CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1587|Reply: 1

KL City mahu tambah derita Harimau Selatan

[Copy link]
Post time 30-4-2021 11:46 AM | Show all posts |Read mode

Bojan berharap pasukannya dapat memberi yang terbaik dalam usaha menambah derita buat Harimau Selatan malam ini.


KL City mahu tambah derita Harimau Selatan

PASUKAN Kuala Lumpur City (KL City) sedikit tempang apabila menerima kunjungan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Kuala Lumpur, Cheras malam ini selepas kehilangan penyerang utama, Dominique Da Sylva ekoran kecederaan.

Dominique terpaksa disisihkan sekurang-kurangnya tiga perlawanan liga kerana mengalami kecederaan ligamen kaki dan diarahkan oleh pegawai perubatan pasukan untuk berehat selama tiga minggu.

Perkara itu disahkan oleh ketua jurulatih KL City, Bojan Hodak yang percaya pasukannya terpaksa bergantung harap kepada pemain yang bukan secara semula jadinya beraksi di posisi penyerang.

“Dominique memang pemain cukup penting kepada pasukan kerana tanpa dia, kami tidak ba-nyak pilihan selain Romel Morales, namun dia lebih sesuai bertindak selaku perancang di belakang penyerang.

“Bagaimanapun, saya mungkin menimbangkan untuk meletakkan Safee Sali dalam kese-belasan utama atau mana-mana pemain di bahagian tengah yang boleh bertindak selaku penye-rang seperti Paulo Josue,” kata-nya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Bojan berharap pasukannya dapat memberi yang terbaik dalam usaha menambah derita buat Harimau Selatan pada pertemuan ini selepas skuad kendalian Benjamin Mora itu tewas mengejut kepada Terengganu FC (TFC) minggu lalu.

“Mengenai aksi bertemu JDT, saya percaya mereka pasti hadir ke sini dengan motivasi yang lebih bersemangat selepas kalah tempoh hari tetapi pada masa sama pasukan harus menyahut cabaran ini.

“Ini kerana pasukan lawan akan merasai tekanan dan situasi itu adalah normal dalam bola sepak tetapi kami akan cuba yang terbaik berikan saingan kepada JDT,” katanya.

SUMBER:https://www.kosmo.com.my/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2021 06:43 PM | Show all posts
nice one,, check out these awesome properties listed
Assetz 63 Degree East Sarjapur Road, Bangalore | Price & Reviews https://www.homes247.in/property ... tz-63-degree-east-5
Durga Petals Apartments Mahadevapura, Bangalore | Price & Reviews https://www.homes247.in/property ... ura/durga-petals-20
Klassik Landmark Sarjapur Road, Bangalore | Price and Reviews https://www.homes247.in/property ... klassik-landmark-47

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.059170 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list