CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6385|Reply: 55

Ngo oh ngo

[Copy link]
Post time 11-5-2021 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
TEKNIK-TEKNIK BUAT DUIT DENGAN NGO UNTUK KAU JADI KAYA!

Korang perasan tak, dah makin ramai orang buat NGO. Korang juga perasan tak, orang yang run NGO ni biasanya takda kerja tetap, tapi survive je. Mana diorang dapat duit?

Sebenarnya, bukan tunggang agama je boleh buat duit. Tunggang NGO pun boleh buat duit. Sebab tu kau perasan ramai yang all out kutip derma, sampai sanggup tekan ads, billboard, dan bayar iklan masuk media. Sampai ada yang sanggup berhenti kerjalah, full time dengan NGO dia!

Korang tau tak yang bank negara (BNM) allow mana-mana NGO collect derma dan ambil up to 30% dari duit derma sebagai charge pengurusan. Kalau kau berjaya collect RM100k, kau boleh guna RM30k sebagai pengurusan. Begitulah seterusnya.

Bila NGO tu kau yang control. Kau CEO, kau founder, kau pengerusi. Mestilah kau ada kuasa penuh. Hujah biasa puak ni, orang derma atau infaq disebabkan dia. Orang pecaya dia.

Berikut cara mereka bikin wang dengan NGO!

1. GAJI.

Kutip derma atau infaq. Set gaji or elaun sendiri, masuk dalam charge pengurusan.

Dengan charge pengurusan nilah, kau boleh bayar sewa pejabat, bayar gaji crew dan juga gaji kau! Kau dibayar untuk buat baik. Benda yang kau suka. Bukan susah kan? Ada NGO yang kaya collect derma letak gaji RM20k tau dekat pengerusi dia!

2. SUPPLIER.

Kutip derma atau infaq. Kau sendiri jadi supplier.

Kau buat announcement yang kau nak sedekah facemask dekat B40 dari PPR. So kau cari orang nak infaq or derma. Kau sendiri supplier. Lepas dah collect duit derma dan infaq tu, NGO kau beli dekat kau facemask tu full price. So, kau dapat sales.

3. KRONI.

Kutip derma atau infaq. Kroni kau yang supply. Kau cashout tepi.

Kau minta derma untuk buat rumah asnaf, duit dah dapat. Kau lantik kawan kau jadi kontraktor. NGO kau bayar dia, dia kasi kau 10%!

4. BUAT PROGRAM BISNES.

Kau guna NGO kau buat program waqaf sambil berbisnes.

Dia kumpul orang, collect sorang RM1000 untuk beli ayam serama, jadi return 50/50. 50% ke asnaf, 50% ke pelabur. Kalau fail, dia akan return 50%. Beramai-ramailah masuk sebab nak tolong asnaf. Dia tak buat pun bisnes tu. Dia ambil 50%, dia return 50% seperti dalam agreement.

5. 100% KEUNTUNGAN UNTUK INFAQ!

Kau declare yang 100% keuntungan bisnes kau, akan kau infaq ke NGO kau.

Jadi beramai-ramailah orang membeli di kedainya. Walhal dia dah set gaji dia berpuluh ribu. Cover semua cost dah. Untung RM10, bagi semua RM10 pun kira 100% juga.

6. INVESTMENT UNTUK ASNAF.

Kau collect derma untuk NGO kau, kata kau akan invest dalam business. Nanti pulangan, boleh bagi dekat asnaf di bawah NGO.

Dia invest dekat company dia sendiri, or kroni-kroni dia. Bila rugi, dia cakaplah, investment mana ada janji untung. Itu riba. Ada yang lagi hampeh, dia buat main saham.

7. BELI HARTA UNTUK NGO.

Kau collect derma atau infaq untuk NGO kau, kau beli harta kau sendiri untuk cashout.

Kau ada van buruk. Kau sesak nak duit. So, kau collect derma untuk beli van kau yang kalau kau jual sendiri, takda siapa nak beli. Jadi kau guna power kau untuk NGO kau beli van buruk kau. Kautim!

8. LANTIK SYARIKAT SENDIRI.

Kau sebagai founder NGO kau, kau lantik kedai runcit kau jadi food bank orang miskin.

Siapa bayar kedai runcit tu? NGO tula bayar. Kau jangan pelik, walaupun kedai runcit tu kosong, tak meriah. Tapi nanti sales dia berpuluh juta! Semua salea itu dari NGO yang dibayar dengan duit derma  atau infaq korang.



Setakat ni 8 style ni la yang aku kesan. Kalau ada lagi, korang tambahlah. Sebab itu korang jangan pelik puak ni sanggup ni buat team publisiti ramai-ramai, dengan cameraman, soundman, content writer, video editor, designer. Siapa bayar semua tu? The more donation coming in, the merrier the NGO pocket.

Kalau dapat RM100,000, RM30,000 kau boleh enjoy as operation. Kalau kau dapat collect RM1,000,000, RM300,000 kau ambil. Kalau kau dapat collect RM100,000,000, RM30,000,000 kau boleh enjoy dengan NGO kau.

Ia legal dan tak salah di sisi undang-undang. Sebab itu makin ramai buat. Kerja senang bro. Bukan duit kau. Orang bayar kau untuk kau buat baik. Kau dapat duit, kau nampak baik.

Cuma aku tertanya-tanya, masa kau buat derma atau infaq tu, kau memang dah redha ke RM100 kau nak bagi dekat asnaf tu, hanya sampai RM70? RM1,000 kau tu sampai kat asnaf RM700 je. Ke korang tak tau?

Kau jangan terkejut orang yang run NGO kaya ni, dia jadi kaya raya rasanya sebab duit derma tu je. Ada yang sampai kahwin 2,3. Entah berapalah gaji dia set dekat diri dia. Kita tak boleh lepas ke situ. Unless MA (management account) dia terbocor lah.

Ada yang lebih traditional, door to door kutip derma, tunggu dekat bank, mall. Korang ingat diorang fi sabi lillah? Tidak. Ada komisen diorang nanti. 30% ma, pandai-pandailah bedak-bedak nanti. Setiap orang orang ada bahagian masing-masing.

Jadi, kau jangan pelik boss-boss NGO ni rilex je full time dengan NGO. Hidup steady, kereta steady, berjalan oversea. Sebab semuanya sudah ditanggung. Mereka dibayar untuk buat perkara yang mereka suka.

Siapa yang tak suka hulur derma tapi dapat gaji? Kau pun nampak baik..

C&P

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2021 08:55 AM | Show all posts
Bukan ke kalau kita ada Yayasan sendiri pun mcm ni jugak system dia kan..contoh mcm Wak Jahid ada Yayasan akal budi tu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 09:33 AM | Show all posts
udah beribu yayasan dan badan dalam malaysia ni
semua perangai lebih kurang gini je
tak payahla nak derma kat diorg ni semua
pegi je bayar zakat kat badan zakat
atau pegi direct kat rumah org tua atau anak yatim atau cari sendiri org miskin nak sedekah sangat

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Pergh tt..hangin jerk bc.. senang kn mcm ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2021 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Boomibulat replied at 11-5-2021 08:55 AM
Bukan ke kalau kita ada Yayasan sendiri pun mcm ni jugak system dia kan..contoh mcm Wak Jahid ada Ya ...

Yes sama je kutip derma demi kepentingan sendiri yg diutamakan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2021 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
MissyMolly replied at 11-5-2021 10:00 AM
Pergh tt..hangin jerk bc.. senang kn mcm ni

Yes...ini termasuklah ngo2 dr so called ustaz tu..biz sendu je tp masyuk ke sana sini menolong orang. depa bukan tolong saja2 tp depa nak nama demi melonjakkan lg kutipan dana ngo/yayasan mereka..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2021 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus info ni. Saya suka. Yg penting gaji yg diterima tu dia bayar zakat dan cukai.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Eliadaisy83 replied at 11-5-2021 10:15 AM
Yes...ini termasuklah ngo2 dr so called ustaz tu..biz sendu je tp masyuk ke sana sini menolong ora ...

Err tu la ad baca kalau kita ckp ttg ust yg sama lah.. dia nk tolong kes2 yg ad potensi utk viral jah.. kes yg so2 tak dilayan pun.

Jika benar, nape la gitu. Takpe la kat dunia ko lepas. Kt sana nanti mjawab lah yek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2021 11:14 AM | Show all posts
i pun dah lama stop menderma pada ngo ngo ni..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah lama stop derma dkt ngo ni. PPIM tu tiap minggu sms mintak derma. Idokler aku layan.

Dkt shopee kempen derma tu aku pilih yayasan yg well known & diakui legit mcm RMHC, Zoo negara, Makna tu semua. Yayasan dct, lopak & lain2 go to hell
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2021 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 11-5-2021 11:42 AM
Dah lama stop derma dkt ngo ni. PPIM tu tiap minggu sms mintak derma. Idokler aku layan.

Dkt sho ...

kan..lepastu ppim nak tolong orang bukan free..fees sama je mcm lantik lawyer kt luar sana..iol mmg tak percaya ppim ni, sejenis menangguk di air yg keruh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2021 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
MissyMolly replied at 11-5-2021 10:23 AM
Err tu la ad baca kalau kita ckp ttg ust yg sama lah.. dia nk tolong kes2 yg ad potensi utk viral  ...

Memang pon..kes so2 yg tak boleh bg benefits kt dia mmg dia bolayan kan je.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2021 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 11-5-2021 11:14 AM
i pun dah lama stop menderma pada ngo ngo ni..

kan..bagi direct terus kat tangan yg memerlukan lagi bagus...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 12:42 PM | Show all posts
Rasanya sama mcm aktiviti Infaq ni.
Contohnya, dia buat bisness sanitasi. Promote soh org Infaq utk dia sanitasi masjid contohnya.
So bisness dari dah sendu terus meletup
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaka dah stop derma kt NGO secara random lps tahu benda
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaka dah stop derma kt NGO secara random lps tahu benda ni thn lps.. Derma direct je kt masjid, rumah ank yatim etc.. Xbyk pon xpela.. Janji xde org tgh..

Dorg ni bkn diaudit bebetul pon.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2021 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 11-5-2021 11:42 AM
Dah lama stop derma dkt ngo ni. PPIM tu tiap minggu sms mintak derma. Idokler aku layan.

Dkt sho ...

Oh zoo negara derma tru shopee ek.. Hati2 tu pon amik komisen gk tu.. Serbis ejen heheh
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Eliadaisy83 replied at 11-5-2021 11:53 AM
kan..lepastu ppim nak tolong orang bukan free..fees sama je mcm lantik lawyer kt luar sana..iol mm ...

Seriously? Mana tahu dia caj bpe..

Hai.. Ingtkn betul2 ngo yg bantu.. Baikla g lawyer bebetul terus.. Kita pon puas ati
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Normabaru replied at 11-5-2021 07:53 AM
Oh zoo negara derma tru shopee ek.. Hati2 tu pon amik komisen gk tu.. Serbis ejen heheh

Entahle, dapat resit takda deduct mana2 pun.. Kita derma setakat tu, harap pahala pun setakat tu je la. Asalkan sampai niat tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 11-5-2021 05:08 PM
Entahle, dapat resit takda deduct mana2 pun.. Kita derma setakat tu, harap pahala pun setakat tu j ...

Dia mmg xdeduct kt resit dik nazzse..mcm food delivery la.. Dia charge masa ke vendor. Sama gak mcm website kitafund yg byk retis and owner itik guna tahun lps. Dah setahun dah.. Senyap terus. Hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.310123 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list