CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 701|Reply: 0

Perak tiada mentaliti kemenangan

[Copy link]
Post time 22-4-2021 05:33 PM | Show all posts |Read mode

PERAK FC gagal untuk mengutip mata penuh dalam setiap aksi mereka ekoran sentuhan penyudah yang tumpul serta masalah kecederaan yang membelenggu. – FB PERAK FC

Perak tiada mentaliti kemenangan


KETUA jurulatih Perak FC, Chong Yee Fatt menganggap para pemainnya tidak memiliki mentaliti kemenangan menyebabkan mereka gagal mengutip mata -penuh dalam beberapa perlawanan lalu.

Menurutnya, skuad kendaliannya sentiasa berjaya menguasai permainan, namun mereka gagal untuk memenangi perlawanan ekoran banyak peluang yang terhasil gagal disudahkan dengan baik.

“Kegagalan menyudahkan peluang-peluang yang dimiliki meletakkan pasukan dalam ke-sukaran dan meningkat tekanan kepada barisan pemain pertahanan.

“Para pemain sesetengahnya seperti tidak memiliki semangat dan keyakinan diri untuk beraksi dan mencari kemenangan dalam perlawanan yang dihadapi,” -katanya.

Selain masalah kewangan yang membelenggu pasukan itu, Yee Fatt mengakui Perak FC juga turut berdepan masalah kece-deraan para pemain menyebabkan mereka gagal menyenaraikan skuad terkuat dalam setiap aksi.

“Memang banyak masalah tetapi yang utama ialah kecede-raan. Saya tidak dapat menurunkam kesebelasan utama ke-rana ramai yang cedera.

“Saya cuma ada 12 pemain yang sihat manakala yang lain cedera menyebabkan saya tidak punyai banyak pilihan,” tambah Yee Fatt.

Katanya, situasi itu menyebabkan beliau terpaksa memanggil khidmat beberapa pemain muda untuk beraksi bersama skuad senior sekali gus menyebabkan Perak FC gagal untuk mempamerkan kekuatan sebenar.

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.182551 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list