CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 115826|Reply: 856

Intan belum sedia maafkan Yizreen

[Copy link]
Post time 15-5-2021 05:49 PM | Show all posts |Read mode
Edited by codenamedream at 26-5-2021 11:17 PM

'Apa saya doa selama ini dah termakbul' - Izreen Azminda
[url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url


Kuala Lumpur: "Saya minta maaf tiga kali pada dia (Intan)."
Itu kata pelakon terkenal Izreen Azminda apabila dipertemukan dengan bekas isteri suaminya, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude iaitu Intan Liana Saleh pada rakaman program Melodi Raya baru-baru ini.


Izreen, 36, atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam berkata, dia bersyukur apabila Melodi menjadi orang tengah untuk mempertemukan mereka selain menganggap doanya selama ini dimakbulkan Allah SWT.
"Alhamdulillah, syukur pada Allah. Apabila pihak Melodi bertanyakan perkara ini, saya okay dan tidak ada apa-apa halangan. Bukan sebab ia untuk program, tapi saya memang sudah lama menantikan peluang ini.
"Apabila dia pun sudi dan bersetuju datang, bagi saya ia satu rahmat. Saya cakap pada diri, doa saya dimakbulkan Allah. Kiranya ini adalah pertemuan pertama kami selepas empat tahun.
"Bagi saya, apa saya nak buat selama ini, Melodi sudah realisasikan untuk saya. Ibaratnya Melodi menjadi orang tengah," katanya kepada Harian Metro.
Izreen yang kini hamil anak ketiga berkata dia tidak melepaskan peluang itu dengan meminta maaf terhadap Intan.
"Sewaktu dia sampai, saya tegur dulu. Ketika naik pentas untuk memulakan rakaman, saya minta maaf padanya. Kali kedua ketika rakaman berlangsung dan ketiga sebelum pulang. Malah kami sempat bergambar bersama.
"Harapnya selepas ini baik-baik saja. Sebab saya sudah minta maaf. Walaupun ungkapan maaf itu ringkas, tapi ia ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam. Selebihnya terserah pada dia, samada nak maafkan atau tidak," katanya.
Kisah membabitkan pertemuan Izreen dan Intan itu bakal ditayangkan pada program Melodi Raya di TV3, esok.
Berkongsi mengenai kehamilannya yang kini mencecah usia lima bulan, Izreen berkata pada awalnya dia mengalami alahan teruk.
"Alhamdulillah, sekarang ini semuanya okay. Cuma pada awal kehamilan saja yang mana alahan dirasai berbeza dengan dua anak sebelum ini.
"Kali ini sampai bau minyak masak pun tak boleh hidu. Jadi, saya tak masak. Masuk bulan keempat, semuanya kembali okay," katanya.
Mengenai sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini, Izreen meraikan bersama suami dan anak mereka, Aaron Ibrahim serta ibunya.
Sementara anak sulungnya, Adrian Umar beraya bersama bekas suami juga pengarah, Muhammad Riza.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-5-2021 10:49 AM | Show all posts

Perampas perlu betulkan niat.  
  


Fire stone?  

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2021 07:57 PM | Show all posts

Izreen & Intan kat Melodi

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2021 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Saja la share, dengan harapan dapat tacang lebih ok lepas ni dh boleh tutup kes.....



Selepas agak lama mendiamkan diri, bekas madu Izreen Azminda, Intan Liana akhirnya bersuara mengenai permohonan maaf yang dibuat oleh Izreen ketika rakaman rancangan Melodi Raya yang disiarkan baru-baru ini.

Menurut Intan, dia sebenarnya dijemput untuk menghadiri program berhenaan dan pada awalnya, dia diberitahu bahawa tiada sesi bermaafan akan dijalankan.

“Saya menerima jemputan pihak Melodi Raya atas dasar profesionalisme. Saya ada dimaklumkan mengenai tajuk segmen yang diangkat oleh Melodi Raya iaitu Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih. Tetapi, saya tidak dimaklumkan untuk ditemu bual bersama-sama Izreen pada hari tersebut.

“Saya cuma dimaklumkan bahawa Izreen akan ada bersama di set Melodi Raya dan saya diletakkan pada meja yang sama tetapi bukan bersebelahan. Saya bersetuju untuk keadaan itu, kerana setakat itu sahaja maka tiada masalah pada saya.

https://www.instagram.com/p/COvMjGMg53R/
“Sebelum saya bersetuju, saya ada bertanyakan pada pihak Melodi, adakah akan berlaku sesi bermaafan? Kerana seandainya ada maka saya belum bersedia untuk hal tersebut. Saya diberitahu tidak akan ada sesi tersebut, dan sekadar datang sebagai jemputan.

Namun keadaan berubah apabila tiba di set rakaman. Menurut Intan, dia dimaklumkan perlu mematuhi SOP maka, set berubah, dan Intan diminta untuk ditemubual bersama-sama Izreen bagi segmen tersebut.

“Atas dasar profesionalisme dan bagi tidak mengganggu program rakaman yang sedang berjalan maka saya terima aturan sesi temu bual tersebut dalam keadaan tidak bersedia. Jadi apa yang terlihat dalam sesi temu bual tersebut adalah secara spontan bagi menjawab soalan yang diajukan.

“Buat masa sekarang biarlah keadaan berjalan seperti sediakala yang mana masing-masing dengan kehidupan masing-masing. Itu lebih baik untuk kedua-dua belah pihak.

“Hal ini pada saya tidak perlu disensasikan mahupun dijadikan ruangan hiburan media kerana ianya melibatkan hati dan perasaan, dan saya bukanlah selebriti untuk dijadikan bahan bualan, maka biarlah masa yang memulihkan segalanya.

“Tak perlu lagi mengaitkan atau mencalarkan nama sesiapapun dengan merujuk hal ini di masa hadapan. Saya harap dengan penjelasan ini akan merungkai persoalan yang berkaitan isu tersebut,” katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2021 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasnih boleh la beraya bersama2 sedondon pakai baju corak kusyen.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2021 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Msti nk suh pngarah ambik blakon nih, intan x heran pn...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2021 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh da ko galak berlakon balik pasni
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2021 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelakon tetap pelakon..maafnya dibuat2 ikut skrip n saja nak nampak dramatik..pencaras memang pandai berlakon acah2 suci murni..puii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2021 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
kemain detail ceritanya...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2021 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Fly_over at 15-5-2021 06:00 PM

intan senyum classy je. mcm intan yg artis. izreen mcm pminat ajak artis bgambar.


Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2021 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh caya ker
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2021 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Intan biasa2 je, takde nak sendeng2 pun . Nampak si yizreen pulak melebih2
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2021 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Bnyk keceknye
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2021 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak Intan rileks je.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2021 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Drama la ko sanaaaa...
Nasib baik intan tu pandai cari duit
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2021 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Memaafkan boleh..tp parut xkan hilang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2021 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh ude, intan lawa banyak dari jering
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2021 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Intan bergambar dengan peminat nya
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2021 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah nice intannnnn teruskan pandang ke hadapan
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2021 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh ni yang Extend masjid dulu tu yaa.. Kemain dulu dok perli2 si intan ni. Skg sendiri yg lebih2
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2021 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Intan pun dah tak heran... Boipren dia lagi hensem dari si kuda kutil tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2021 06:52 PM | Show all posts
Dah x laku dua2.
So kene la bg relevan.
Blah la weh
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2021 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini semua poyo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.248532 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list