CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1191|Reply: 0

Suzuki sah kekal bersaing di MotoGP

[Copy link]
Post time 22-4-2021 05:32 PM | Show all posts |Read mode


SUZUKI melakar kejutan musim lalu apabila muncul juara dalam kategori pengeluar dan pelumba pada musim lalu. – AFP

Suzuki sah kekal bersaing di MotoGP

LONDON – Suzuki Motor Corporation (SMC) mengumumkan secara rasmi apabila mereka sah melanjutkan komitmen mereka dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) bagi tempoh lima tahun lagi sehingga 2026.

Pasukan tersebut menandatangani kontrak dengan Dorna Sports sekali gus bertekad untuk mencatat sejarah dalam perlumbaan itu selepas musim lalu pelumba terbaiknya, Joan Mir me-lakukan kejutan meraih gelaran dunia pertama dalam perlumbaan MotoGP.

Selama 40 tahun dalam kancah perlumbaan, Suzuki memenangi enam gelaran kelas perdana menerusi Barry Sheene (1976-1977), Marco Lucchinelli (1981), Franco Uncini (1982), Kevin Schwantz (1993) dan Kenny Roberts Jr (2000).

Pada 2011, Suzuki membuat kejutan apabila menarik diri dalam saingan MotoGP selepas mengalami masalah kewangan. Bagaimanapun, pada 2015, Suzuki kembali bersaing dalam perlumbaan MotoGP.

Ketika ini, Suzuki adalah pengeluar kelima yang menandatangani perjanjian lima tahun bersama Dorna dan hanya pasukan Aprilia belum melanjutkan kontrak kerana baki kontrak pasukan Itali itu hanya akan -berakhir pada musim 2022.

Suzuki adalah pengeluar kelima yang menandatangani perjanjian lima tahun baharu penganjur MotoGP, Dorna.

“Suzuki Motor Corporation, berasa bangga dapat meneruskan persaingan dalam perlumbaan MotoGP untuk tahun-tahun mendatang. Pasukan ini sentiasa mempunyai impian untuk mencabar dan menilai prestasi sendiri ketika bersaing dalam perlumbaan kompetitif seperti MotoGP.

“Kami memulakan perjalanan baharu ini pada tahun 2015 dan hanya dalam enam tahun kami meraih gelaran dunia dan pasti kami masih dahagakan lebih ba-nyak kejayaan.

“Atas sebab-sebab ini kami te-lah memperluas perjanjian kami dengan Dorna dengan harapan dan komitmen untuk meneruskan pembangunan jentera Suzuki dan syarikat,” kata ketua projek Suzuki Shinichi Sahara.
– AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:51 AM GMT+8 , Processed in 0.207083 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list