Afeef Faeq Khan tersenyum dapat menikmati tosei masakan Vanitha, 71, untuk berbuka puasa. FOTO Bernama
Kangar: Waktu menghampiri senja, kelihatan seorang wanita tua berbaju punjabi rona biru muda memetik daun kari di hadapan rumahnya dalam keadaan tergesa-gesa.
Tidak lama kemudian M Vanitha, 71, terus menuju ke dapur untuk menyediakan tose dan kuah dal untuk cucu bongsunya, Afeef Faeq Khan Affendi Rajini Kanth, 10, yang bertandang ke rumahnya di Taman Kangar di sini untuk berbuka puasa.
"Tose panas hanya boleh dimasak lima minit sebelum waktu berbuka bagi mengekalkan kelazatannya. Biarpun letih perlu memasak tose satu persatu di atas dapur gas, ia tidak seletih Afeef yang berpuasa sepanjang hari," katanya kepada Bernama baru-baru ini sambil mengusik cucunya yang sedang berehat di ruang tamu.
Vanitha yang mesra disapa 'Atta' (nenek) berkata cucunya yang berdarah campuran Melayu-India itu amat menggemari tose panas yang ditabur gula dan minyak sapi dimakan bersama kuah dal istimewa air tangan neneknya itu.
Katanya, walaupun kudratnya tidak sekuat dahulu, tetapi sebaik mengetahui anaknya dan keluarga akan berbuka puasa di rumahnya, dia gagahkan diri untuk menyediakan hidangan kegemaran cucunya itu dan gembira dapat makan bersama-sama, malah turut menyuapkan Afeef tose panas itu.
Vanitha yang tinggal bersendirian selepas kematian suami berkata walaupun berbeza agama, ia tidak menjadi penghalang untuknya menyediakan juadah berbuka setiap kali Ramadan kerana gembira dapat merasakan kemeriahan berbuka puasa bersama anak, menantu dan cucunya itu.
Nenek kepada tujuh cucu itu juga akan memandu dan menghantar masakan tradisional itu kepada tiga cucunya yang lain turut menggemari hidangan tose itu di Taman Masmuda Kangar, kira-kira lima kilometer dari rumahnya hampir setiap minggu.
Sementara itu, Afeef berkata keenakan tose neneknya itu tiada tandingan dan beliau boleh menghabiskan tiga keping tose berinti gula dan minyak sapi bersama kuah dal sewaktu berbuka tanpa menjamah makanan lain.
"Rasa sangat sedap, lembut dan rasa nak lagi bila makan tose Atta buat...selalu Afeef nak datang sini makan dengan Atta dan mahu Atta suapkan," katanya.
Post time 22-4-2021 10:24 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Senang je buat tose. Buat kat rumah dpt size pinggan je. Penyediaannya sgt bersih sebab langsung tak guna tangan. Tu pasal kalau gi kedai mamak aku order tosei dari roti canai.
nampak muda yach nek vanitha. tak ropa 71 sangat pon. tak macam nek enjut tu dah memang ropa nenek tapi gegeh tak ngaku diri tu nenek suroh panggil umi bukan nanny sebab terasa tua?