CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5284|Reply: 4

Proses dan Harga Pemandulan Kucing Betina

[Copy link]
Post time 23-4-2021 03:16 AM | Show all posts |Read mode
Edited by orangbiasaje at 7-5-2021 09:18 PM

Pengkasian atau pemandulan kucing betina merupakan sesuatu yang masih baru bagi saya. Proses pemandulan Aira, kucing betina saya yang sudah menginjak usia 5 bulan membuatkan saya risau berikutan banyak kucing jantan liar yang berkeliaran di luar rumah. Dengan sokongan doktor haiwan serta memikirkan kebaikan jangka masa panjang, saya memutuskan untuk melakukannya untuk Aira. Berdasarkan pengalaman saya ini, mungkin sesuai untuk saya kongsikan agar lebih ramai peka serta tahu akan proses serta kos pemandulan seekor kucing betina.

Terdapat pelbagai khilaf dan perbezaan pendapat mengenai pengkasian haiwan. Ada yang mengatakan haram, ada yang mengatakan harus.  Terdapat satu poster keluaran JAKIM yang dipaparkan di klinik haiwan  yang menguatkan lagi keputusan saya:




Berikut adalah apa yang perlu disediakan :

Sebelum pemandulan:
  • Pastikan kucing anda telah menerima 3 vaksin utama. Pengkasian boleh dilakukan seawal 2 minggu selepas vaksinasi yang ketiga.
  • Pastikan kucing anda mempunyai berat melebihi 3kg.
  • Kucing anda harus berpuasa makan dan minum sekurang-kurangnya 8 jam sebelum dihantar untuk pengkasian.
Semasa sebelum pemandulan:
  • Berikan kucing anda peluang untuk  berehat semalamam di klinik (warded).
  • Sediakan wang untuk pengkasian. Kos untuk kucing betina dengan kucing jantan adalah berbeza. Ikut pengalaman  saya, kos pengkasian di Klinik Haiwan Dkaz, Bukit Emas (sekitar Mac 2021), adalah dalam RM140.
  • Belikan kon kepala atau baju selepas pembedahan untuk kucing anda, supaya dia tidak menjilat luka pembedahannya, yang boleh menyebabkan jangkitan kuman.
  • Beli atau sediakan paper litter atau carikkan suratkhabar sebagai ganti pasir tandasnya. Hal ini kerana perlu elak mengguna pasir biasa selama dua minggu selepas pembedahan.
  • Belikan sangkar atau sediakan tempat kurungan kecil agar kucing anda tidak terlalu rancak atau ligat, yang boleh menyebabkan jahitan luka terbuka. Ini boleh mengancam nyawa kucing anda.
Selepas pemandulan:
  • Pastikan kucing anda dikuarantin sekurang-kurangnya 2 minggu, sebaiknya sehingga jahitan terlerai sendiri dan luka bercantum semula.
  • Sekiranya terdapat sebarang  tanda-tanda sakit seperti cecair keluar dari tempat luka, tidak membuang air lebih 48 jam, bawa kucing anda bertemu doktor haiwan segera.
  • Seandainya anda mengalami kesukaran untuk pergi ke klinik haiwan, sila minta ubat-ubatan di bawah sebaik sahaja mengambil kucing anda dari klinik selepas pengkasian. Ubat-ubatan ini boleh membantu memberi rawatan segera di rumah tanpa perlu menunggu klinik dibuka:
    • Ubat cuci luka
    • Krim luka
    • Laxative / pelembut najis beserta syringe
    • Makanan restorative care / recovery ( berbentuk mousse , mudah ditelan dan dihadam sewaktu kucing sakit)
  • Pastikan kucing anda tidak terlalu tertekan, namun pada masa yang sama tidak terlalu bebas, agar proses penyembuhan berjalan lancar.
Semoga berjaya!






Sumber - norliana.com







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2022 03:40 AM | Show all posts
terima kasih kerana tips ini
ya org kita perlu fikir untuk buat sebegini untuk mengelakkan dari terjadinya stray kittens and cats
poor then, living in cat-poverty and not beig loved and cared for and exposed to attacks from dogs and beingrun over by cars.

people should consider after giving their female cats a chance at motherhood once, then to consider spaying
ini adalah humane

jazakillah and wassalam

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2022 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 24-1-2022 03:40 AM
terima kasih kerana tips ini
ya org kita perlu fikir untuk buat sebegini untuk mengelakkan dari terj ...

Terima kasih sbb baca
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 05:20 AM | Show all posts

sama2
sy peminat tegar kucing
teruslah berforum dalam board ini
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 10:29 AM | Show all posts
thanks for the info,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.062495 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list