanya kepada Paknil sebelum memasuki set penggambaran hujung bulan lalu.
"Alhamdulillah banyak tips dan ilmu baru saya pelajari dengannya. Dia sangat positif dan tidak lokek berkongsi pengalaman dimiliki," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
GOOD JOB... ALL THE BEST FA |
|
|
|
|
|
|
|
i rasa tak nokkk.. sbb dia ada kedai makan kan.. meat cartel kalau tak silap
|
|
|
|
|
|
|
| |
|